Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Tuesday, October 11, 2011

Bapa kepada 533 orang anak

Los Angeles - Pakar semakin bimbang dengan kelemahan peraturan proses menderma sperma di AS dan Kanada hingga ada penderma menjadi bapa kepada berpuluh-puluh anak.
Berbeza dgn Perancis dan Britain, tiada undang2 di Kanada dan AS mengehadkan jumlah anak yang boleh dilahirkan daripada penderma tunggal, kata kementerian kesihatan Kanada.

Peraturan antarabangsa menetapkan 20 kehamilan daripada penderma yang sama.Manakala di Denmark pula dihadkan kepada 25 kelahiran shj.Kebanyakan bank sperma menetapkan peraturan sendiri. 
Kerap kali peraturan itu diikuti dan dihormati. Ada keluarga pula cuba mencipta ' Bayi Jenama' dengan memilih penderma dari katalog berdasarkan gen atau kriteria seperti warna mata atau paras IQ.


Amalan ini menyebabkan sehingga penderma tunggal meninggalkan waris yang luar biasa ramainya menyebabkan ia mencetuskan perdebatan diantara Kanada dan AS menyebabkan ia menarik minat produser untuk memfilemkan mengenainya. 
Seperti Starbuck, sebuah filem komedi popular di Kanada yang difilemkan pada tahun ini, bercerita tentang seorang lelaki yang ingin kekal bujang secara tidak sengaja telah menjadi bapa kepada 533orang kanak-kanak selepas menjual air maninya untuk mendapatkan wang.
Dalam satu lagi kisah, pembuat dokumentari Toronto, Barry Stevens yang dilahirkan di Britain hasil air mani seorang penderma menjadi bapa kira-kira 500 hingga 1000 kanak-kanak sepanjang 3 dekad bekerja di bank sperma.

Dia menderma untuk mendapatkan wang membantu kerjayanya. Hasilnya dia mempunyai adik-beradiknya di merata-rata tempat di seluruh Kanada, AS, Eropah dan negara lain.

Bulan lalu, saluran Style NEtwork Amerika melancaran satu siri realiti digelar ' Penderma Sperma' mengenai Ben Seisler, 33, mendedahkan dia terkejut menjadi bapa kepada kira-kira 70 kanak-kanak.

Pakar memberi amaran, kebergantungan terhaap seorang penderma meningkat risiko jangkitan penyakit genetik dan kecacatan selain bahaya terdedah kepada sumbang mahram antara adik beradik tiri.

Kita tidak dapat menolak kemungkinan kanak-kanak daripada seorang penderma boleh bertemu dan melakukan hubungan seks dan mendapat anak, malah kemungkinan penderma sendiri mungkin melakukan hubungan seks dengan anak sendiri' kata stevens yang membuat filem mengenai pencariannya untuk bapa sebenar dan adik beradik tirinya. - agensi.

sumber : berita harian, pelitaonline
note : itu la sebabnye dalam islam tidak dibenarkan melakukan perkara ini selain ia boleh menyebabkan berlaku kejadian sumbang mahram, faktor2 genetik jugak memainkan peranan..astafirullah...sebenarnye banyak lagi faktor2 yg boleh dilihat dari segi logiknya..sanggup ke kita berkahwin dan bersama dgn adik-beradik kita sendiri? sebab itu islam mementingkan salasilah keluarga dalam mencari pasangan hidup...agar tidak terkena perkara-perkara seperti ini..

1 comment:

Mak Izz said...

gilerlah depa nih :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...