Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Saturday, April 30, 2011

Terkandas dari Mengupdate Blog...

Lately, bz sgt ler..tak sempat nak mengupdate blog..asek tkandas jer..asal ngah ade mood mengupdate, baru separuh jalan jer...shifaa kaco ler..umaira kaco ler..meyra kaco ler..haaaiiii....asenye ade la dlm 3-4 entri yg tkandas separuh jalan...

tapi ase dlm seminggu nieh..mmg byk perkara yg aku hadapi..try to solved it tapi mase dlm proses lg..ramai reminder agar rajin2 update blog..tapi kekangan masa..menyebabkan waktu mengupdate sgt terhad...


anak manja ibu bsame ngan ayah...

ketika waktu mengupdate nieh..aku baru je pas mengerjakan baju2 kt umah p5 nieh..wahahaha..gile kentang..byk sguh nak kene lipat, susun, kemas..mlm nie adek plak nak tumpang umah sejap..sok ade tournament futsal kt p18...

tapi..wuhuhu...lame dh tak masak..ari nie..menu thari adalah...babab masak lemak cili padi + daging masak kicap + sayur bayam tumis air..mmg terliuq giler...tapi malangnye..since dh tade kamera..sik lupo jer nak amek pic..t la..ade mase amek pic..


ok..nak smbg kemas barang2 shifaa plak..die sorg je dh penuh sebakul...huhuhu..(ibu byk perkara yg wat..) sambil ditemani oleh rancangan maharaja lawak minggu ke5..(mlm tadi missed...g lepak ngan kwn2 en.sepet)...


note : ade mase nak kemas sebab en. sepet bsama dak shifaa sedang enak beradu selepas puas bermain...t ade mase nak tulis entri shifaa dh stat mam..yeah!!!! n_n

Monday, April 25, 2011

Amira Nur Humairah bt Abdul Rahim....selamat dtg si kecil...

Nak ucap congratulation to this partners... Qaseh n Bulet...my frens...mase kt poly dulu..telah selamat melahirkan si kecil Amira Nur Humairah bt Abdul Rahim semalam..

kiut giler si humairah nieh.. (aku yg panggil..kehkehkeh..)..cute sgt..

Amira Nur Humairah bt Abdul Rahim
Comel tak?
tengok cam muke apak die yg byk..hihihi..

ape pun khay @ Qaseh,
Selamat menjalani confinement period dan selamat menjadi Ibu yg mithali..hihi
dugaan besaq sikit time pantang nieh..hanya sabar shj pengubatnye..

Congratulation both.. n_n



Thursday, April 21, 2011

Contest : Teka Gambar Ilusi

contest dari Cik Maz's ...agak mudah tapi mencabar...hahahaha..




ibu Shifaa teka...agak-agak mesti....huhu..Buah PULASAN
closing date : 21 April 2011 12.00 thari...

Wednesday, April 20, 2011

Resepi Makanan untuk Minda Kanak-Kanak

Soon shifaa akan stat mam solid food...malam tadi aku pun memulakan misi pencarian menu apa yg sesuai untuk shifaa..aku cuba untuk mencari resepi yg ingredients die ade letak kismis,kurma, kacang badam...(ibu sememangnye seorg yg fussy)..huhu...tapi aku terjumpa Resepi Makanan Untuk Minda Kanak-Kanak. (next entri aku buat blog review okey n_n..blog nie mmg best).

Entri nie aku copy 100% dari blog die..dh mintak permission..tapi owner blog cam dh lama tak update blog die..mayb bz..(tiking +ve tau)...akak, kalo akak bace blog saya ade entri akak...saya mohon share yer...semoga allah balas jasa akak ye.. n_n..

moh kite terus dgn resepinya...


RESEPI MAKANAN UNTUK MINDA KANAK-KANAK...

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:





1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.


2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.


3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.


4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)


5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)


6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."




7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).


Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti


8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.


Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"




9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.







Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.





Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.


Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..





Emm.. My favourite!







Ni suapan yang ketiga ni!


Bila dah siap, boleh makan terus, amalkan 2-3 sudu sehari. Kanak-kanak belum banyak gigi pun dah boleh amalkan. Dalam bekas diatas, saya telah masukkan 3 kapsul minyak ikan berkepekatan tinggi. Darwish dan Wisya memang suka memakannya. Rasanya penuh dengan lemak kacang badam dan manisnya madu lebah. Cara mudah untuk memberi makanan sunnah yang banyak kebaikkannya pada otak beserta dengan minyak ikan!

source : DarwishnDarwisya
Aku dh pasang niat...nak berjaya mendidik anak spt die...icon aku dlm pendidikan..semoga doaku termakbul..amin...

Tuesday, April 19, 2011

Ibu masih boleh menyusukan anaknya walaupun demam

mmg xlarat..dh 4hari aku demam..shifaa plak makin mentel...nak melekat jer...tak kasi can ibu die nak rehat lgsg...paling kritikal semalam... bila aku ase tak tahan sgt...dh la bdua je ngn die kt umah...merengek2 nak melekat jer..selalu idak la cam ginie..cuba thinking positif...growth sprut mayb...huhu...

Malam tadi shifaa telah menunjukkan satu pangai baru...kul 3 pagi die mengamuk2...ayahnye pujuk tak mo jugak..dh didodoi, dipujuk...mana maunye die diam...huhu..tapi aku dh tau sebab ape die ngamuk...Nak dijadikan cite..mlm tadi aku makan ubat terus ngantok tak ingat..mamai2 gak nyusukan die...tapi kerap je tjage sebab die nak nyusu...agaknye die minum tak puas pahtue bising2..aku tengok kan die je..tak gerak2 pun..tetibe die ngamuk..huhuhu..tak pasal2 ngan ayah sekali bangun pujuk..idak jugak die maunye..aku pujuk pun die takmo gak memula..keras2 badan..tanda protes..hikhikhik..suakan teeeetttt...terus diam n tido...dh pagi2 kene lecture ngan en. suami...wah..wah..shifaa..dh pandai ngamuk2 yer..

tapi sepanjang aku demam..shifaa asek nak melekat jer..tak kira la ape juga waktu dan tempat..botol dh reject dh...ngah2 bf, ade plak selingan suara2 ajak borak plak..haaaiiii..memacam...pahtue tangan tue pandai je grib baju..lau ibunye alihkan tgn terus bulat matenye tjage...


memula tue ase was-was jugak nak bfkan die dlm keadaan demam..bdn dh panas tentu2..breast pun panas...bengkak pun ye..tapi sebab shifaa asek melekat jer...tade la bengkak smpi meleleh2...lgsg tak dan nak pump...baru nak pump je shifaa dh rengek nak susu..siap lapik ngan tuala kalo nak nyusukan die..panas bdn...ade kwn2 ckp, sumtime mummy demam, anak takmo bfeed..tapi shifaa nie lg sonok ade la..nk melekat jer..


sedikit info berkaitan persoalan BOLEHKAH IBU MENYUSUKAN ANAK KETIKA DEMAM?

source : AdamamaAyah


Biasanya ibu mendapat demam apabila dia dijangkiti oleh sebarang patogen seperti virus, kuman, ataupun parasit. Namun, jangkitan yang paling biasa dihadapi adalah jangkitan virus dan menyebabkan ibu menghidapi demam selesema ataupun ‘flu’. Seringkali ibu yang menyusu tertanya – tanya samada bolehkah dia terus menyusu apabila dia demam? Adakah susunya turut dijangkiti oleh virus itu dan meresap ke dalam bayi melalui susu ibu itu? Jika dia mengambil sebarang ubat demam, adakah ubat itu akan masuk ke dalam susu ibu dan bolehkah dia meneruskan penyusuannya ketika ubat itu diambil? Dan yang paling penting, PERLUKAH IBU MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN ITU? Persoalan demi persoalan ini menyebabkan ada sesetengah ibu yang memberhentikan terus penyusuannya kerana dia risau akan kesihatan bayi yang disusuinya.

Sebenarnya, apabila ibu itu demam, secara automatik badannya akan mula menghasilkan antibodi – antibodi untuk melawan virus yang menjangkitinya. Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu. Ini kerana saiz antibodi yang tersangat kecil membolehkan ia meresap ke dalam susu ibu. Seterusnya antibodi dari ibu itu akan turut diterima oleh bayi apabila dia menyusu. Dengan ini, bayi tersebut turut mendapat perlindungan dari virus yang menjangkiti ibunya melalui antibodi yang dihasilkan oleh ibunya sendiri. Tambahan pula, saiz virus yang besar tidak memungkinkan ia untuk meresap ke dalam susu ibu dan virus itu tidak dapat menjangkiti bayi jika bayi itu mengambil susu ibu. Dengan itu, kita lebih menggalakkan seseorang ibu yang mengalami demam untuk terus menyusukan bayinya.

Sebaliknya, bagi bayi yang tidak menyusu susu ibu, dia lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yang sama kerana susu lain tidak mengandungi sebarang antibodi untuk melindungi bayi tersebut. Bayi yang masih kecil dan lemah itu masih tidak mampu untuk menghasilkan antibodi mereka sendiri kerana sistem imun mereka yang belum matang. Penyusuan susu ibu ketika ibu demam dapat membantu bayi untuk meningkatkan sistem imunitinya secara tidak langsung.

Satu faktor penting yang perlu diambil perhatian adalah untuk ibu menjaga kebersihan dirinya ketika dia demam. Ibu perlulah menutupi mulut dengan tuala atau tisu yang bersih ketika batuk ataupun bersin. Seeloknya ibu hendaklah membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun pada setiap kali dia menguruskan bayinya seperti ketika menukar lampin, memberi susu dan juga menidurkan bayi. Ini penting untuk mengurangkan risiko transmisi secara terus virus tersebut dari ibu ke bayi.

Sesungguhnya, jika ibu demam, bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih selamat berbanding dengan bayi yang tidak menyusu susu ibu.

kini...tanpa was2 aku menyusukan shifaa....

Saturday, April 16, 2011

Perubahan Hormon selepas berSalin & VCO

Dah 5bln 5ari aku menjalani kehidupan sebagai seorang ibu...byk perubahan dlm hidup aku sikit-sikit (ase cam banyak..ekekek)schedule pun berubah....banyak gak perubahan hormon berlaku dlm diriku..

Antara yg aku perasan ialah : 

a) Rambut gugur
  •  mase dlm pantang, elok je rambut aku tak gugur...aleh2..abih je pantang..stat gugur..umah aku tue penuh je ngan rambut tiap kali menyapu...tang kt toilet lg takyah cite...kemain byk lg kt lubang air tue..haishh!!!..btambah2 byk bile shifaa dh pandai menyembur..sekali sikat je rambut...dh leh wat wig...tensi gak..smpi ase cam maleh nak cuci rambut..sebab byk je gugur..kt baju, katil, lantai...bsepah2...jenuh mengutip...smpi entry nie ditulis...maseh berlaku agieh...camno nieh....
b) Kulit menjadi sensitif
  •  sensitif tol..jadi oily, kulit dekat ngan kuku cepat tol tjadi cengkam...tumbuh ruam kt badan..pahtu kasar je...



kuku bengkak @ cagu @ cengkam

c) kuku bengkak @ cagu @ kuku cengkam

  • paling menyeksakan tol aku dibuatnye..kena mase 3mgu pas bersalin...kalo kene nieh..die memula tue sakit2 sedap..lelame sakit2..sakit ati..hahaha...nie gara-gara maleh nak potong kuku ibu jari kaki pasai nak tgu lagi abih nifas nak mandi wajib sekali je..maleh nak potong dan asing utk mandi wajib..azabnye subahanallah...pelik sguh memula tue..ase sakit..tekan2 ase sakit bengkak je..tapi tak nampak pun nanah..lame jugak la 2minggu ase sakit gitoo..pahtue ase cam tak tahan lagi sakit tue..sekali potong je kuku kt tmpt bengkak tue...terus kuar nanah tue siap wane kuning merah (aku sendiri pun tak lalu tengoknye)nape gitoo..sebab tiap kali aku tekan2 die tak kuar, upenye dh bleeding sekali kt dlm tue..ingat dh kuar gitoo..dh baik..upenye..tak jugak..bengkak lagih...tak baik lagi..pahtue ibu jari kaki kanan plak kene...pahtue kuku kaki dan tangan silih berganti kene..ase cam bise2 len macam je..tue mesti nak kene...hampir 3bln gak baru recover tapi tak sepenuhnye la..sumtime tkena gak..pobia gak aku...

kalo korg pasan, tengok pipi aku..dh tak gebu &licin cam selalu..uhuk..uhuk...

d) acne & jeragat
  • naik pimples tecik2 kat kiri dan kanan pipi dekat ngan sideburn tueh...walaweh...makin hari makin terase pimples tue membesar..nie dh tumbuh jerawat beso nieh..kt dagu tue dh berkilo2 acne tue tumbuh..kt dahi lagi..black n white head seronok je timbul 1 persatu..
e) kulit kepala kering dan berkelemumur
  • kulit pale pun kering..kerap gatal dan berkelemumur..kalo tak shampoo 2hari..mula la byk timbul..asal garu je pale, gugur kelemumur tueh...pakai shampoo anti ketombe pun tak gak..

f) skin makin gelap
  • skin pun ase cam gelap jer...pahtue tak sekata..kt pipi cerah, kt dahi cam gelap..bawah mate cam btompok2 plak..dh p kije kene kai foundation..lau tak selalu kai cream jer..

h) kaki krem dan bisa
  • selalu kene time pagi2 nak bangun siap2 g kije..pijak je lantai..perghhh!!!!!..kemain bisa menyucuk2 kt tapak kaki..orang kate berat ngan tinggi tak seimbang (BMI)..kalo dh berat 61kg tgi 153cm..itu dikira overweight..(bile den nak kurus nieh)...

i) emosi tak stabil dan cepat letih
  •  part nieh yg paling maleh sekali...agaknye bile tak stabil emosi nieh..cepat letih..balik umah..ase nak tido jer..tapi ngenangkan shifaa..tahan mata gak smpi kul doblas..sok g kije..lesu jer..pahtu..mula la ase tertekan..bile tertekan, mula pening, nak marah, muram la ape la bagai...hurm...working mum mmg sgt mencabar...

Peh!!!! byk giler..siap leh list..huhu....

finally...aku dapati...bahawa sebenarnye diri aku mengalami kekurangan vitamin sebab tue berlaku memacam..and then patutnye aku mengambil jamu or suplement untuk kesihatan aku memandangkan aku adalah seorang ibu yg fully BF... 

Maka dengan itu, aku mula nak berjinak2 dgn suplement Virgin Coconut Oil (VCO) keluaran Catalyst....

VCO

Benefits dia mmg byk..bace la kalo nak tau..antara testimoninya...harap ia dapat membantu aku kembalikan kesegaran yg selama ini aku impikan..ekekekek....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...