Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Wednesday, October 2, 2013

Warung Tapak Sulaiman @ Warung Bunian

Restoran Tapak Sulaiman a.k.a Warung Bunian

terletak di ceruk kampung di Kampung Limau Manis..kampung ini teletak di antara  pinggiran putrajaya dan kajang.

Akses masuk ke sini adalah melalui Sungai Merab atau Pinggiran Putrajaya.
Nak mudah,  rujuk sini disertakan GPS coordinatenya.
2.908737, 101.727188

kalo nak makan kt sini..kene booking dulu..datang sesaje nak walk in..kem salam yer..sbb mmg fully booked...hahaha.. call la no nie.. 0173812246 bercakap dgn owner die sendiri ALANG.. cek sekali menu apa utk hari kejadian sbb menu die hehari berbeza...

paling digemari adalah udang galah, ketam masak lemak cili api..ayam kampung..fuhhh....meleleh siut.. ;p//

walaupun warung nie tersorok, tetapi ade peminat tersendiri...jangan tak caya.. JJCM dh smpi sini tau..hahaha..


jadi coming soon... yg ini plak..


jadi...those yang suka atau mengemari makanan ala-ala mak masak..boleh la datang ke sini...

;pk,l
 

TURN to ?????

Alhamdulilah pada 12 sept yang lalu..satu tangga usia saya telah bertambah.. thanks for the small celebration...

Saturday, August 3, 2013

Open order for raya... Kek only...

Alhamdulilah...syukur kita kepada  ALLAH..

Aidilfitri akan menjelma sekitar 4 hr lagi..
Oleh itu,
Pada penduduk sekitar putrajaya...
Yg berminat nk order
karamel almond butter kek moist
Dan
Kek carrot cream cheese
Utk dihidangkan pada pagi syawal
Terus2 whatapps atau call saya
0132309092 emma
Utk tempahan.

Order boleh diambil pada mlm raya atau pagi raya..
Pick up di teres presint 15 atau alamanda..
Luar putrajaya akan dikenakan caj jika request utk delivery.

Limited 10 biji setiap jenis akan dibuat

Details kek ;
karamel almond butter moist kek
Bersize 9' 
berat
1kg Rm80 (n.p rm95)
500gram rm 40

Carrot cake with cream cheese
Bersize 9'
berat
1.2kg
Rm95 (n.p rm120)
700gram rm50

Order lelaju ye...sbb waktu sy publish nie 4biji kek telah ditempah..jadi berbaki 6biji setiap jenis..

Jgn tlepas peluang ye...

Saturday, July 13, 2013

Mengimbau kenangan di langkawi

Assalamualaikum...

Last week amina followed percutian bersama bestie asben di pulau langkawi...kami pergi dlm grouping yg terdiri daripada 3family..amina bertiga, azmin n family and bro fendi with his wife...
Percutian kali ini bukanlah bertujuan bersiar2 menikmati keindahan pulau langkawi atau melawat tempat2 yg bersejarah..tapi vacation kali ini lebih kepada melepak dan menikmati keenakan makanan di langkawi...so mengisi minyak kete sewa hanya la brsiar2 di atas jalan  pusing 1 langkawi...baru la tau ada hotel2 dan resort yg tersorok..
 
shifaa teruja tengok laut
 
Dan barulah tau juga kt mane The Datai dan Andaman Hotel yg terkenal..fuhhh..kemain jauh..ingatkan Langkawi Falls tue dh jauh..upenye The Datai lg la nun jauh ke dalam...
Kami ke langkawi melalui jeti kuala perlis..setiba di langkawi, kereta sewa dihantar di jeti dan terus kami ke pantai chenang..di sana kami menginap di Langgura Baron..chalet nie mmg terletak di pantai cenang..brdekatan juga dgn Underwaterworld..
 
erkk!!! inilah baru dinamakan sotong kering..kuikui..
 
16 tahun yg lalu, amina pernah menginap di sebuah chalet di pantai cenang dan seingat amina di tapak yg sama tapi sebiji2 chalet kami menginap..tp sekarang dh jauh brbeza..ade mall dan hotel serta resort tumbuh segar seperti cendawan...bangunan serta antara2 hotel sgt rapat dan padat...mmg sgt padat...huhuhu..
 
gerai air kelapa
 
Sebaik tiba pantai cenang, shifaa teruja melihat laut dan terus mengajak mandi...ohhh..myyy!!!!! Jam 1ptg..die ajak mandi laut...kesudah..sepanjang vacation die on off mengalami demam... haihhh!!..
Aktiviti kami sebaik je check in chalet adalah tido sehingga jam 5.30ptg..penat sgt katakan sbb spjg mlm prjalanan ke kuala perlis dari putrajaya..ingatkan nak mandi laut...lastly..lapar...adeh!!!!! Sib baik la ade van gerai jual makanan kt tepi pantai..ingat nk alas perut dgn kepok losong..sekali tgk abg chef masak mee udang...alamak terliuq la...
 
mee udang dan kepok losong
 
Ok..mee udang die tue mee die xbyk tp udang besaq2...letak dlm 3-4 ekoq belah 2...kuah nye seakan2 kuah mee bandung dan dicampur dgn half cook egg...mmg mabeles sgt..tp semangkuk RM12 yaĆ aaa..bg amina harga xkesah mahal asalkan berbaloi...dan ianya mmg berbaloi.. ;)...
Utk dinner pulak kami decided utk menikmati seafood di temoyong...sebuah restoran di perkampungan nelayan menyediakan seafood dengan harga yg berbaloi utk 6 dewasa mkn...memandangkan amina terlantak mee udang, kepok losong dan sotong kering bakaq...jadi kurg bselera utk menikmati seafood...
 
dinner di kg. nelayan, Temoyong
 
Esok pg kami bfast terus ke idamam suri utk shopping alatan kutleri dan set pinggan utk amina serta untuk mak dan mak mertua..selesai je bshopping kami menemani kak mai membeli shawl sambil mencuci mata...eh...sekali ter grab luggage dgn 4 roda..idaman dh..cr kt kl reganya 300++...fuhh mahalnyr .tp kt langkawi, beg yg sama hanyalah berharga rm85 shj  ...berbaloi2..;)..
Selepas shopping diluar bajet..huhuhu..kami menikmati laksa di tepi airport langkawi..tp amina rase so-so shj laksa tue...
 
shifaa dan dhia ;)..syg adik yer...
 
Then kami balik ke chalet..mcm biase..recharge jap tenaga dan huhuhu..kami decided utk ke waterworld mengajak shifaa mengenalkan ikan dan haiwan laut...sebaik je selesai tour di waterworld kami dinner di kedai mee udang semula.hahahaha..repeat again bersama ida, kak mai n abg fendi..trbaik la..sementara asben, shifaa n min sibuk terjun ke laut dh...kami menikmati utk kali terakhir sebelum berangkat pulang esok pagi...

exploring underwater world
Mlm tue kami ke haji ismail group utk shopping choc...dan get supper di restoran berdekatan dgn langgura baron...
 
Esok pg sekitar jam 9pg kami bergerak ke jeti dan bfast disana..memandangkan tershopping di luar kawalan diri..maka terpaksa buat 2 trip..trip pertama anta penumpang..dan trip ke2 angkut barang..
Kami berangkat pulang menaiki feri sekitar jam 1 ke kuala perlis dan singgah di alor staq sejap menjenguk maksu min..sekitar jam 6ptg kami berangkat pulang ke kl dan tiba di putrajaya pd jam 1230pg..
relax..relax..aksi shifaa...
 
Akibat kepenatan, amina tercuti sehari lg kerana kepentan..walaupun letih, kami sekuarga tetap gembira...;)..tp kembali horror bile esoknye masuk keje.. ;(..(selingan)...
Itulah pengalaman amina sepanjang vacation rersebut.m ;)..thanks for readers yg gigih mhabiskan bacaan hingga keakhirnya...
 
   
we're going back home..
 
regards,
 
Nur Amina 

Thursday, May 2, 2013

Gerak Geri Si Curang




Tiba-tiba hati terasa cuak dengan sikap pasangan anda yang secara sedar atau tidak keadaannya berbeza daripada biasa.

Biarpun secara khususnya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, gerak- gerinya menampakkan seolah-olah dia cuba berahsia dan menjarakkan hubungan dengan anda.

Sekiranya anda cuba bertanya kepadanya, pasti dia cuba menafikan sikapnya yang berbeza itu. Sedangkan setelah hidup berdua dengannya sekian lama, sudah pasti anda dapat menghidu perilakunya yang berbeza.
Jika ini berlaku, eloklah anda mengenal pasti keadaan dan situasi yang berlaku itu sekiranya benar pasangan anda cuba berlaku curang terhadap anda.

  1. Berhati-hati sekiranya anda bertanya kepadanya sama ada dia masih mencintai anda kerana dia berkata: "Saya menyayangi anda, namun tidak mencintai anda." Satu amaran telah dikeluarkan dari mulut pasangan anda. Mungkin pasangan anda masih mempunyai perasaan menyayangi anda, namun akibat hubungan baru yang terbina menyebabkan dia hilang pertimbangan dan menyebabkan hubungan anda dengannya terjejas.Perubahan sikap pasangan anda ini dikatakan berpunca daripada cetusan hormon amnesia iaitu rasa keghairahan pasangan anda terhadap hubungan baru itu menyebabkan dia mengalami kecelaruan fikiran.
  2. Kami cuma kawan" juga satu frasa yang kerap sangat dikeluarkan oleh pasangan apabila dia diminta menjawab persoalan siapakah 'si dia'.Dalam keadaan ini, pasangan anda mungkin merasakan dia lebih memahami keadaan dirinya dengan lebih mendalam daripada anda. Namun dia sebenarnya tidak menyangka, sangkaan 'hanya kawan' itu bakal memberikan satu keadaan yang berlainan terhadap perlakuannya terhadap anda.
  3. Jangan terkejut sekiranya secara tiba-tiba pasangan anda mahu lebih masa untuk dirinya bersendirian sedangkan sebelum ini dia tidak pernah meminta untuk berbuat demikian.Pasangan anda juga akan cuba mengubah kata laluan komputernya, telefon bimbitnya, malah bilnya juga akan disembunyikan daripada pengetahuan anda.Jika anda bertanya kepada pasangan anda mengapa anda mahu merahsiakan keadaan ini, dia tiba-tiba melenting dan menyatakan anda cuba mengawal dirinya.
  4. Saya memerlukan masa yang lebih untuk diri saya." Ini juga merupakan bibit-bibit masalah yang akan mewarnai kehidupan rumah tangga.Dalam keadaan ini dia meminta untuk bersendirian atas alasan rasa tertekan di tempat kerja dan mahukan ruang dan waktu sedangkan kebebasan ini digunakan untuk menghubungi insan lain.
  5. Anda juga menyedari jadual kerjanya juga berubah daripada biasa dengan dia lebih banyak memperuntukkan masa tambahan di luar rumah, balik lewat atas alasan mahu menyiapkan kerja atau melakukan kerja tambahan dan sebagainya.
  6. Menghabiskan masa di depan komputer dengan berinteraksi di Internet dan enggan keluar bersosial dengan anda di luar rumah apabila diminta berbuat demikian.
  7. Dia ada akaun e-mel rahsia dan banyak chatting di bilik sebelah.
  8. Selalu berahsia apabila menerima panggilan telefon dan menghabiskan banyak masa di talian.
  9. Jika pasangan anda tiba-tiba mematikan panggilan telefonnya sebaik anda memasuki bilik atau memadamkan sejarah si pemanggil atau mesej tertentu di dalam telefon, dan enggan menjawab pertanyaan anda siapakah yang menelefonnya, itu merupakan petanda yang kuat pasangan anda cuba berlaku curang terhadap anda.
  10. Pasangan anda asyik hilang di saat anda perlukannya ataupun tiada penjelasan mengenainya apabila anda bertanyakan kepadanya mahupun anda terjumpa sesuatu seperti baju, atau barangan yang bukan kepunyaan anda di dalam kereta ataupun di tempat yang tersorok.
Jika anda merasakan yang pasangan anda sebenarnya sedang melakukan sesuatu di belakang anda (cuba berlaku curang), buatlah siasatan untuk mendapatkan bukti kebenarannya.

Setelah semua bukti telah didapati, berbincang dengan pasangan anda tentang apa yang tidak kena terhadap hubungan anda berdua dengan cara yang paling tenang dan berhati-hati.

Bertanya kepadanya dengan jujur dan nyatakan kepada dia apa yang anda dapati hasil daripada siasatan anda.

Di samping itu anda perlu bersedia untuk berhadapan dengan semua kemungkinan yang bakal berlaku.
Apa yang penting pasangan anda akan tetap melakukan 'penipuan' demi 'penipuan' untuk mengelak daripada berterus terang.

Sedihnya, individu yang terjebak dengan hubungan di luar ini pastinya pandai berbohong biarpun sebelum ini dia tidak pernah menipu.

Namun percayalah dengan semangat dan keberanian, bertenang dan bulatkan fikiran, carilah jalan penyelesaian antara anda berdua apabila ternyata pembohongan pasangan anda itu sudah terbongkar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130423/ke_03/Gerak-geri-si-dia-curang#ixzz2S5zzQCZ3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, April 30, 2013

Capt 2 : Trip ke Beijing - Oh Beijing...

setelah setahun merancang...akhirnya..impian kami nak bercuti bertiga...akhirnya tercapai..wahaaa..dh berkali2 kami merancang finally..Beijing jadi pilihan kami..kami memilih utk beli tiket dan pakej berasingan..pakej ground dari Bagus Holidays Sdn Bhd jadi pilihan memandangkan pakej ini melengkapi perkhidmatan yang diperlukan ketika berada disana.



even pakej adalah utk 6h5m, tapi kami tak smpi 6hari tersebut sbb ikut tempahan tiket flight..kami bertolak dari malaysia pada jam 6.30ptg 20 Mac 2013 jadi tiba di sana lebih kurang hampir pukul 1pagi 21 Mac 2013..

memandangkan ini kali pertama shifaa menaiki flight..keterujaan dia sgt tinggi sbb almost 6 jam perjalanan..6jam tue jugak die tak tido..*stress*...amina n en.suami lgsg tak dpt lelapkan mate..sbb kt dpn kami ade baby chinese..deme main berdua..nages pun silih berganti..parah tak...huhuhu..nasib la penghuni flight D7 nahan dengar keletah deme bdua...yg paling bagus sgt. flight jejak je kt airport beijing..shifaa baru la tido..waaa..ibu ngan ayah ngtok sgt tau..


smpi di airport beijing..mulanye tak rase sgt sejuk tue..rase hangat jer..siap penumpang dari malaysia tegur...aiikk..takkan tebal tue je baju sejuk..errkk...saya tak rase sejuk lagi.. huhuhu...

lepas sorg2 beratuq utk check out...amina mula terase sejuk..manakala shifaa masih lagi tertido..setelah kami bergegas mencari luggage..amina tercari2 stroller shifaa...mane pula deme campaknye....tgu2 pun tunggu..tade juga...sib ade chinese family dari malaysia pun mengalami masalah yang sama. kami sama2 tercari2 stroller..finally after sume luggage dh clear, still  tak dpt lagi.. en.suami nak tanye security plak..mereka tak faham..cannot understand katenye...nasib la amoi tue kate..takpe die tlg carikan same memandangkan die fasih berbahasa mandarin...alhamdulilah jumpe juga..rupenye..utk stroller yang request utk bawak masuk ke dalam flight, ade ruangan khas utk stroller sahaja dan tempatnye adalah tersorok dihujung ruangan luggage....n jgn tak caye..rupenye ramai penumpang yang tak amek stroller setiba di china kerana tak jumpe dimana nk amek stroller2 tersebut..


entrance Hotel

lepas jumpa stroller..terus transfer shifaa ke stroller...bagi dia selesa..masa tue belum pakaikan shifaa baju sejuk..si kecik tue mmg tak suka test2 baju...mase nak pakaikan die baju..marah sgt..tak mo pakai..jadi tutupkan je sweater tue kt atas badan die..sehingga last pintu check out..mula terasa bahang kesejukan. pintu  automatik airport silih terbuka..maka bertambah lagi kesejukan. ok fine..waktu nie..amina betol2 dh terase kesejukan sangat...terase duduk dlm frozen even waktu amina dtg adalah penghujung musim sejuk dan awal musim bunga..smpi sane pun kudup2 bunga baru je nak tumbuh..


entrance Hotel
 perasaan amina waktu tu sgt la gembira..kali pertama jejak kaki ke negara org..nervous pun ade sbb masih lagi tak berapa rapat dengan ahli rombongan yg lain..mcm travel bertiga jer..memasing ade group jadi melayan je deme dgn kengkawan sendiri..ade plak sorg junior kami waktu kt poly..skg die kije kt jabatan alam sekitar kuching..jauh sgt die merantau..


jam 2.30pagi baru lah tour guide kami muncul..atas alasan tersalah tanda nama..menyebabkan kami menunggu hampir 2 jam setengah sebelum bertemu Lina..kami diberi sedikit taklimat di dalam bas dan terus ke hotel Union Life Jinguo Hotel, Beijing...hotel itu berkedudukan di pinggir pusat bandar..permulaan rase sangat jauh tapi setelah 2-3kali berulang..rasenye seperti 20-30 minit je..

Lobi Hotel

setelah check in setel n lina reminder yang hotel akan buat wake up call pada waktu subuh (4.30 pagi) dan juga jam 7 pagi utk breakfast..



Cafe Hotel

Bilik

Keseluruhannya, hotel ini sangat memuaskan hati dari segi perkhidmatan dan keselesaan serta tenang keadaan sekelilingnya..hotel 4 bintang katanya..jadi if u all nak menginap kt sini sangat ok la..just jauh sedikit dari pusat bandar n kene ade transport sbb nak keluar dari hotel nie pun jauh..

sedikit info utk anda semua jika menginap disini..

The Beijing Union Life Jianguo Hotel (Beijing Hezhong Jianguo Fandian) is located northeast of 5th West Ring Road and Tiancun Road, in close proximity to Badachu Park, overlooking the Fragrance Hill. A three-minute drive sees guests to Beijing Olympic Shooting Range Hall.

This Beijing hotel features courtyard style buildings.

  • Address: 555 Tiancun Road (Tiancun Lu)
  • Area: Princess Tomb and Wanshou Road



  • Location Distance from hotel
    Airport Beijing Nanyuan Airport 40 km
    Railway Station Beijing West Railway Station 20 km
    Railway Station Beijing Railway Station 32 km
    Downtown Tian'anmen Square 25 km
    Airport Beijing Capital International Airport 47 km
    Location Distance from hotel
    Airport Beijing Nanyuan Airport 40 km
    Railway Station Beijing West Railway Station 20 km
    Railway Station Beijing Railway Station 32 km
    Downtown Tian'anmen Square 25 km
    Airport Beijing Capital International Airport 47 km
    Location Distance from hotel
    Airport Beijing Nanyuan Airport 40 km
    Railway Station Beijing West Railway Station 20 km
    Railway Station Beijing Railway Station 32 km
    Downtown Tian'anmen Square 25 km
    Airport Beijing Capital International Airport 47 km
    Airport Beijing Nanyuan Airport 40 km
    Railway Station Beijing West Railway Station 20 km
    Railway Station Beijing Railway Station 32 km
    Downtown Tian'anmen Square 25 km
    Airport Beijing Capital International Airport 47 km
    Airport Beijing Nanyuan Airport 40 km
    Railway Station Beijing West Railway Station 20 km
    Railway Station Beijing Railway Station 32 km
    Downtown Tian'anmen Square 25 km
    Airport Beijing Capital International Airport 47 km
    Airport Beijing Nanyuan Airport 40 km
    Railway Station
    LocationDistance from Hotel
    Airport
    Beijing Nanyuan Airport40 km
    Railway StationBeijing West Railway Station20 km
    Railway StationBeijing Railway Station32 km
    DowntownTian'anmen Square25 km
    AirportBeijing Capital International Airport
    47 km

    Saturday, April 20, 2013

    Capt 1 : Trip Ke Beijing - cerita dahulu keperluannya..

    Assalamualaikum,


    lama tak bercerita...Bahang PRU sgt terasa sbb hari ini adalah hari penamaan calon..mcm biasa..pelbagai usaha bakal wakil rakyat dibuat...tapi biarlah ia menjadi rahsia antara mereka..

    oritee...berbalik kepada tajuk yang sebenar yg amina nak ceritakan...huhuhu..last month kami sekuarga telah mengikuti trip ke Beijing setelah setahun merancangnya..mmg seronok sgt..tapi ada kekurangan dan kelemahan yang amina dapati dari pakej yang amina beli..



    kami pergi pada akhir bulan Mac ianya adalah penghujung musim sejuk dan bermulanya musim bunga..so item yang sangat diperlukan adalah seperti berikut kerana walaupun musim sejuk telah berlalu tetapi angin yang bertiup tue boleh menyebabkan jejari kita kejung, telinga merah menahan kesejukan dan paling penting kulit kita akan menjadi semakin kering icthy
    • sarung tangan
    • snowcap / mafla
    • pakaian tebal
    • longjohn
    • jaket tebal
    • sock dan kasut bertutup yang bersesuaian
    • losyen pelembab muka dan kulit
    • vaseline
    ketika kami berangkat, kami hanya membawa 1luggage 2 beg sandang dan 1stroller. Memandangkan kami membawa shifaa jadi kami perlukan stroller yg ringan dan mudah diuruskan..alhamdulilah rezeki kami..sehari sebelum berangkat, kami terjumpa sebuah stroller yang cantik dan sgt murah yg berharga RM99 sahaja di Giant, bangi..since dari kecil shifaa tak pernah menaiki stroller even kami memilik 2 biji stroller...but bila amina ckp kt shifaa nak beli stroller utk dia, terus setuju dan harga nya sangat berpatutan..

    untuk keperluan shifaa, amina hanya membawa pampers secukupnya, wipe tissue,  termos,5cwn bubur instant, 8helai baju tidur, 2 jeans dan 2 helai sweaters..mmg dah tau kt sana sejuk so tade la beria bawak baju lelawa sebab ditutupi jugak dgn sweater nanti.. manakala susu pula amina letak didalam botol air yang bermuncung kecil agar bila nak bancuh susu, amina tak perlu untuk pegang susu tersebut..

    utk kami suami isteri, masing2 bawa 2helai jeans dan 2helai treksuit serta 4helai baju...sebab kt sane pasti anda tidak akan pernah rase berpeluh jadi tidak perlulah bawak baju yg banyak selain keperluan yg penting sahaja.

    oh ye..kt China, FACEBOOK, Twitter adalah diharamkan..so jgn la berangan sgt nk update aktiviti kt sane ye*MATI KUTU YE*..huhu..tapi kat airport china, mereka menyediakan perkhidmatan free wifi..bagi foreigner mcm kita, passport diperlukan untuk reg user sebelum menggunakannya di kiosk wifi.. juga disediakan penimbang beg kepada orang ramai..sgt bagus..ianya sgt membantu..

    kalau diikutkan mmg tak mahal pakej kami...tapi seiring dengan rega pakej tersebut..itulah yang kami dpt..apa pun kami enjoyed walaupun ade beberapa perkara yang amina kurang berpuas hati...



    ok..kita bermula dengan pembelian voucher pakej ke Beijing 6hari 5malam di travel Agent Bagus Holidays Sdn Bhd dengan voucher berharga RM299...ape yang kita akan dapat dari voucher tersebut adalah :
    • melawat 20 tempat menarik di beijing
    • penginapan 6h5m di hotel 4 bintang
    • breakfast dan lunch halal disediakan sepanjang trip
    • waktu dan tempat sembahyang diberi keutamaan
    • pengangkutan sepanjang trip termasuk penghantaran pergi balik ke airport
    • kanak-kanak bawah 18 tahun dikenakan RM380 subcaj oleh Kerajaan China
    • Fee utk 3 entrance yang diwajibkan masuk
    • Subcaj RM100 mengikut kadar matawang asing terkini
    • diberi voucher tunai RMB 600 setiba di Beijing  (tukar kpd voucher yg dibeli di malaysia)
    • valid utk seorang sahaja.
    • voucher valid selama 18bulan dari tarikh didaftarkan.

    dan bajet perbelanjaan kami bertiga sepanjang trip adalah seperti berikut :

    Tiket flight airasia : RM 2600
    Voucher : RM897
    Subcaj kanak2 : RM380
    Visa : RM180
    Tipping & Caj : RM 825
    duit belanja : RM2000

    haa..itu la..bajetnye nak ke China...tapi amina nasihatkan..adalah lebih baik...beli pakej yang mahal sedikit dlm lingkungan RM500 dan ke atas..itu adalah lagi bagus berbanding beli pakej ground yg murah tapi confirm anda ta puas hati..mcm yg amina alami nieh..ianya sebagai ikhtibar kepada amina untuk memilih pakej atau travel agent yg bagus dan yg pasti kita akan berpuas hati nanti...

    Orang china mmg penuh dngn muslihat jadi anda perlu berhati-hati..kalau anda pergi ke shops atau pun centre jade, pearl n silk atau ape jua jenis tempat lawatan anda..pasti ade jualan, beware la dengan sales mereka..ayat manis, pandai memujuk membeli smpi beribu2 dan sumtime boleh bergaduh..pengalaman salah seorg ahli rombongan bergaduh dengan penjual mmg menakutkan tapi nasib die ade experience so mmg hati die kental la..penjual tue marah sbb die dh kuarkan barang2 tapi tak jadi jual..manakala bg budak perempuan tue..harga yang diberi tak berbaloi dgn barang yang dijual malahan die tak suruh pun penjual tue keluarkan barang..menda kecik je tapi siap leh bergado..so berhati2 la ye.

    kalo pegi ke tempat urutan refsologi (betol ke eja nieh) nie lagi la..ayat manis..mintak tipping..padahal urut tah pape...merapu jer sume nieh..

    baiklah..masalah yang berlaku sepanjang berada di china dan kesannya kepada kami ahli rombongan :

    tourist guide yang baik tapi penuh muslihat dan mengambil kesempatan

    tourist guide kami mmg peramah dan tak lokek dgn info..malangnya baik dia mmg penuh dgn muslihat..100% pergerakan kami dikawal dan kesukaran kami utk melakukan aktiviti free and easy di waktu senggang..malahan juga pelbagai alasan yang diberi oleh si Lina jika kami request utk kemana-mana atas alasan berikut dan bagi amina kerjasama dari Lina sangat-sangat tidak memuaskan hati kami para ahli rombongan.
    1. bus yang disediakan hanyalah untuk schedule yang ditetapkan shj
    2. kawasan bandar sgt jauh (padahal bagi amina setakat 20-30 minit itu normal)
    3. travel agent tidak benarkan group berkeliaran keluar kemana-mana
    disebabkan Lina mengawal pergerakan kami, memaksa kami menghadiri setiap lawatan yg dijadualkan  atas alasan gaji dia berdasarkan tipping dari visitor dan juga shops yang dijadualkan, dia membawa rakan2nya menjual barang kepada kami..nak tanak kami terpaksa beli dengan harga yg sangat yg mahal memandangkan waktu sgt suntuk kerana dlm schedule, waktu shopping adalah hari terakhir kami berada kt sana..dan paling menyedihkan, setelah mereka hantar kami di airport pada jam 9 mlm, kami terpaksa packing barang di airport.. kami ambil ruangan tengah di airport, kami berkumpul dan kami packing barang2 tersebut disitu..terasa kebajikan kami ketika di sana tidak terjaga.. malahan si Lina tidak boleh ditegur, dia akan membuat muka dan menjadi seorang yg sensitif serta pada hari terakhir dia telah bertukar tourist guide lain atas alasan, dia ada group baru dari malaysia yang baru sahaja tiba ke china.
      
    Pemilihan hotel yang jauh dari pusat bandar serta tidak strategik even hotel tersebut 4star menyebabkan kesukaran kami untuk mencari makan malam atau kedai runcit utk beli sedikit keperluan..nasib baiklah amina dah prepare instant food dan juga roti dan minuman 3 in 1..dapatlah kami bertahan juga..ade ahli kumpulan yg lain lgsg tidak bawak stok makanan kerana beranggapan kami duduk di hotel yang mudah kami mendapatkan pelbagai makanan halal memandangkan tajuk voucher tersebut adalah EXPLORASI HALAL CHINA.. actually kami tak kesah hotel jauh dari pusat bandar asalkan kami boleh buat aktiviti free n easy dan juga mudah utk dptkan stok makanan halal..tapi kami mmg ditempatkan di hotel yg sangat jauh dari perkara semua itu..terasa rugi sgt dtg ke china tapi waktu mlm kami tido seawal 9mlm..

    penyusunan schedule lawatan yang berterabur dan pergi tempat yang sama even pintu masuk yang bersebelahan, pintu A kami pergi pada hari ke2, dan pintu B kami pergi pada hari ke 4..terasa membazir sgt..waktu yg boleh dijadualkan perkara lain, berpusing2 pada tempat yang sama.. malahan lawatan2 tersebut langsung tidak memenuhi citarasa kami kerana kumpulan kami adalah kumpulan muda, mereka ingin sesuatu yang menarik bukan suh p kedai Jade, Pearl smpi 2-3 jeni kedai jual menda yg sama..kalo bawak org veteran, maybe lah mereka suka.


    memandangkan perkara2 seperti berikut berlaku, menjadikan amina seorang yang pemilih dan pasti pilihan travel agent akan datang, amina tidak mahu berlaku seperti itu..tak suka okey.. spent lot of money tapi hasilnya kurang menggembirakan..

     semoga panduan ini dapat membantu rakan2..jika anda hendak bercuti ke luar negara makesure anda pastikan perkara yg berlaku pada amina, tidak berlaku kepada anda semua...peringatan kepada diri amina dan juga rakan2 yang lain..in shaa allah..

    love,
    Nur Amina

    Tuesday, April 16, 2013

    Teaser

    From beijing with love....

    20-25 Mac 2013

    Cutibagus.com

    Wednesday, March 27, 2013

    Ape rase skg...

    Skg rase sedih berbaur gembira+sedih...sumthin yg didoakan telah dimakbulkan..tp for long term...beban makin berat...
    Ok..lelaju berehat...balik obersea..bdn gegatal.plak...stress..mcm ne la nak duk tmpt sejuk nieh..T_T..

    Monday, March 18, 2013

    Berehat seketika...


    Assalamualaikum semua, kedai akan ditutup dari 20 hingga 26 mac 2013...

    Jika teringin juga nak buat tempahan, boleh hubungi klik saya utk item berikut ;

    *apam polka dot
    *durian crepe
    Hubungi 0173231929 hidayah

    *any cupcakes/cakes
    *any tart ( choc, cheese, fruits)
    *magic of agar2
    *choc praline
    Hubungi 0142271315 kak Que

    Harap maklum.

    Monday, February 4, 2013

    She sick.again

    Assalamualaikum...lame xupdate.blog..kerja hakiki dan sampingan menjadi perkara utama sejak 3bln lepas..

    Skg update.via hp je sbb xde mase nk karang waktu siang..mlm dh busy dgn tempahan dan shifaa pula makin membesar...

    Xtau la ape cite len o kengkawan...sbb limited usage..asalkan dpt bcerita..itu dh memadai...

    Utk cite terkini ialah..shifaa mengalami.infection pd perutnya..kesan dr itu, shifaa mengalami diearrea dan muntah2 utk kesekian kalinya..kesian sgt..shifaa seorg yg sensitive terhadap pencemaran air..

    Xtau la dimana punca yg terjadi..samada dari kenduri.yg kami hadir atau punca air yg keroh dari paip rumah atau sudah waktunye filter dirumah perlu diservice...

    Bila terjadi mcm nie..terimbau kejadian bln mac 2012 iaitu shifaa.kene infection akibat dari air kolam mandi awam di presint 9 berdekatan dgn foodcourt...2mgu baru dpt pulih..tp terkena semula...

    Kali.ini shifaa terkena lg..hurm...ntah ler..sian tgk shifaa melepak sbb keletihan..

    Kul 1.30am selepas shifaa muntah utk kesekian kalinye..bertanyakan keadaannye..
    Ibu : shifaa ok ke?
    Shifaa : ibu, sakit koyot ( smbil tunjuk perut) enat (penat).
    Ibu : xpe..biar ibu urutkan...
    Shifaa : sakit koyot ibu ( ulangi semula)

    Terase sgt sedih...terseksa tgk shifaa mcm tue...harap esok shifaa kembali pulih...

    Updated : hari kedua dh kurg muntah tp suhu bdn naik dan kurg nk.minum air...tp ada mintak mam nasi ..walau 4sudu je..itu sudah memadai..mayb sbb lapar...

    Ptg cikit pas masuk sub, suhu bdn mula turun tp letak juga tuala basah kt kepala dan badan...lewat ptg lg...nampak ada perubahan..minta mam n ajak bermain..syukur...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...