Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Wednesday, June 29, 2011

Rumahku Syurgaku

since dh berpindah rumah..ramai la suh aku upload pic..nak tengok umah, nak tengok hall, nak tengok dinding...adoi...dtg je la umah..tak kesah punye...yg aku kesah...errr..er...rumah aku tue tak abih2 lagi ngemasnye...tak bile nak abih pun tak tau..bsepah-sepah lagi..

ini ats permintaan korang yer..korang jgn la expect rumah aku  nie best..kuarters je pun..tapi selesa la..dan...mmg la best sebab ada tangge..tapi lagi sebulan shifaa dh pandai jalan..aku kene pikir..camne nak pagorkan tangga tue pulak...betape je la aku kt tingkat bawah sebab takut shifaa meluncur laju ke tangga dgn walker die tue..bukan boleh caye..nenek masak kt dapur pun..tetiba pusing belakang..die dan walker nyer dh steady kt tepi heater air panas nak tepuk2 kt penutup heater tue..tah ape kene shifaa..menda tue gak die nak tepuk2....takk ker naye aku karang...skg kt dapur pun kene pagor gak..bukn leh caye dh si tecik tue..

ok..aku mulakan dengan muka depan kuarters aku nieh...




home sweet home.. view hadapan

view sisi
  

 inilah rumah yg baru aku berpindah...alhamdulilah..selesa sgt..tapi tak tahan..ade nyamokkk wooo..aku nak request fogging ler..sian shifaa kene gigit nyamuk.. 
 
 ----------------
 
RUANGAN DAPUR 

dapur agak besar
selesa untuk memasak
 
 agak selesa. letak meja makan tecik sebiji kt tengah, shifaa boleh keliling dengan walker tiap kali teman aku masak...n_n..
 ----------------
 BILIK NO. 4 a.k.a BILIK SEMBAHYANG

muka pintu bilik no. 4
laci dan mesin jait kt bilik nieh

 bilik nie terletak sebelah dapur dan aku kira agak selesa untuk dijadikan bilik sembahyang..mudah jugak tamu nak semayang,kalo apak shifaa ngaji, boleh la jugak shifaa teman kt tepi..lagipun famili aku tecik lagi..kalo besar, mungkin aku jadikan bilik anak-anak aku..
 ----------------

RUANG MAKAN

view dari dapur
view dari ruang tamu
 ruang makan nie hall nya bersambung dngn ruang tamu ini patern umah aku. patern umah kak aku lain plak..ruang makan dgn ruang tamu dipisahkan dgn bilik ditengah-tengah dan ada lorong di sebelah bilik tue. bila ruangan tamu dan makan ini bersambung nampak la luas sikit rumah aku nie..itu yg shifaa dh laju bebas berwalker kt umah tue..siap main chak-chak plak..huhu..
 ----------------
RUANG LIPAT BAJU


 hihi..nie nyer ruangan aku create sendiri..kwsan aku nak melipat baju sambil teman shifaa main walker ke, merangkak ke kt umah tue..ruangan antara ruang tamu dgn ruang makan

 ----------------
RUANG TAMU

shifaa suka tido kt depan nieh

tempat shifaa pusing2 naik walker
 

ruang tamu aku nie dijadikan sekali tempat bersantai..ye la..aku bersantai kt tingkat bawah jer..tak berani nak bersantai tingkat atas..ade anak tecik kene kira segala aspek..nie pun semalam dh dpt adiah lebam kt dahi..sebab tertunguih mase merangkak..hadiah la tue sebab nak pandai merangkak dak shifaa tue..

 ----------------
PINTU UTAMA


pintu utama


 
pintu utama dan tangga

kt pintu tue shifaa suka bersantai tengok abg nabil main-main kt depan umah..agak2 kecoh mulut becok, aku letak je die kt depan pintu tue..ade la org ajak die main..tak lain tak bukan..abg nabil die la..anak jiran rumah depan...

 ----------------

STOR DAN TANGGA

besarkan nak pagar tangga nieh..
stor seco'et kt bwh tangga


view tangga dari hall ats

aku kira tangga umah aku tue sgt la lebar dan besar..cam makan space jer..tapi tak kesah la..kalo naik ngan org gemok pun takdela berselisih bahu..ade ruang lagi..hihihi..stor tue seco'et kt bawah tangga..ok..stor dh penuh ye..huhuhu.. tapi pening gak..lebar sgt..camne aku nak pagorkan tangga tue nanti..
 ----------------

 HALL ATAS

kain batik penutup sliding..tak de langsir lg
oopppss..si tangga nie ade plak kt pic nie

hall atas

Hall atas nie boleh dijadikan ruang santai..nak letak tv boleh, nak letak pc boleh, buat mini library boleh, nak jadi ruang make up-make up (aku la tue ) pun boleh..huhu..nak bentang toto tido kt luar pun boleh..ade kipas kt luar nieh..kire luas la jugak.. oh ye..pasang kain batik kt sliding tue sebab segan..nampak la jugak jiran sebelah kalo kite ke hulu ke hilir kt umah tue..langsir lum beli la..

 ----------------
 BILIK UTAMA

pintu bilik utama
bilik nie byk sgt tingkap


langsir plak transparents.
toilet


pandangan atas bilik utama
 bilik utama nie sedang2 sahaja..kalo nak comparekan bilik utama mase kt p5 dulu lagi besar siap boleh letak 1 lagi katil queen tapi tak kesah la..selesa la juga..bilik nie byk sgt cermin..bersambung aku pasang langsir..mak aku kate rumah aku nie ibarat akuarium..totally org boleh nampak kite dari luar..

 ----------------

GURISAN PENINGGALAN BURUH

 

camne la aku boleh tak pasan..buruh yg buat rumah tue siap tinggalkan nota gurisan lagi....korg bace la ape yg die guris tue...

----------------
BILIK NO. 2

dari pintu
sejuk je tido bilik nieh

 bilik nie letak katil size queen dan almari serta laci sisi dah tak muat plak aku nak letak meja solek..dh tak pasal2 aku letak kt hall tengah tue..

 ----------------

BILIK NO. 3 a.k.a BILIK BAJU

view pintu
selesa bilik nieh
boleh la aku buat bilik baju kt tingkat atas nie..nanti nak angkat iron board ke ats la..susah jugak pepagi buta kene menggosok kt bawah.

 ----------------


tapi paling aku terharu......... 


 ----------------




en. suami dh gantung gambar kawen nie kt atas katil bilik utama..inspirasi aku nak kurus nieh..hohohoho..

penat woo ngemas umah tak abieh2...huhu...



nanti jemput la datang umah yer..umah tak sebape...insyallah bln 7 nanti aku nak buat kenduri..korang datang la yer..cume tarikh aku tak pasti..nak buat doa selamat masuk umah baru dgn sambut puasa...

n_n....wink.wink..tetiba windu shifaa..hihihi...
note ; oh ye..lupe la..gambar belakang umah tak amek plak..takpe la..korg dtg je la umah..tengok sendiri yer..hihihi..

Tuesday, June 28, 2011

Sharklee - supplement Untuk tambah Energy dan produce susu

semalam aku cuti sebab shifaa demam...dapat kaki je terus demam...demam terkejut..hihihhii..cian anak ibu..bersok..sek..sok..sek..cecema..

sebelum nie aku mencari suplement terbaik utk aku dan jugak persediaan utk bulan puasa..penat wooo since ada baby nie..tido malam mmg la tak penah cukup..lagi2 kalo si tecik tue dh pandai merajuk..waaaa...lg aku geram...lame gak aku survey mana yg terbaik utk diri aku dan yg pasti tidak akan memudaratkan shifaa sebab aku masih lagi fully breastfeed shifaa sehingga sekarang (masuk 8bln)..alhamdulilah..dan niat aku sehingga shifaa puas dan bila tiba waktunya, baru la wean-off (bercerai susu) dgn dia...

aku jadi berkira-kira nak cuba supplement adalah sebab aku tak mo aku makan effect pada shifaa..dulu penah makan jamu mak dara..tapi sian kt shifaa..dia cirit birit sebab panas sgt..tapi laaaa nie aku cam tak tahan jer bdn..kerap lesu, letih, penat..pagi dh bgn awal, nak mengepam lagi...kije kt opis cam tak cukup jam..smpi lupe waktu mengepam ngan makan..tau2 dh 6.30ptg..balik pulak...ngadap shifaa...bile dh umur2 shifaa skg nie..mula nak memanja..dh kije rumah tak siap2...kul 9.30mlm die tido baru la aku leh membasuh, ngemas (kalo aku tak join sekali tido la..ekekekek)...pahtu tido kul 12-1pg...karang belum kira shifaa bgn rengek2 tengah mlm nak nyusu...adalah dlm 2-3kali die bgn..so..routine hidup aku cam gitoo...belum lagi nak layan suami nak itu nak ini..(oitt korg jgn pikir lain ek..)...
aku kene fikirkan apa yg terbaik utk semua agar semuanya puas hati dan tak letih...aku mula survey pelbagai supplement..tapi dlm byk2 tue, aku kerap terbaca testimoni dari pengguna penghasilan susu selepas 3hari makan sharklee...

aku pun mula survey harga trial pack utk set breastfeeding..nak cuba trial pack dulu..takut tak sesuai..rugi plak..rata2 aku jumpe harga trial rm80 henget..(30t B complex, 30t Vita-lea, 30t Vita C, 90t alfalfa)...maseh dlm survey, aku pernah post masalah yg aku alami dan Ana telah pm aku trial pack dari beliau..aku tak bukak pun...sbb aku agak rega mesti rm80 cam tue la..tetibe minggu lepas aku decide nak try gak..sbb tetibe susu aku merundum...mayb 2nd time aku period since bersalin...gila2 merundum..agak stress gak la aku dibuatnyer..tapi aku usaha gak mencari penyelesaian...

dalam dok godam2 cari pengedar sharklee..aku terbukak emel aku...tajuk trial bf sharklee..tengok2 set tue same rega ngan set yg pengedar2 lain jual cuma alfalfa die bagi 60t dan promosi utk bln jun tambah 30t lagi..dan rega rm65 shj...hohoho murahkan..murah la..kalo fullpack pun murah gak..ana tol2 bagi harga murah...pahtu aku mintak tambah alfalfa 90t lagi tambah dlm rm13 jer..

balik je dari jumpa ana terus je makan set tue dan mlm aku amek vit c dan 2t alfalfa sbb shifaa ngah demam..ana suggest mam 2t vit C if anak kene fever n flu...alhamdulilah..pg tadi breast terus engorged..pum2 dpt la dlm 6oz...byk la jugak..utk permulaan...itu sgt la memadai...


set trial B - Breastfeeding

semoga aku boleh mengumpul stock untuk puasa nanti..doakan ye kawan2..niat aku utk menyusukan shifaa sehingga aku termampu...niat aku ini sejak aku mengandungkan shifaa 7bln...

oh ye sesape yg berminat utk cuba lain2 trial pack sharklee boleh contact ana untuk consult tentang sharklee..

Siti Raihana Mahat
012-2300203

sharklee nie bagus untuk :
ibu menyusukan anak
ibu dalam pantang
untuk kurus
tambah tenaga jika kerap keletihan
keintiman suami isteri
penjagaan kulit
dan etc...

boleh la tanya ana if ade pertanyaan. harga yg dia tawarkan pun sangat la murah..mai kwn2 cuba sharklee.. n_n..

tetiba aku tak minat kumpulan Jambu...

masa memula Maharaja Lawak (ML) bermula..aku tak penah miss pun rancangan tue..lagi2 kumpulan fav aku, Sepah, Jozan, Nabil (time tue best..skg dh out jugak) dan Jambu...everytime show dorg mesti aku tpacak kt dpn tv..yg group2 lain tue aku tak heran sgt..

makin lama rancangan tue berlangsung..kumpulan jambu mula hilang fokus dan paling aku geli bile si yus berlakon jadi bapuk..adoi..gelinyer...maleh nak ckp lebih..yg tengok pun..kompem meremang bulu roma..haha..lagi2 si AC kene peluk..kihkihkih...

dihujung2 rancangan ML, kumpulan jambu semakin ilang sengat..lagi2 bila final..lgsg tak best cam memula dorg start join ML..

selepas habis rancangan ML tue...aku tdengar satu kabar berita tak lagi2 hilang lgsg keminatan aku terhadap kumpulan jambu nieh...iaitu...





bab Scandal2 nieh..;(




bukan ker tokei nie dh kawen..anak pun berderet jugak???
source : borak-borak

ilang sudah sorg fan  ko jambu...

Gambar Anak Jimmy Shanley

tahniah jimmy..comel sgt..ringan tol baby die..2.2kg jer..semoga dgn kehadiran si baby kecil ini, hidup jimmy bertambah bahagia..n_n..tumpang gembira la..

Gambar: Ehsan Jimmy Shanley

Jimmy Shanley: Lepas Ini Tanya Pasal Anak Saya Saja!

KUALA LUMPUR, 27 JUN 2011: Pengacara popular, Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun 2011 lalu menganggap kehadiran puterinya itu sebagai satu kebesaran Tuhan yang tidak ternilai buat dirinya.

Lebih-lebih lagi bila melihat bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh kira-kira jam 6 petang, pada Jumaat lalu.

"Amat sukar untuk saya luahkan perasaan saya setelah melihat kewujudan Zahrah di depan mata saya. Ianya seperti satu keajaiban yang cukup sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

"Yelah, apa tidaknya saya dan isteri pun sudah enam bulan tidak bersama dan kini muncul kelahiran baru dalam hidup saya dan keluarga saya.

"Setelah melihat kehadiran Zahrah, serta-merta saya terus terbayangkan wajah kedua ibu bapa saya . Mereka tidak sempat melihat zuriat mereka ini...," katanya kepada murai.com.my.

Brsyukur dengan rahmat yang diberikan oleh Tuhan itu, Jimmy Shanley berkata, sebolehnya dia akan cuba mendidik serta membesarkan anaknya itu secara sederhana.

"Sebagai seorang bapa, saya akan cuba turut segala kemahuan anak saya. Tapi, kalau boleh saya mahu dia bersederhana dalam segala hal. Mengenai soal kerjayanya pada masa depan, kalau boleh saya tidak mahu dia ikut jejak langkah saya atau terlibat dalam bidang seni.

"Tapi, kalau sudah itu pilihannya, saya tidak akan hal. Asalkan kerja yang dilakukannya itu adalah halal. Itu sudah memadai," katanya lagi.

Tentang pemilihan nama Zahrah pula, kata Jimmy Shanley, nama tersebut merupakan gabungan nama arwah ibunya Azizah dan ibu mertuanya, Muniroh.

"Saya yang pilih nama tu," katanya bekas pengacara Trek Selebriti serta Akademi Fantasia Musim 8 ini.
Tambah Jimmy lagi, selepas ini, dia memohon, tidak akan akan pihak yang akan bertanyakan tentang perihal isteri dan rumahtangganya.

"Lepas ni, jangan tanya lagi pasal soal isteri dan rumahtangga saya lagi ya. Lepas ni, semuanya pasal anak saya saja," katanya dengan mesra.

Jimmy dan isterinya, Suhaila bernikah pada 1 Oktober 2010. Pada 8 Mac 2011 yang lalu, Jimmy telah memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.

source : Anak Jimmy Shanley- Murai.com.my

note : tingat mase shifaa baru lahir..hihihi..

Monday, June 27, 2011

Tak ngintai pun Kene Ketumbit...???

orang-orang tua selalu pesan :
"usah ler ngintai, karang kene ketumbit baru tau."
adakah releven perkara tersebut?

 
seumur hidup aku sehingga la aku mengandungkan shifaa...kali pertama dlm sejarah hidup aku terkena ketumbit..yg bestnyer aku ingat aku kene infection kt mata...berat je mata memandangberair-air matenye..gatalnye kemain bisa...bile pandang bawah terutama sembahyang part sujud ke ruku' ker...mesti rasa cam terjatuh bijik mate nieh..mmg tak tau rupenye itu simptom nak kene ketumbit.

dh merah bawah mata
 ini adalah kali ketiga aku kene...sakit tue tak yah cite la...gatal jer...kejenye nak tenyeh mate jer..abih celak ngan eyeshadow..ilang terus dh...

nampak cam tertimbul kt bawah mata tue?
 kali pertama aku kene,agak lama la jugak..dlm 2minggu..peh..berat ngan sakit pale tol..aku ibaratkan ketumbit ini adalah jerawat jugak..die punye suka la nak tumbuh kt mane2..bengangkan...
itulah ketumbit..
 mulanya anak buah aku kene..idak la aku tegur..tapi dlm hati berkata2..'besonye kakak nyer ketumbit'...mmg kaw...seminggu pas tue aku pun kene...adoyai....moral of the story...jgn sebarangan cakap...

yg putih tue mata ketumbit...
yg 1st kene dulu smpi tkuar nanah die...aku ingat taik mate..upe-upenye nanah die kuar..patut la kemain byk lagi die kuar...ape tak nyer kaler dh same ngan taik mate..huhu..tapi kali nie die tak kuar pun nanah tue..tetibe je surut...aaarrrgggghhhh!!! frust...selagi nanah tue tak kuar..selagi tue la kompem naik lagi..bengang tak...!!!!


apa itu ketumbit ?


Ketumbit atau nama lainnya stye@hardeolum selalunya tumbuh dan naik di kawasan sekitar mata. Ia bercirikan kesakitan, eritema (kemerahan kulit yang disebabkan oleh dilatasi kapilari darah), dan berada setempat (tidak merebak). Hardeolum luar ialah jangkitan atau infeksi setempat yang berlaku di sekitar folikel rambut mata atau bulu mata, Manakala hardeolum dalam berlaku di kelenjar meibomin (kelenjar kecil yang terletak di bawah kelopak mata)

ketumbit


ketumbit


Selalunya ia terjadi disebabkan oleh jangkitan bakteria Staphylococcus aureus . Jika tidak dirawat, komplikasi nya, ianya akan menjadi bertambah teruk sehingga akan menyebabkan jangkitan kedua iaitu blepharitis (inflamasi pada kelopak mata). 

Jadi bagi sesiapa yang ada masalah ketumbit ini, jangan sesekali memandang ringan terhadap sakit ini. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang lebih lanjut. Selalunya, jika hardeolum ini dah membesar, ia akan menyebabkan nanah terkumpul dan rawatan untuk ini hanyalah membuat saliran insisi (I&D) untuk membuang nanah dan dibekalkan dengan ubat-ubatan seperti antibiotik dan tahan sakit.


rujukan: http://emedicine.medscape.com/article/798940-overview
source : ketumbit

Sunday, June 26, 2011

Jimmy Shanley Menangis Menatap wajah anaknya Zahrah Shanley

Menurut makcik merah yang paling merah di dunia ini, Redmummy, isteri Jimmy Shanley telah selamat melahirkan anak perempuan di Putra Medical Centre, Sungai Buloh. Menurut Redmummy lagi, Jimmy telah dapat berjumpa dengan anaknya yang diberi nama Zahrah Shanley. Mungkin akibat terharu, Jimmy menangis kegembiraan menatap wajah anaknya.
Apa pun semoga kelahiran anak Jimmy Shanley dan isteri akan menjernihkan kembali hubungan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan mereka.|

source : Jimmy Nages 

jimmy & suhaila

Bubur Salmon dan Sayur Bayam

ari nie p mydin..cari makanan untuk shifaa..cari punya cari punya cari...terjumpa slice ikan salmon..en.suami suh buh dalam bubur shifaa nanti..so cari sayur pulak...ari nie shifaa nyer bubur pakai beras wangi siam..letak sikit jer sekali masak..boleh makan utk 2 orang...abih la...ayah suap smpi abih la jawabnye..huhu..

BUBUR SALMON DAN BAYAM
Bahan-bahan :

1. sedikit beras
2. sepotong kecil ikan salmon
3. 4-5 helai daun bayam
4. secubit garam (sikit jer..jgn byk2..wat rase)

Langkah-langkah :
1. masak bubur dulu baru buh ikan salmon

2. zoom lagi..ikan salmon tue wane oren

3. dh empuk ikan tue letak sayur bayam pulak...

4. tgu bubur masak...
tada...siap utk disuap..tambah kicap masin sikit sebab tade rase lgsg..ikan jer..
 nampaknyer shifaa suka sgt..tengok die makan camner...hohoho..menikmati betol..lepas bgn tido terus makan..mane tak bam-bam...

oh sedapnye ibu...time kasih masakan bubur nie...

time kasih ayah sebab suapkan shifaa.. n_n...
mmg dia suka sgt...berebut2 makan..sejap je dh abih mam...jarang tol die mam sejap cam nie...

tengok..dh abih mam la...hihihi..

time kasih..saya sayang ayah dan ibu....n_n...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...