orang-orang tua selalu pesan :
"usah ler ngintai, karang kene ketumbit baru tau."
adakah releven perkara tersebut?
seumur hidup aku sehingga la aku mengandungkan shifaa...kali pertama dlm sejarah hidup aku terkena ketumbit..yg bestnyer aku ingat aku kene infection kt mata...berat je mata memandangberair-air matenye..gatalnye kemain bisa...bile pandang bawah terutama sembahyang part sujud ke ruku' ker...mesti rasa cam terjatuh bijik mate nieh..mmg tak tau rupenye itu simptom nak kene ketumbit.
![]() |
dh merah bawah mata |
![]() |
nampak cam tertimbul kt bawah mata tue? |
![]() |
itulah ketumbit.. |
![]() |
yg putih tue mata ketumbit... |
apa itu ketumbit ?
Ketumbit atau nama lainnya stye@hardeolum selalunya tumbuh dan naik di kawasan sekitar mata. Ia bercirikan kesakitan, eritema (kemerahan kulit yang disebabkan oleh dilatasi kapilari darah), dan berada setempat (tidak merebak). Hardeolum luar ialah jangkitan atau infeksi setempat yang berlaku di sekitar folikel rambut mata atau bulu mata, Manakala hardeolum dalam berlaku di kelenjar meibomin (kelenjar kecil yang terletak di bawah kelopak mata)
Selalunya ia terjadi disebabkan oleh jangkitan bakteria Staphylococcus aureus . Jika tidak dirawat, komplikasi nya, ianya akan menjadi bertambah teruk sehingga akan menyebabkan jangkitan kedua iaitu blepharitis (inflamasi pada kelopak mata).
Jadi bagi sesiapa yang ada masalah ketumbit ini, jangan sesekali memandang ringan terhadap sakit ini. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang lebih lanjut. Selalunya, jika hardeolum ini dah membesar, ia akan menyebabkan nanah terkumpul dan rawatan untuk ini hanyalah membuat saliran insisi (I&D) untuk membuang nanah dan dibekalkan dengan ubat-ubatan seperti antibiotik dan tahan sakit.
rujukan: http://emedicine.medscape.com/article/798940-overview
source : ketumbit
No comments:
Post a Comment