Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Wednesday, August 31, 2011

The Winner Contest : Apa Tema outdoor U'olls?



Pemenang bagi Contest : Apa Tema Outdoor U'Olls?

dengan Tema :

MATERNITY


^
^
^
^
^
^
^
^
^


TAHNIAH!!!..n_n...

diucapkan...sila hubungi saya
untuk details (emma.arahman@gmail.com ) atau terus add saya di FB = Nur Amina
untuk keterangan lanjut.





Contest : Apa Tema Outdoor U'olls?

INI ENTRI MELEKAT..SCROLL BAWAH UTK NEW ENTRY

Assalamualaikum w.b.t...alhamdulilah...dengan ini PageIbuShifaa ingin mengumumkan
CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS?..
hadiah menarik menanti anda...


camne nak join contest nieh?
  • Follow blog ini..
  • buat entri tajuk : CONTEST : APA TEMA OUTDOOR U'OLLS?
  • letak header banner kt ats nieh dan link ke entri nieh..
  • Tag 3 org kawan tau..
  • Jawab Contest nieh : 
  1. Apa tema outdoor anda? (pre-wedd, maternity, baby, child, family, couple n etc)
  2. contoh kalau pilih pre-wedd plak..nak tema ape? (klasik-jaman dulu2, dak sek, moden n etc) 
  3. prop's yg akan anda bawak?
  4. lain-lain menda yg u'olls nak tambah...
  • pahtu tinggalkan link kt komen entri nieh tau...
mudah tak..hahaha...
ok!!!

Closing Date : 
31 Ogos 2011 jam 10 Malam


HADIAH NYER : 

    1) Sesi Fotografi Outdoor

2) 1x Makeup 

 

3) 50 biji Apam Polka Dot
4) Set Minuman  Kesihatan Cocoa Collagen dan Stoo Tey Cafe

ala-ala grand kan hadiahnye...huhu..bertuah la sape yg menang nie kan..tapi takpe..ade jugak adiah utk tmpt ke 2 hingga ke 4 iaitu..


3 hadiah Sagu Hati :
  • 50 biji Apam Polka Dot
  • Trial Cocoa Collagen Power Plus atau Stoo Tey Cafe 
cepat la join..masa sgt berharga tau..

semoga anda berjaya yer!!!!!

Tuesday, August 30, 2011

Tempahan Si Apam Polka Dot


Si Apam yg comel ini boleh ditempah utk pelbagai majlis. boleh request filing yg anda berminat..mari tempah..murah dan fresh homemade.


PROMOSI UNTUK BULAN JULAI DAN OGOS 2011

 berikut harga  si apam comel ini..

50 biji : rm25 without filing
50 biji : rm30 filing
100 biji : rm 50 without filing
100 biji : rm58 filing

+rm 10 setiap 50biji utk apam bercorak lain (etc : ladybird, angry bird, burung, butterfly, lebah)

pilihan filing : blueberry, strawberry, kaya, coklat, coklat chip

minima order : 50 biji

order lebih 500biji, dpt best price..n_n..

boleh self collect kt :
  1. Kafe beriani Gam Putrajaya (dekat pintu masuk putrajaya)
  2. kafe Beringin (dekat gate 1 putrajaya, depan inspen)
  3. Desa Pinggiran Putra, Kajang
  4. Kompleks E, Putrajaya
  5. Jln 3/3, Presint 15, Putrajaya
Caj utk Delivery :
  1. Putrajaya/Cyberjaya - Free
  2. Bangi/Kajang/Sepang/Dengkil - RM 5
  3. KL/Ampang/Serdang - RM 7
  4. Via Pos laju : mengikut berat tempahan
lain2 persoalan boleh la ajukan kt emma.arahman@gmail.com yer...


latest entri ade kt bawah yer...

Monday, August 22, 2011

She's Critical....tolong rakan-rakan doakan yer..

aku terjumpa blog nie dlm fb..ada rakan fb post..tersentuh rase hati bila si puteri aqasha didapati menghidapi luekimia...Si ibu bukan meminta duit tetapi memohon doa agar kesihatan anaknya kembali pulih..

Dania sedang kritikal melawan penyakitnya serta diarhea... rujuk di sini.



unfortunately...



 ^

 ^

 ^


^

 ketika aku pos artikel ini..dania telah kembali menemui Pencipta-Nya..

alfatihah..

p/s : sedihnye...menages aku..baru je nak tulis mohon keberkatan doa rakan-rakan blogger, tetapi arwah telah kembali ke rahmatullah...

Seorang Lelaki Complaint Tentang Azan di Outlet McDonalds

Tindakan Alex Chang telah mengundang kemarahan umat islam apabila dia mempersoalkan mengapa outlet memasang azan ketika beliau sedang menikmati makan malam (waktu berbuka puasa bagi umat islam). malah dgn sinis dia menyatakan bolehkah die mintak utk memainkan Buddhisme menyanyi pada hari ARts?..

Even kenyataan Alex Chang sekadar memberitahu bahawa dia merasa terganggu utk menikmati makan malam, ade juga komen yg lain2 menyatakan bahawa jika tidak suka mendengarnya, sila dtg pada waktu lain selain waktu berbuka umat islam.

selang tidak berapa lama alex telah meminta maaf bahawa beliau bukan ingin bersikap perkauman atau racist tetapi sekadar bertanya...

oh alex cara awak itu bukan bertanya tetapi menyindir...jgn jadikan perkara sensitif seperti ini sebagai perkara yg ringan tetapi ianya sgt terkesan di dalam hati umat islam...

--------------------------------------------

NEWS FROM YAHOO SINGAPORE



Seorang lelaki telah membuat debat panas di Facebook selepas dia Hantar komen yang mempersoalkan mengapa McDonalds dibenarkan solat Islam untuk dimainkan di salah satu restoran.
Debat bermula pada Khamis lepas apabila seorang lelaki dikenali sebagai Alex Chang telah menghantar komen di Dinding Facebook McDonalds.Dia mempersoalkan mengapa pihak McD segera memainkan azan semasa makan malam di restoran tersebut dan 'Bolehkah saya memohon untuk bermain Buddhisme menyanyi pada hari Arts? Sila nasihat," katanya dgn sinis.
Chang juga tidak menyatakan outlet Mcd yang mana dan Chang berkerja dgn Sing Tel.
This was the exchange which took place when Alex Chang first posted his comments on the McDonald's Facebook wall.
debat Alex Chang

Pada 1 kenyataan pada hari Jumaat oleh Facebook McD tersebut, mereka menegaskan bahawa ia menghormati semua kaum dan agama sama-sama, sambil menambah bahawa ia telah mengeluarkan beberapa catatan dari dinding.
"Kami berharap semua orang memahami bahawa kita telah mengeluarkan beberapa Komen dinding pada halaman kami dan menggalakkan semua peminat Facebook kita menghormati antara satu sama lain," katanya.
Alex Chang Meminta Maaf

"Kami kecewa dengan kenyataan pekerja2 kami baru-baru ini menyiarkan komen yang dilihat tidak sesuai dan kami telah kaunseling dia," katanya.


Dua jam selepas McDonald Hantar kenyataan itu, Chang mengeluarkan satu permohonan maaf untuk komen, mengatakan bahawa ia tidak bertujuan untuk menjadi "perkauman".
"Saya ingin memohon maaf kerana komen yang dipaparkan di laman web McDonald.Ia tidak bertujuan untuk menjadi kata-kata perkauman yang telah tersinggung begitu ramai orang termasuk rakan-rakan Melayu kita. Maaf atas kejahilan saya, "katanya.
Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan pada halaman Facebook-nya, SingTel menekankan bahawa mereka adalah Majikan yg mempunyai tenaga kerja yang pelbagai dan berbilang budaya.
"Kita mempunyai nilai-nilai syarikat dan garis panduan yang jelas dan tidak bertolak ansur dengan diskriminasi. Secara peribadi, pekerja kami bertanggungjawab di atas pendapat peribadi mereka .
SingTel tidak dapat dihubungi ketika dihubungi oleh Yahoo! Singapore.
Kenyataan beliau mengenai isu tersebut telah menarik beberapa komen yang menjelaskan bahawa azan  tersebut dikeudarakan membolehkan orang Islam berbuka puasa. Sebagai tindak balas, Chang berkata, "Tidak cuba untuk menghormati. Tetapi merengsa sedikit semasa makan malam. Tidak menghormati agama lain (s) sama sekali."
"By the way, anda boleh bertolak ansur jika mereka bermain Buddha berbunyi di restoran?" katanya.

Tak puasa ker? Lazer Sangat mulut tue....Perang Twitter Didie Alias & Azwan Ali

mmg aku tak sangka...melampau juga kelazeran mulut host nie..ingat2 dh taubat nasuha..upenye tidak..pulak tue menge'cop' org sebagai binatang..melazer plak tue kt Twitter...mulut tak de insurance lgsg...

kesian juga kt org yg die lazer..kalau tak suka cakap jela..bukan bertwit..twit nieh...

anda boleh nilai sendiri based on conversation die dlm twitter nieh...tak baik tau buat camtue..lagi2 dlm bln pose nieh..tak rase bersalah ker..awak tue dh byk kali ke tanah suci..tade sikit keinsafan ker?




 Nasib la si mangsa tidak melatah...


Jangan la rakan-rakan blogger jadi camnie yer...ini adalah contoh yg sangat buruk..


tak terfikir ke pada tiap kata-katanya? kenapa jadi dirinya sekarang ini?



ingat..Kita masih ada Allah...jgn sesekali nak memaki org dengan menyebut nama Allah...


sepatutnya dibulan puasa ini, kita saling memaafi orang yg penah kita luka dan teluka dgn kita..nie saje nak tambah dosa-dosa..dosa2 ngutuk org dh 1 hal, memaki org 1 hal, menge'cop' org pun 1 hal...

Percayalah Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui...siapa salah, siapa betul..Allah yg adili..

source : Perang Twitter Didie Alias & Azwan Ali

Kesibukan mengatasi segalanya

Lately aku merasa sgt busy kerana
bagi aku masa sgt mencumbui mencemburui aku..
Sehingga pada hari ke23 bpuasa, hanya 3 kali saya en.suami tak dapat
menunaikan terawih kerana shifaa mengalami demam jadi
tugasan beliau adalah menjaganya sementara aku menyiapkan beberapa tempahan.

Tinggal lagi 7hari sahaja kita menunaikan puasa dan insyallah 1 Syawal akan 
menjelma...Jadi pada mike2 yg lum bayo zakat tue, segera2 lah membayo nyer..jgn la
nak tunggu pagi rayo baru la nak g bayo...tak sesuaiii gitooo....

Yaa..tahun ini merupakan tahun pertama shifaa beraya...hihihihi..aku yg rase nervous..
selalu aku kuarkan wit raya..insyallah tahun nie..aku yg tolong kutipkan wit raya tok shifaa
haahaha...dan insyallah jugak..wit2 raya shifaa tue nanti aku akan simpankan masuk dlm akaun
die utk tabungan diri die...

Aku mengharapkan syawal ini akan memberi sinar kepada keluarga aku dan juga keluarga  mak abah..begitoo juga keluarga belah suami aku...setiap manusia melakukan kesilapan dan pada syawal ini,
marilah kita bermaaf-maafan sesama kita agar dosa-dosa yg lalu dapat dicuci dgn Maaf yg kita beri...
Oleh demikian, aku mengharapkan kemaafan kepada rakan2 blogger jika ada yg terkasar bahasa, tercuit rasa, tersinggung hati...Amin..

p/s : ramadhan nie tak kemane2 sgt sebab shifaa tido awal..8.30mlm sudah tido..jadi jgn pasang niat nak g uptown ke downtown ker...huhu..kite tidooooo...saje...

Friday, August 19, 2011

Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya.....( Kisah Benar)

Ketika aku membaca kisah ini menitis air mata..bila air mata mula menitik2..aku minimize window..dan bila aku ada kekuatan..aku baca semula..dan apa bila air mata aku menitik kembali...maka perkara yg sama aku buat...betapa menusuk kalbu aku membaca cerita ini seakan aku dekat berada disamping ibunya..bercerita seperti di depan kita...

Arwah adik Iqbal Fahreen Hamdan telah didapati mengalami masalah jantung Truncus Arterioses Type 2.
dan Ketika arwah mengadap ilahi..pn. jamilah ini sedikit pun tidak menangis. Ini janji beliau kepada arwah..


                                                   ----------------------------  --------------

      cerita sebenar : Adik Iqbal Fahreen Hamdan



Sedih sangat..

 Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
 
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"
 
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.
Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011-  Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011-  Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011-  Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.


Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.


Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-  Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011-  Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011-  Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.


8 April 2011-  Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.
"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
 
Abang pada tahun 2007.



9 April 2011-  Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.


Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"
Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?


Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang.

Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.
Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit.


Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat  tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al Fatihah. Maaf Zahir Batin.



Salam sayang dari papa dan mama untuk putera dan puteri tersayang Muhammad Faiz (Awish), Anis Izzati (Anis), Ália Atiqah (Ália), Noor fatin Aqilah (Aini), Muhammad Amin Aiman (Aiman), Noor fatin Adlina (Aina)

-------------------------------------------

Pn. Jamilah adalah seorang ibu yang tabah..sgt tabah apabila 2 anak lelaki beliau lahir pada tarikh yg sama, jua mengadap Ilahi..Semoga beliau menjadi seorang ibu yg sgt tabah didalam mengharungi segala dugaan ini..

aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan beliau bila didapati anaknya menghidap penyakit jantung ketika diusia 2minggu..si kecil itu tidak menyusu dgn sempurna dan berat badannya susut..

aku dpt emel cerita ini dari office mate dan aku guggle ' IQBAL FAHREEN HAMDAN' dan mendapat cerita beliau di sini.

Jamilah Bujang adalah pemenang Anugerah Khas dan peserta akhir untuk Anugerah Hari Ibu Harian Metro 2011. Ketika anak sulungnya, Izzatul Farhanah Hamdan, 15, menghantar penyertaan ibunya ke meja Harian Metro, ketika itu Jamilah sedang bertarung jiwa dan raga menjaga anak�nya Iqbal Fahreen di IJN dan ketika diumumkan sebagai pemenang pada 19 Jun lalu, Iqbal Fahreen sudah kembali menghadap Ilahi pada 9 April 2011. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Amin.  Berita lanjut di Sini

Thursday, August 18, 2011

Belajar Menganyam ketupat bukan Menganyam Mengumpat

semalam aku belajar menganyam ketupat...ade la 10x test...baru dpt rangka die jer...pueh jugak belajar ngan org kidal..aku pun jadi kidal..hahaha...takpe...itu dh satu  hal..

rinie : dah dpt rangka..bangga...cuba plak utk selit2 kasi bentuk...16x tak dpt2...hangen tol..*sib 'cuti'*...
tapi usaha tangga kejayaan..cuba lagi..ade rupa jugak..sekali tengok belakang die brsepah2..

skg nie pun ngah blajar lagi...

kasi korg tengok ape rupa bile aku menganyam ketupat nieh..

sebelum ditarik..

selepas ditarik..tetiba ade 3 ekor plak kat bawah..muskil tol...
errr..sape leh ajar guwe nieh...aaaaa...buat kelonsong ketupat pun boleh meniaga tau..hahaha...nie sebab nak meniaga la aku belajar buat nieh...hihi...

Wednesday, August 17, 2011

Klip Video Murtad 3 Ogos 2011

Isu ini sensasi diawal ramadhan hari apa bila pihak Jais menyerbu sebuah gereja di Damansara kerana mengadakan majlis yg menggunakan ayat Alquran serta menjemput 'Saudara Baru' menghadiri majlis tersebut...Dan didapati terdapat 12 orang ibu tunggal muslim menghadiri majlis tersebut.

nak tengok video..sila klik sini.

Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah berfirman:

"Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya". [al-Baqarah, 217]
Sumber : Dezaman dan Anastasyea


 

Mana Mak????!!!!!

Mana Mak?'
 
Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 
Ateh  menjawab, “Entah.” 
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 
Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 
Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 
Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

kredit to goggle
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...