Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Friday, July 27, 2012

AROMA BUFFET RAMADHAN DI DEWAN BANQUET UPM

Tempat :Aroma Buffet Ramadhan’ di Dewan Banquet UPM, Serdang
Tarikh : 23 Julai hingga 16 Ogos 2012
bermula : 6 pm - 10 pm


Nikmati juadah berbuka puasa bertemakan ‘Aroma Buffet Ramadhan’ di Dewan Banquet UPM, Serdang mulai  23 Julai hingga 16 Ogos 2012 bermula jam 6 petang hingga 10 malam. Bagi pelanggan yang pernah berkunjung ke Restoran MAEPS Serdang,  restoran tersebut telah berpindah tempat ke Dewan Banquet UPM, Serdang. Diuruskan oleh D’Kayangan Buffet Steamboat yang berkecimpung dalam bidang pemakanan dan minuman  lebih daripada 15 tahun pengalaman. D’Kayangan dikenali sebagai salah satu panel katering untuk dewan-dewan terkemuka di Putrajaya dan mempunyai rangkaian restoran steamboat di Shah Alam. Chef-chef bertugas yang berpengalaman lebih daripada 25 tahun bergabung dalam menyediakan juadah-juadah yang enak.



kemudahan yang disediakan

Dewan yang dilengkapi dengan penghawa dingin ini amat selesa dikunjungi dengan ruang yang mampu menampung seramai 2000 orang pada satu masa yang sama. Anda tidak perlu risau untuk memarkir kereta kerana di disini kawasan untuk parkir kereta ada disediakan dan mencukupi. Surau juga tersedia dan cukup selesa untuk menunaikan solat bagi umat Islam.

Dewan berprestij yang dihias cantik ditambah dengan alunan irama Seri Mahligai Ghazal akan menemani anda sepanjang anda menikmati juadah berbuka puasa dan ini akan memberikan anda satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Hidangan ini bermula dengan pembuka selera seperti Ulam-ulaman Tempatan , Kerabu Pucuk Paku, Jelatah Timun Nenas, Kerabu Mangga, Kerabu Perut Berbawang, Pecal Bali, Gado-gado, Telur Asin, Ikan Sepat Masin, Ikan Masin Merah Bersambal dan Ikan Bilis Bertempe.

Buffet Ramadhan yang berkonsepkan warung dan buffet ini  juga amat menarik dengan  sajian yang berasaskan masakan Melayu, Cina, India, Thai dan juga Barat;


Tidak lupa juga Warung Kambing Panggang, Warung Ikan Panggang yang besar, Warung  Bbq (Ayam, Sotong, Ikan, Daging dan Sosej), Warung Satay, Warung Aneka Mee, Warung Jom Beriani, Nasi tomato, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Warung Roti Canai dan Roti John, Warung Steamboat, Aneka Bubur Manis dan Bubur Lambuk, Warung Ais Kacang dan juga aneka kuih-muih melayu, kurma, puding dan juga pelbagai jenis pencuci mulut dan minuman yang disajikan.

Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan berbaloi bagi seisi keluarga untuk bertandang ke Semanis Aroma Buffet ini.



harga Buffet

warga emas  60 tahun ke atas RM 24.50 nett

anda boleh berbuka puasa dengan juadah yang pelbagai dalam suasana yang berbeza.

Pakej-pakej yang menarik juga disediakan bagi kumpulan-kumpulan yang ingin menyambut keraian atau berkumpul  beramai-ramai sempena berbuka puasa dan beramah mesra. Bagi kumpulan yang hadir melebihi 10 orang, 10 % diskaun akan diberikan. Tempahan bagi majlis-majlis korporat, alumni, dan lain-lain juga boleh dibuat.

Anda boleh melayari laman
Twitter @AromaBuffet
Facebook ‘Ramadhan Buffet MAEPS’, ‘LIKE’
page tersebut untuk mendapat sebarang maklumat dan juga promosi yang akan ditawarkan.

Maklumat Lanjut dan Tempahan, hubungi :
012-390 3191/ 012- 384 9091/ 012 – 313 1091 dan 012 – 382 5091

Maps ke Dewan Banquet, UPM


Peta ke Dewan Banquet UPM Serdang. Selepas Hospital Serdang (Sebelah Kiri), masuk ke susur kiri - UPM/ SERDANG/ SERI KEMBANGAN. Ikut susur kiri turun ke Lebuh Silikon (UPM). Simpang 4 masuk ke kiri dan akan jumpa pintu 8, UPM. Banting kami berada di sepanjang jalan menuju ke Dewan

kalo sesat jugak, pakai gps coordinate : UPM Serdang, GPS Coordinates N2.99015 E101.72416

insyallah tak sesat..

selamat berbuka puasa..
n_n...

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan yg tenang

alhamdulilah...

sudah 5 hari umat islam di dunia telah selamat menjalani ibadah puasa..aku harap aku juga dapat berpuasa dengan tenang pada ramadhan ini...walaupun tidak dpt menunaikan terawih secara 100%...sekurang2nya aku bersyukur..aku masih lagi dpt berpuasa dan menikmati bulan ramadhan ini..diharap agar aku serta umat-umat islam yg lain juga dpat bertemu ramadhan akan datang tanpa mengalami sebarang masalah...

selamat berpuasa ye semua..love readers PageibuShifaa...

*kije kt opis byk..tapi ingatn tetap pade blog yg seciput ini..hihihi..n_n..

Wednesday, July 18, 2012

Mengidam.......Rendang Ayam & Ketupat Palas

mmg la..kalo dh bpuasa...selera die mmg cam bulan pose...
beberapa ari lepas..aku ngidam nak makan siput sedut..rezeki toi..jumpe plak....beso2 plak tue..siput sedut masak lemak cili padi..pueh ati makan..kendian adik bawak lokan kt umah mak..di kutip kt sg. pelek...aku tarah jugak bawak balik..lokan sambal rebus..(memandangkan aku 1st time masak lokan, kedabak besar...aku tumis2 takgak tkopak..sekali aku tambah air (dh rupe asam pedas dh) baru la die menganga tbuka..so masakan aku adalah LOKAN SAMBAL REBUS..huhu)

la nie..aku ngidam nak masak rendang ayam dgn ketupat palas readymate...asek tngiang2 plak..hurm...dh beli barang..harap2 petng nie dpt masak..semalam tertangguh sebab adek aku bawak lokan..so masak lokan je la...

aku terliuq rendang ayam kt bawah nie..cam mudah jer..t nak tengok rasenye camne plak..huhuhu

Resepi Rendang Ayam

rendang ayam Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan
Ayam 1 1/2 kg – potong kecil
garam

Bahan Kisar/Giling /Blender
20-40 biji cili padi (pedas ikut suka, lagi banyak cili lagi pedas)
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3-4 batang serai
12 ulas bawang merah – hiris
6 ulas bawang putih – hiris
(Bahan-bahan di atas dikisar sehingga halus)
1 sudu besar serbuk kunyit ( atau dalam 4 inci kunyit hidup).
4 cawan santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa) – (again di oversea guna 1-1.5 tin santan)
2 helai daun kunyit
2 sudu besar kerisik – (di supermarket ada jual ‘sweet grated coconut’ – goreng setengah bungkus – tanpa minyak sampai warna coklat tua dan kemudian ditumbuk atau diblender sehingga ia mengeluarkan minyak)
Perahan air asam jawa ( dalam 3 inci)
garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali (kering) bersama campuran yang telah dikisar dan kunyit – panaskan api (med. hi) atau agak-agak
Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala (inilah rahsianya kalau nak sedap)
Kemudian baru masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan garam sedikit (agak-agak)
Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga gunakan 2 keping asam gelugor).
Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi. Dan masak di atas api yang sederhana (medium or low medium)
Selepas dalam 15 minit boleh  decide samada nak teruskan ia kering sampai naik minyak atau kalau anda mahukan rendang yang berkuah sedikit, boleh la perlahankan api dan boleh dihidangkan.

 sumber : homefamilysite

Tuesday, July 17, 2012

Tips berpuasa : masih Cargas walaupun berpuasa (especially Ibu breastfeeding dn juga penghidap gastrik)

alhamdulilah...almost 2 weeks aku berlatih berpuasa..iye la..org yg mengalami masalah gastrik..mmg tak boleh nak direct pose..karang terus kene gastrik kronik..tak ke bala namenye tue..huhu..

Yang sebenarnye..ingin aku tekankan kt sini iye la..walaupun anda seorg penghidap Gastrik dan juga Breastfeeding, anda masih lagi mampu berpuasa dgn tenang tanpa mengalami masalah keletihan berpuasa(especially kelaparan)..sehingga waktu berbuka..


syukur juga kepada Allah sekali lgi...kerana sepanjang tempoh latihan, aku berjaya berpuasa sehingga ke petang tanpa mengalami masalah gastrik, kepedihan, ke'kriuk'kan (lapar)...hihihi.. bukan ape paling menakutkan bila pukul 2 ptg, perut dh mula terasa semacam..sebu2..berangin..pedih ulu ati..huiii..tak lalu la aku...

aku masih lagi breastfeeding shifaa till now n routine pemakanan aku sgt tinggi..tinggi atau banyak tidak ketara bezanya kerana..sekali aku makan..kalo tak tambah nasi mmg tak sah..tak kenyang...lapar memanjang...kalo lambat makan sikit, sakit perut..kalo terlepas waktu makan..mengelepur kelaparan..pening kepala berdenyut-denyut sebab angin dh naik ke kepala..dasyat sguh..tp..itu kalo tak pose..aku jugak tak pernah missed out setiap waktu makan..fuuhh korg bayangkan..nafsu makan aku..tapi bila aku berpuasa..masalah spt itu tiada..malah badan masih kekal cergas, kenyang ke petang..dan alhamdulilah ianya seimbang kerana aku masih lagi fully breastfeed shifaa till now..so masalah kenaikan berat badan mmg tidak ada isu sebab tahun lepas berat badan aku turun 10kg (true story)..sebab selepas bersalin berat aku xturun dan time pose thn lepas turun 10kg n till now maintain shj..


ok..sekarang nie aku nak share rahsia aku....walaupun masih berpuasa, routine menyusukan anak serta mengatasi masalah gastrik ketika berpuasa, serta kesibukan di pejabat, aku masih lagi kekal cergas sehingga berbuka..malah pernah juga aku hanya berbuka secawan air dan 3biji kurma shj n took time utk amek heavy meal..

dulu aku tak pernah memikirkan cara terbaik utk mengatasi masalah keletihan bpuasa..malah pernah juga...aku mengalami gastrik dan keletihan..dan tiap kali waktu lunch aku menuntut utk tido..balik rumah, org lain sebok masak, aku sibuk cari bantal..t krg dekat2 waktu berbuka baru terjaga..Faktor menjadikan sebegitu adalah kerana terjaga awal utk bersahur selain badan kekurangan air menyebabkan kita merasa lesu dan cepat lapar....itu masalah ketika bujang..tapi kini aku telah solved masalah tersebut..malah en.suami pun turut mengikuti gaya cara pemakanan aku ketika bersahur...


ok..berikut tips yg aku buat ketika menjalani ibadah puasa pada tahun lepas dan insyallah akan aku amalkan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya :

amalkan : 
  • ketika sahur, kalo boleh avoid dari mengambil meal berbentuk rempah dan bersantan..
  • aku kerap mengalami meal jenis berkuah seperti sup especially utk bersahur..ianya mengelakkan dari mengalami masalah pencernaan.
  • atleast ambil 3liter air kosong (sukat dgn botol- saya pakai botol shaklee) : caranya : selepas berbuka, setiap 2 jam, minum dan make sure air (yg telah di sukat) tersebut habis utk mlm itu.. 

pemakanan ketika bersahur adalah yg paling penting...kerana jika anda missed out, menggigil kelaparan la jawabnye smpi ke waktu berbuka..







 So ini yg aku amalkan ketika SAHUR :
  • aku mengambil suplement SHAKLEE iaitu B-COMPLEX, VITALEA, VIT-C...(wajib amek-en.suami pun amek same)
  • then, amek COCOA COLLAGEN POWER PLUS bersama OAT atau Nestum (wajib amek- utk en.suami, tukar kpd STOO TEY CAFE ) - CCPP nie boleh tukar kepada milo atau 3 in 1 fav u'olls la..
  •  1 cawan lagi air kosong
  • optional : ROTI & NASI = kalo ade nasi, aku tetap amek oat juga..- paling terbaik : anda kenyang smpi buka..
sebenarnye, kebaikan oat nie la yg membantu aku mengalami kelaparan sehingga ke petang.. dan produk shaklee ini pula membantu aku kekal cergas sehingga bila-bila..
 
itu je la tips aku..tak berat mane pun...selain utk kecergasan, kurang rasa lapar...ianya bagus utk kelembapan kulit dan air dlm badan..waktu siang kita berpuasa, maka malam la kita bertungkus lumus utk mengembalikan kesegaran badan...

so kalo korg rase tips aku nie berguna, share la tau sedikit komen dibawah, jika readers ade tips yg lagi menarik utk dikongsikan bersama..


oh ye...sebelum terlambat..owner Pageibushifaa ingin mengucapkan 'SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA' yg akan bermula insyallah pada 22 Julai 2012 (if pd 19 Julai, nampak anak bulan muncul)  dan malam  pada 21 Julai adalah mlm pertama kita bertarawih..

semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dgn jayanya dan segala amalan kita diberkati allah..

n_n
Emma


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...