Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Wednesday, November 30, 2011

Pulut Kuning Berhias

last week aku agak busy dgn tempahan apam 250biji , Royal Wedding Jelly dan juga Pulut Kuning Berhias..

Nasib en. suami ade menjaga shifaa..so dpt la sume nieh..n_n..
(tipu : aku buat apam jer..royal wedding jelly kak ngah yg wat..hhehehehe)

 diharapkan my ex-lecturer En. azmi menyukainyer..dia tempah utk majlis perkahwinan adik ipar die..n_n..aku plak terlupe nak g sebb busy uruskan pulut kuning..bkn wedding adik die jer..my frend nizam pun same..T_____T..sori nizam...really2 tertukar tarikh majlis awak ler..

tempahan adhoc Zarif


Royal Wedding Jelly
Tempahan royal wedding jelly nie wane puteh ijau..sebab kelam kabut akak ngah tak sempat nak snap pic..tapi decoration die lebih kurg ginie..

yg ini plak Pulut Kuning Berhias..utk majlis sanding malam Dieya & Perey..

hasil kreativiti aku bersama dgn akak ngah.. n_n..


dilapisi dgn serunding daging kering..dan rendang tok di tengah2 Pulut. dlm masa 3 jam aku siapkan pulut kuning nieh..huhu..pulut nie adalah mengikut bajet costumer..kalo nak heavy deco, pun boleh jugak..n_n..


if ade yg berminat nk tempah antara 3-3 produk kt atas nieh..bitau la yer..n_n...atau call terus 013-2309092..anytime boleh make it...

tibe malam...kul 8..mate aku berat cam kene gam sebab dpt tido 1jam stgh since dari ari jumaat..dasyat tol..

Thursday, November 24, 2011

Cupcakes Bouquet 1st Trial -Readers Sila Komen

ini adalah cubaan pertama aku dalam Cupcakes Bouquet. Aku hadiahkan kepada Kak Long sempena hari lahir die hari ini..same je ngan anak buah aku si Aryan.. Suh Kak Ngah pass kt kawan die kt opis letak kt atas meja die..huhuhu...

eh korang komen yer...nak buat penambahbaikan..almaklum la tangan keras..hihihi...





Cupcakes Bouquet nie sesuai utk hantaran kahwin, hadiah Hari Lahir, Anniversary, Suprising n etc la.ikut pada kesukaan u'olls la..huhuhu..nanti ade mase aku upload Cupcakes Bouquet (Vase)..ade byk pilihan..tp itu ikut pilihan korang la nak yg mane t..kalau sambutan tinggi, boleh la aku bukak 1 blog khas utk nieh...n_n..

oh ye...sekali promote la nieh..Cupcakes bouquet nie kalo ade yg berminat, boleh je wat tempahan yer..thru my hp.. 0132309092 - emma

note : sonok asenye.. cuba-cuba...dan menjadi..n_n..dh boleh niaga...

Tuesday, November 22, 2011

CupCakes Bouquet

lame dh tak mengarang cerita di blog ini..bersawang sgt dh nieh..since bos baru masuk awal bln yg lalu..waktu nak udate semakin suntuk..dlm sibuk2 menguruskan urusan harian, dlm pale otak nieh..ligat memikirkan apekah bisnes yg terbaek patut aku cuba lagi memandangkan bisnes apam polka dot aku semakin rancak..menambahkan produk yg tak sukar tapi berbaloi adelah 1 perkara yg sarat aku pikirkan..

semakin lama..semakin aku fikir..aku terfikir akan satu bisnes ini...Cupcakes Bouquet..aku nak cuba dlm perniagaan nieh pula..sangat menarik dan mudah diuruskan...kembang ati nie nak cuba buat..nanti dh try buat..aku akan upload pic utk share ngan korang jer..idea aku nie tengah mencurah2..jadi mmg sgtlah tak sabar nak share ngan korang..so..aku bagi sedikit gambaran pic Cupcakes Bouquet utk tatapan korang yer...ini adalah carian dari Google...








ok...dh terlampau banyak dh nieh..ini antara decoration yg paling aku gemar..aku cuba untuk hasilkan deco terbaik sambil melihat ilham pic di atas. dalam masa terdekat aku cuba utk buat suprise tok kakak tercayang..hope menjadi..almaklumla..tangan keras nak cuba dalam bidang seni menggubah bunga dan cupcakes..huhu..

oh ye kengkawan..korang doakan la aku berjaya dlm bidang nie plak yer..nervous tau bile nak menceburi dlm bidang baru..

Wednesday, November 16, 2011

Salahguna Duit Bantuan RM100 : Sila buat Aduan di BPSH...

RM100 - RM20 (yuran PIBG) -RM30 (Buku latihan) =RM50

jika perkara seperti di atas berlaku kepada duit bantuan RM100 yang kerajaan agihkan kepada pelajar pada minggu ini, sila buat aduan bertulis kepada BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

sepatutnya pelajar tersebut mendapat rm100 bersih tanpa sebarang penolakan bayaran.

sila sebarkan kepada rakan-rakan yg lain.

SURI RUMAH SATU PROFESION

Suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Pak Halim bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Pak Halim sejak kebelakangan ini, isterinya Mak Zainab kurang melayaninya. Mak Zainab seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Pak Halim selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Mari kita ikuti dialog diantara Pak Halim dan kaunselor.

“Apa kerja Pak Halim”, tanya kaunselor.

“Kerja saya hanya bersawah padi encik”, jawab Pak Halim.

“Mak Zainab pula?”.

“Mak Zainab tak kerja”.

“Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?”.

“Mak Zainab yang sediakan sebab dia tak kerja”.

“Pak Halim pula bila pergi bendang?”.

“Lepas sarapan pagi saya pergi bendang sampai tengah hari”.

“Anak-anak siapa yang hantar ke sekolah”.

“Anak-anak Mak Zainab yang hantar ke sekolah sebab dia tak kerja”.

“Mak Zainab buat apa selepas hantar anak-anak ke sekolah”.

“Sebab dia tak kerja, dia kemaskan rumah dan masak untu k kami sekeluarga”.

“Sebelah petang selepas balik bendang apa yang Pak Halim buat?”.

“Selalunya Pak Halim tidur selepas makan tengah hari?”.

“Mak Zainab pula buat apa selepas makan tengah hari?”

“Sebab dia tak kerja, sebelah petang Mak Zainab menjahit kain. Kemudian selepas asar kadang-kadang dia sapu sampah. Selepas itu dia sediakan makan malam untuk keluarga”.

“Sebelah malam apa yang Pak Halim buat?”, tanya kaunselor itu lagi.

“Sebelah malam Pak Halim berehat sebab siangnya dah letih bekerja. Kadang-kadang

Pak Halim pe rgi ke surau”

“Apa yang Mak Zainab lakukan di malam hari?”.

“Mak Zainab malam-malam dia rajin mengayam tikar sehingga lewat malam. Sebab dia tak kerja itu yang dia buat”, jawab Pak Halim

Kaunselor kemudiannya menggarukan kepalanya. Dia memikirkan diantara Pak Halim dan isterinya yang tidak bekerja, siapakah yang lebih banyak bekerja. Sedangkan kerja Mak Zainab bermula seawal waktu Subuh sehinggalah lewat malam, tetapi dikatakan tidak berkerja oleh suaminya.
******************************
*********************


Dilema Isteri Tidak Bekerja


Kisah ini sengaja saya bawakan untuk menggambarkan situasi yang berlaku kepada segelintir masyarakat kita. Apabila ditanya tentang isteri, hanya dijawab isterinya tidak berkerja. Sehingga tanpa disedarinya, isteri yang tidak berkerja dibebankan dengan kerja yang melebihi suami yang berkerja.

Bermula daripada memasak diawal pagi, menghantar anak ke sekolah, membasuh, mengemas rumah, memasak makanan tengah hari, menjahit kain, menyapu sampah, mengayam tikar dan sebagainya. Tidak terhitung sekiranya dikira satu persatu. Seorang isteri tidak akan duduk diam melainkan melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.

Inilah berbeza diantara lelaki dan wanita. Cuba kita bayangkan sekiranya Pak Halim berada ditempat Mak Zainab, sudah tentu dialog ini yang kita dengar sekiranya Mak Zainab mengatakan Pak Halim tidak berkerja.

“Takkan buta kot mata sampai kata aku tak ada kerja. Dari pagi sampai malam, takkan ni bukan kerja”.

Tetapi Mak Zainab sekali-kali tidak pernah merungut walaupun dirinya yang dianggap tidak berkerja walaupun bebanan kerjanya menguruskan rumah tangga lebih berat daripada kerja suaminya. Bagi Mak Zainab selama ini dia bahagia membuat kerja untuk keluarga kerana dia cintakan keluarganya. Mahu memberi sebanyak mungkin.

Suri rumah Sebagai Profesion

Walaupun tugas suri rumah sering dipandang sinis oleh sesetenga golongan tetapi ianya merupakan suatu profesion. Cuba kita kenang kembali sejak kecil sehingga dewasa, sudah banyak borang yang diisi oleh kita. Bermula daripada sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah entah berapa banyak borang yang perlu diisi dan mengandui ruangan perkerjaan ibu. Selalunya bagi anak yang mempunyai ibu yang tidak berkerja, mereka akan mengisi perkerjaan ibu mereka sebagai suri rumah. Jarang sekali kita melihat ruangan perkerjaan ibu sebagai tidak berkerja.

Pernah saya bertemu dengan seorang teman daripada Yaman yang ingin menyambung pelajaran di peringkat Ph.D ditempat saya berkerja. Secara kebetulan dia tersilap mencari pejabat pendaftaran sehingga sampai ke pejabat saya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Moosa, guru Bahasa Inggeris di Yaman. Apabila ditanya apakah perkerjaan isterinya, dia menjawab isterinya berkerja sebagai suri rumah. Saya berkata kepadanya yang isterinya tidak berkerja. Dengan pantas dia menjelas tugas seorang isteri bukan berkerja mencari nafkah, tetapi kerjanya menghiburkan suami selepas penat berkerja. Baginya agak memalukan sekirnya isterinya berkerja kerana kudrat yang ada pada dirinya mampu untuk menyara keluarga.


Budaya Berbeza

Budaya yang di amalkan oleh Moosa ini tidak berlaku dalam masyarakat negara kita. Sekiranya terjadi sekalipun, mungkin dalam kalangan orang yang berada. Misalnya apabila suami sudah mempunyai pendapatan yang kukuh, isteri diminta menjadi suri rumah untuk menguruskan rumah tangga.

Tetapi ada juga yang masih memilih untuk berkerja kerana budaya di dalam negara kita menggalakkan golongan wanita untuk berkerja. Berkerja untuk mengembangkan lagi produktiviti negara dan keduanya bagi menambah pendapatan keluarga.

Sekiranya isterinya tidak berkerja, bagi masyarakat awam kebiasaanya agak sukar untuk membina kehidupan dengan selesa. Ini kerana pendapatan suami biasanya tidak mencukupi bagi menanggung kos sara hidup yang kian meningkat dari hari ke hari. Oleh itu, tujuan untuk isteri berkerja adalah untuk membantu suami bagi mengukuhkan sumber keewangan keluarga.

Suami Perlu Bijak Menghargai Isteri

Tidak dinafikan mungkin ada isteri tidak pernah merungut berkenaan kerja-kerja rumah yang dilakukannya, suami seharusnya menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi. Intense love does not measure, it just givse.

Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak salah untuk seorang suami memberikan ganjaran. Apabila ditanya apakah pekerjaan isteri, jawablah isteri saya seorang suri rumah yang mejalankan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.

Friday, November 11, 2011

11.11.11 Shifaa turns to 1years...

anak ibu dh setahun...n_n..selamat hari lahir sayang..hukhuk..ibu rindu sgt kt bau baby...tapi skg shifaa dh bau aceem..kuat peluh... Semoga menjadi anak yg solehah, ibu dan ayah doakan yg terbaek utk mu sayang...

11.11.10

11.11.11
perasaan sedih menyelubungi ibu dan ayah..kerana kamu semakin membesar...membesar dan membesar..apa pun ibu syg sgt pada kamu..love u syg...

Wednesday, November 9, 2011

Cerita Berantai Motor Fz 150

~Alkisah Cerita Berantai Yang Sangat Rumit !~

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya .

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation , awak pandai2 jaga diri nanti .
...
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu , jadi mari kita habiskan masa bersama-sama .

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu , jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen .

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama .

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh .

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja , kami dah membatalkan outstation tu .

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni , isteri saya dah membatalkan outstationnya .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase .

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk , cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen . Sori , saya tak bleh temankan atuk .

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau , minggu ni kita outstation . Jadi uruskan semuanya .



Tuesday, November 8, 2011

Happy Birthday Adikku



bln 11 nieh mmg bulan yg kaya dgn birthday...org pertama yg menyambut birthday dlm bln Nov nieh ialah


AMIR PUTRA aka MUHAMMED AMIR RASIDI ABD. RAHMAN

adikku yg no 10 yer..ini yg nombor sepuluh tau..tapi tahun nie usia die dh mencecah 21thn..huhuhu..

semoga cik mat (nama samaran) dipanjangkan umur dan dilimpahi rezeki, semoga segala usaha cik mat akan berjaya walau org lain tidak mandang..akak sayang adik2 akak..n_n..love u dear..n_n...


g memancing dgn en.suami, abg n abah di tganu..sonok die..


hobi dulu2..



bile dgr die eksiden mase konboi motocross..berderau darah kakakmu nie dik..
hobi skg bela menatang nieh..
pakcik yg penyayang..n_n
pernah berjinak dgn boling padang..tapi itam tol die bile berjemur..

penah aktif dlm bidang modelling

suka melawak...melawa pun yer..huhu..

edit yg memacam..(muka die yg tak tahan)

pic nie yg paling kelakar..hihihi..

bestfriend...cik pico, adik yg no 11..

tapi inilah rupe sebenar cik mamat...


cik mat bersama shifaa vavavoom..n_n..


Thursday, November 3, 2011

Jual Sekoq Kerapu dpt RM16,000

Source : Kosmo.com
IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.
Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.
Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.
Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.

p/s : adoi..besaq giler...

Sejenak Spontan di Hari Khamis

sila translate ayat di bawah :

jetam jetip juju jajinya. jawan jarib jetam, jodok, jata kepada jetam, "jenapa jau jetip juju jaji jau,jetam...
 jenapa?" jetam jata,
"ju jetip juju jajiju jerana juju jajiju jelurut... jajajju jata, jalau jujuju jelurut, jita jena jetiplah!"


tq la sape yg terel translate nieh..n_n..

lame tak update...busy..sori ye kawan2..bos baik sgt smpi tak sempat nak update lgsg..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...