Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Thursday, October 18, 2012

WETLAND tgk boye n hypo

gara-gara tengok fb fazliana jaafar, en.suami ajak kami sume g wetland...ikut pintu dengkil..

boye tembaga..adehhh!!! besar giler..
mmg byk boye kt sitoo..rasenye lebih dari 30 ekor kot boye kt sitoo..cecampur jenis boyenye..ade tembaga, boye puchong, boye
men bubble kt wetland

budak ngantok nieh..

ayah bajet model ker...

model catwalk

shifaa sibuk nak amek pic ayahnye time nieh..

kt kolam boye...
cam biase tukg amek gmbr..ade 1 keping jer dari bebanyak pic yg ade..huhu
t boleh bawak jenjalan lagi area cini..just cari tempat je lagi..

peace..



selepas kami makan nasi arab halfmoon, kami riadah kt dataran putrajaya..




manje dgn pak der *kasut kamoo mane nak?*
licin kami makan..lapar..huhu..


ibu jgn la paparazikan shifaa..

pak der beria makan..sedap..

abg kaer dgn acu (en.suami) berlawan makan..

satu2nye gambar ibu dgn shifaa..*tukang tgkp gmbr mmg terpinggir*..huhu

pak der kate bln 12 nak dtg lagi..boleh shifaa main2 dgn abg kaer, kak ana n abg angah..

Tuesday, October 16, 2012

high Fever n suspek Mastitis..

2minggu lepas amina mengalami high fever mencecah 38.7'. fuuhh..lame dh tak kena demam gitoo smpi tangkap sendi2 badan especially...ianya bermula beberapa hari sebelum itu iaitu amina mengalami puting perit dan terluka serta merekah..dan kemuncaknya pada pagi ahad dimana tetiba en.suami mengajak pg Aquaria bersama2 shifaa..nak tunjuk ikan kat shifaa katenye..pagi tue..amina ok lagi cume rase perit pada nipple sebab terluka..setelah siap2..kak long en.suami tipon kate nak folo sebab en.suami ade updated status kt FB..

otw nk ambil kak long..tetiba amina rase pening dan sakit sengal2 sendi..rase tak sedap badan..dlm hati amina dh terdetik..takkan nak demam pula..amina gagahkan diri juga pergi dan 2-3kali mengadu pada en.suami. en.suami meminta makan panadol dulu dan abihkan trip ke Aquaria (takleh nak batal sebab dh bawa kak long sekuarga)..

waktu dlm aquaria..amina rase sejuk dan sakit sgt kt sendi2 bdn nie..amina mula rase bengkak dan bisa di kawasan nipple dan sekitar bawah ketiak (kawasan kelenjar susu) apabila di sentuh..dh terbayang katil kt umah dgn comforter..dlm duk tahan2 tue..amina berehat seketika dan makan panadol..terase kurg sikit dan amina dpt berehat sementara en.suami dgn anak-anak buah menunggu waktu feeding on aquaria jam 3 ptg..

setelah rase kebah sikit..kami jalan2 pusing aquaria dan balik..otw balik, mereka ckp nak makan kepci..dan kate nak makan kepci di VIVA mall di cheras..bila smpi sane..kami dpti mmg tiada cawangan kepci n mcd..mase nie la sakit2 sendi dan pening2 pale kembali dtg lagi..menggigil jugak la..sudahnye kami makan kepci di jln kuchai lame..

pas anta kak long balik..dgn pantas minta en.suami balik segera ke rumah sebab rase tak tahan sgt. pening pale usah dicerita..panas badan pun makin menaik...smpi umah sekitar maghrib n shifaa pun tido..lepas letak shifaa di sofa..amina terus minta en.suami selimut..kemudiannya en.suami ambil dan pakaikan stokin sebab amina mengadu mengalami kesejukan sgt di kaki..

tetiba amina mengalami spt nak muntah..tp mmg amina muntah pun..abeh sume kuar..suhu badan nur amina makin meninggi..en.suami dh risau dan ajak pg kinik..amina kate takpe la..ok lagi..leh btahan...dlm jam 8.30 mlm shifaa terjaga sebab haus..dgn keadaan amina tidak sihat...shifaa menagis nak menyusu..tapi amina pun folo nages sebab tak tertahan mengalami demam panas, sakit badan dan bengkak breast..bagi sebelah kanan, shifaa tak puas..dia minta lagi sebelah kiri..pujuk2 die juga cakap yg belah kiri sakit..(cakap smbil nages)..die faham tapi tetap nak melekat dgn ibunye(peluk)..ayahnye melayan dan amina mula rase mual dan muntah..shifaa tgk amina bdn ke toilet die pun folo smbil nages sbb takut kene tinggal..

decided terus utk ke spital annur, doc buat pemeriksaan mendapati amina mengalami bengkak breast dan suspek mastitis mmdgkan simptom2 mastitis ketara dan benjolan ada cume belum peringkat serius..ianya mungkin berpunca dari nipple crack yg amina alami dan mengalami infection seterusnya menyebabkan bengkak menyebabkan saluran duktus tersumbat..ditambah lagi dgn amina tidak membenarkan shifaa menghisap sebelah yg sakit ianya faktor2 penyumbang kepada gejala mastitis. doc bekalkan antibiotik dan painkiller sementara utk tahan bisa bengkak..

balik je terus berselubung..mmg tak tahan..nasib baik shifaa tidak notti2 sgt..dengar kate ayahnye..amina 1mlm tido tak lena..dgn pening..terjage...tido semula, terjaga semula sebab nak muntah..letih jugak muntah2..makan mmg tak lalu..dpt mc 1hari pun belum recover lagi demam nie tapi gagahkan juga la kije..


Apakah itu?

Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan "duktus tersumbat" sebab anda akan terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.

Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius temasuklah seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah C / 101 darjah F dan keletihan. Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan.

Jika anda mempunyai mastitis, anda bukanlah keseorangan: kira-kira seorang dalam 10 orang ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. Walapun anda mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada satu kali, jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa. (Harap ini menyenangkan hati anda!)

Apakah puncanya?

Apa yang diketahui ialah mastitis selalunya disebabkan oleh "stasis susu" yang mana pengaliran susu terberhenti. Ini berlaku apabila susu "mengundur kebelakang" sebab susu itu dihasilkan lebih cepat daripada ia mengalir keluar. Selalunya ini ialah sebab bayi anda tidak mampu mengosongkan buah dada anda sepenuhnya semasa dia menghisap. Lazimnya punca masalah terletak pada cara bayi anda melekap ke dada semasa menyusu. Jika anda dan bayi anda kurang tahu bagaimana untuk melekap dengan baik, susu tidak akan disedut keluar dengan efisien. Sebab-sebab lain mastitis termasuklah pembengkakan buah dada yang tidak menurun dan kembali normal atau anda tidak menyusukan mengikut rutin terjadual atau trauma kepada buah dada, yang mana akan menyebabkan stasis susu melarat sehingga menjadi mastitis.

Mastitis yang berasalkan infeksi mungkin berlaku disebabkan stasis susu atau serangan kuman; tetapi, bagaimana infeksi boleh melarat ke buah dada adalah kurang difahami. Sesetengah wanita yang pernah menghidapi mastitis juga mempunyai puting yang merekah dan infeksi mungkin menembusi masuk melalui rekahan atau fisur puting dan terus ke sistem limfa buah dada. Ada pula pakar yang berpendapat bahawa mastitis dan puting merekah adalah simptom yang disebabkan teknik melekap yang kurang baik, jadi kedua-dua perkara ini boleh dikatakan berkait juga.

Anda mungkin akan dijangkiti mastitis jika anda menjadi ibu buat pertama kali tetapi ibu-ibu yang lebih berpengalaman menyusu juga boleh menghidapinya. Mastitis boleh berlaku pada bila-bila masa semasa anda menyusukan anak tetapi biasanya ia berlaku dalam bulan pertama selepas bersalin semasa anda baru mula belajar tentang penyusuan.

Bagaimanakah saya boleh merawatnya?

Jangan berhenti menyusu – ini akan memburukkan lagi mastitis. Hubungi doktor anda dengan segera. Doktor anda akan menasihatkan anda supaya berjumpa dengan kaunselor penyusuan atau dia akan memberikan anda antibiotik atau kedua-duanya, bergantung kepada tempoh jangkitan dan berapa serius keadaan anda. (Tanya doktor anda sama ada ubat yang dipreskripsikan kepada anda boleh menjejaskan bayi anda, tapi maklumlah bahawa antibiotik yang biasa diberikan untuk mastitis adalah selamat untuk bayi). Dia juga akan menasihatkan anda supaya berbaring dan rehat, mengambil ubat menahan sakit dan bertuam dengan jaram panas. Dalam masa 24 jam berikutnya, apabila antibiotik mula menunjukkan kesan, anda akan berasa lebih sihat, dan kesan yang sama juga diperolehi jika tiada berlakunya infeksi.

Jika anda menghadapi masalah yang mana bayi anda kurang cekap melekap dan menyusu dengan baik, antibiotik tidak akan berkesan untuk jangka masa yang panjang. Untuk mengelakkan daripada mastitis, anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat terlebih dahulu. Baca dengan lebih lanjut panduan terperinci untuk penyusuan bagi menentukan sama ada bayi anda sudah boleh melekap pada buah dada anda dengan betul.

Anda boleh meminta doktor anda merujukkan anda kepada kaunselor penyusuan atau anda boleh meneliti senarai organisasi penyusuan sebagai sumber tambahan untuk mendapat nasihat. Bacalah artikel kami mengenai duktus tersumbat untuk tip-tip bagaimana boleh mencegah mastitis daripada berlaku berkali-kali dari awal lagi.

Ada juga ibu yang enggan menggunakan antibiotik sehingga mereka telah pasti tiada rawatan lain yang ada. Mungkin anda mahu mencuba penyelesaian sendiri, tapi dalam pada itu, pastikan juga antibiotik ada dalam kabinet bilik mandi sekiranya diperlukan nanti. Apa yang penting ialah pengawasan diri sebab jika mastitis itu tidak beransur sembuh, ia boleh membawa kepada abses buah dada yang merbahaya dan perlu dirawat segera (atau dibedah) untuk mengeringkannya.

Sama ada anda bertindak untuk mengambil antibiotik dengan segera atau menunggu sehingga 24 jam dahulu, anda boleh melegakan keadaan dengan mencuba yang berikut:

• Pastikan bayi anda melekap dengan baik pada buah dada anda dan dia menyusu dengan betul.

• Cuba gunakan beberapa posisi menyusu untuk mendapatkan posisi yang paling membantu bayi melekap dengan baik.

• Untuk memastikan buah dada yang dijangkiti dikosongkan sepenuhnya, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu.

• Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika anda merasakan bayi anda tidak menyusu dengan baik.

• Ada ibu mendapati pam buah dada dapat mengeluarkan susu dengan lebih baik daripada hisapan bayi, terutamanya ketika mereka mengalami puting perit.

• Jika anda berasa tidak sihat, rehatlah sebanyak mungkin.

• Anda akan dapati bahawa anda merasa lega jika dikenakan haba kepada kawasan yang terjejas dengan menggunakan kain panas atau jaram atau mandian panas. Sesetengah ibu mendapati bahawa jaram sejuk lebih berkesan.

• Jika urutan buah dada melegakan, urutlah perlahan-lahan semasa bayi anda sedang menyusu untuk melancarkan aliran susu. Urutan yang kuat boleh menjejaskan mastitis sebab susu yang telah "terbocor" akan tertolak masuk kembali ke dalam tisu buah dada.

• Anda juga boleh mengambil ubat penahan sakit untuk membantu melegakan sakit. Parasetamol boleh diambil sepanjang tempoh penyusuan dan boleh membantu mengurangkan keradangan dan juga kesakitan.

Berapa lamakah ini akan berterusan?

Jika didiagnosis di peringkat awal, mastitis adalah mudah dan cepat untuk dirawat, dan anda akan akan berasa 100 peratus lebih sihat dalam sedikit masa. Jika anda mula mengambil antibiotik (juga bagi kes bukan infeksi), pastikan anda menghabiskan semua ubat itu. Jika buah dada anda masih bengkak dan suhu badan masih tinggi, hubungilah doktor anda.

Perlukan saya berhenti menyusu jika saya menghidapi mastitis?

Tidak. Malah, adalah penting bagi anda meneruskan penyusuan semasa mengalami mastitis. Walaupun kadang-kala anda merasa sakit yang terlampau, anda perlu menyusukan bayi anda sekerap mungkin untuk melancarkan pengaliran susu. Cuba letakkan flanel yang hangat pada buah dada untuk beberapa minit sebelum setiap penyusuan – ini akan membantu anda merasa lebih selesa dan memudahkan penyusuan.

Jika bayi anda tidak mengosongkan buah dada yang radang bengkak apabila menyusu, gunakan pam buah dada untuk mengosongkannya. Dan jika anda terasa amat sakit apabila menyusu, cuba perah susu anda dan berikan susu ini kepada bayi anda dengan menggunakan cawan atau botol.

Adakah ia menjejaskan bayi saya?

Betapa sakit dirasakan semasa menghidapi mastitis, ia tidak menjejaskan bayi anda dan adalah selamat untuk bayi anda menyusu pada buah dada yang radang bengkak. Bagi mastitis jenis infeksi pun di mana bayi anda akan menelan bakteria yang terkandung dalam susu buah dada yang terjejas, apa yang berlaku ialah bakteria akan dibunuh oleh asid dalam perut bayi anda.



Sumber :  babycenter

Friday, October 5, 2012

Basikal baru


basikal baru..sonok tol shifaa..
Sehari sebelum Birthday amina (11 Sept) en. suami ajak nur amina ke Nilai 3 utk mencari langsir baru utk rumah..ianya sebagai birthday present kepada nur amina...huhuhu..dpt langsir pun ok jugak..


1st time blaja naik beskal..pinjam beskal kak meyra

setelah puas membelek dari 1 kedai ke 1 kedai..amina decided utk beli langsir kt kedai Sinar Matahari..almost 1K jugak la abeh..itu pun tak dpt langsir utk 2 bilik lagi..lau tak..bape rm je lagi kene..fuuhh..ape pun..alhamdulilah..keinginan utk menukar langsir umah sebelum buat open house di makbulkan..hihihihi..

nak bawak g men kt dataran


selepas puas meronda Nilai 3...kami singgah ke kedai basikal..wahh..seronok sgt shifaa sebab die rambang mata nampak byk basikal..habis sume die try nye..atlast...en. suami memilih basikal oren tue sebab tayar die takyah di pump dan tempat duduk belakang die fully covered..tade la sakit muntot sape yg menumpang shifaa..
si penunggang tidak berlesen..moto shifaa

walaupun kaki shifaa tak smpi ke bawah..tapi shifaa pandai bawak jugak la..die kayuh 3suku dan ulang berkali utk bergerak..bijak kan...hihihi...

fuhh...bmw lagi..n_n..

'bapaku pulang dr kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta bmw warna kuning,
Akan kubawa pusing-pusing..'

Untung ler tecik2 ada kete..n_n

tapi dh lumrah perangai shifaa..sukanya takat 15minit jer..pahtu bosan..men menda lain..takpe la..n_n..kekurang awak ade basikal..(mane lah ibu nak campak moto dgn kete awak tue..gedabak sgt)..

nota kasih :

nak bawak die jenjalan la malam nie g dataran..buat aktiviti riadah..n_n

love,

Nur Amina

permata di dalam tiram

Member: "Bab, aku kadang-kadang sedihlah."

Syabab: "Kenapa?"

Member: "Tunang aku gemuk. Aku lagi kurus dari dia. Lepas nikah nanti sure double gemuk. Tambah-tambah lepas dapat baby."

Syabab: "Small matter. Tak payah sedih."

Member: "Ko kata small lah. Aku ni ha yang kena angkat dia."

...
Syabab: "Ish. Tak elok cakap macam tu. Kan dia sayang ko, ko pun sayang dia. Dah tunang nak nikah minggu depan dah pun. Syukur dan redha je."

Member: "Tapi..."

Syabab: "Ko beruntung sebenarnya. Sebab kecantikan dia hanya ko yang nampak."

Member: "Ha? Gemuk camtu cantik?"

Syabab: "Ya. Cuba kau bayangkan apa jadi bila dia kurus slim nanti? Mesti lagi cantik dari kecantikan yang dah cantik sekarang. Cuba kau fikir, Dafi dulu gemuk bila kurus jadi hensem. Ugly Betty gemuk, bila kurus jadi cantik. Yang bestnya, dia tak kurus sebelum kahwin dengan kau. Kau bayangkan kalau dia kurus sebelum kahwin, alamat dia pun tak hingin nak kawin dengan kau. Sure dia nak pilih yang kacak bergaya sepadan dengan dia. Tapi bila dia kurus after kahwin dengan kau, dia adalah isteri kau yang sah dan dia wajib setia pada kau je. Berdosa bila dia curang cari yang lain. Faham? So kau anggap je dia adalah permata yang tersembunyi dalam tiram. Cantik dan berharga. Untuk kau je."

Member terdiam. Entah mengiyakan atau tidak statementku itu.

Aku berlalu pergi ke kedai Mak Esah membeli cempedak goreng dan terus blah laju-laju tanpa menoleh ke belakang lagi.
nota kasih :
terima seadanya pasangan anda..buruk cantik, ada hikmah disebaliknya..insyallah..
regards,
Nur Amina

Kelebihan Nikah...

KELEBIHAN NIKAH...

Saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
Suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!♥♥
Cium isteri ~ dapat PAHALA!
Renung isteri ~ dapat PAHALA!♥♥
Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!♥♥
Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
Suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
Suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!♥♥
...
Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
(nk gtau bnyaknya pahala ^,^)
Suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!♥♥
Suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
Main kenyit2 mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!....♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 
nota kasih :
Alhamdulilah...pahala berganda-ganda bagi isteri yang memuliakan dan mengembirakan suami...begitu juga suami.. n_n
 
love,
Nur Amina♥♥

Thursday, October 4, 2012

Kalau saya meninggal dulu..............

di atas sofa , sepasang suami isteri yang baru sahaja di ijab kabulkan sedang bergurau senda sambil berbual mesra .. Tetibe , si suami berkata ..

Suami : sayang , abang syg sgt dekat sayang .

Isteri : sayang pun syg abg jgk, :)

Suami : syg jnji yg syg akn sehidup semati dgn abg ?

Isteri : sehidup syg bley jnji .. Tp semati tu syg x nk ..
Suami : kenapa ??

Isteri merenung muka suaminya . Dengan senyuman dye berkata ,

Isteri : sebab nnti kalau saya n abg mninggal , cpe nk doakn kita ? Kalau saya meninggal dulu , abang boleh doakn saya . Mndikn jenazah saya ,, N kalau abg mninggal pulak , saya boleh doakn abg n mndikn jenazah abg . Itu janji saya pd abg .
nota kasih :
touching....mampukah amina menjadi isteri yg solehah seperti ini..doakan ye..

Ketawa Bersama, Menangis Bersama

sedang membelek2 post FB...terpandang link lagu Teman Pengganti nyanyian Black & Malique..kebetulan tengok melalui phone so disediakan lirik lagu tersebut..so boleh la amina hayati bait-bait lagu tersebut..

dari penghayatan amina..amina dapati lagu ini sangat tersentuh hati. sedih sgt..touching sgt..segalanya sangat2 lah..huhuhu...

lagu ini menceritakan tentang dirinya yang sedang menghidapi penyakit yg kronik (kira stage 4 la-tiada harapan utk hidup) yang menyorokkan waktu sebenar pengakhiran hidupnya dari kekasihnya yg sebenarnya berharap dapat hidup bersama keakhirnya.

sebagai kenangan, dia telah mencipta lagu ini khas utk kekasihnya. Bermakna, jika kekasihnya teringat dirinya..kembalikan memori tersebut dgn mengingati dan menyanyi lagu ini..

dia juga berharap agar kekasihnya dapat mencari teman pengganti dirinya - oh bab nie yg touching giler) dia juga telah siapkan segalanya sebelum tiba 'waktu' tersebut.

betapa mendalam maksud lagu ini....jadi amina tak menafikan, jika mereka jenis jiwang...mmg leh tangkap leleh jugak melayan lagu nieh..huhuhu.

sedang melayan2 lagu nie..teringat en. suami ade shared link pada 13 sept 2012 iaitu sehari selepas hari lahir amina..memula dulu die post..amina tidak menyedari apa maksud kongsian tentang lagu tersebut..setelah amina teliti dan analisis semula..amina membuat kesimpulan ini.

ia adalah speech istimewa dari en.suami kepada amina.
'ketawa bersama
menangis bersama
ku bersumpah harap kita
mati pun bersama'

ianya simple tapi sangatlah mendalam maksudnya...
oh ye en. suami bukan la sorg yg jiwang sgt dan adelah jugak romantik2...dan segalanya adalah direct reaction..walau macam mana pun dia, amina terima dia seadanya.. itu adalah pilihan amina sebelum mendirikan rumah tangga dulu.. :P..



Abang,
.
terima kasih kerana sudi menjadi kawan ketawa, kawan menangis..malah berikrar utk hidup bersama keakhirnya..sy sgt bersyukur kerana abg sudi menjadi pasangan hidup sy..walau pun saya seorg yg fussy..tapi abg layankan jugak...tak heran perangai nie turun kt anak..tapi seh lagi abg dpt melayan 2 org anak dara n mak dara nie..hihihihi..

oh ye..sebelum melalut meraban...sedikit ucapan cinta utk abang...

Ketika tuhan sedang mendugaku..Ia sebenarnya tidak menghukumku....Namun..Dia hanya membuka hatiku untuk menerima yang lebih baik..Ia..yg lebih baik itu adalah abg..kehadiran abg mengubah keseluruhan diri saya..terima kasih abg..both  us love u dear...

yg benar,
Nur Amina

secara keseluruhannya..en. suami menggambarkan perkara tersebut kepada beberapa perenggan dan bukan meaningful whole of lyric..

...................................................................................................................................................



Lirik Teman Pengganti-
singer : Black n Malique


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, October 3, 2012

Video Kontroversi : Muara Hati Ost Adam Hawa

Seperti selalu..amina tidak layan sgt drama melayu..bukan tidak sokong tetapi kekangan waktu utk menonton tv mmg tiada semenjak ade si tecik shifaa...kalo sempat menonton pun..bukan waktu drama tersebut sedang ditayangkan. Seperti drama Nora Elena..begitu juga Adam dan Hawa..amina tidak mengikuti sgt..hanya sekali sekala jika tiada cerita utk ditonton..hohohoho...

Photobucket

Drama Adam Hawa ini diadaptasi dari novel karya aisya sofia...tapi seperti biase...kalo dh diadaptasi ke drama..banyak scene berubah tidak mengikut cerita asal menjadikan amina kurang mengemari karya2 novel di dramakan..keaslian cerita tersebut berubah 40%...sure punye la... dulu mase memula kuar filem Lagenda Budak Setan...itu lagi sakit ati sebab jalan cerita 50% terkuar dari 
dari keasliannya..jadi rasenye cita Adam Hawa pun akan mengalami nasib yg sama..

pendapat amina juga sama dgn pendapat si denaihati.. klik di sini untuk baca.

tapi utk OST Adam Hawa yang dinyanyikan oleh Hafiz dan Siti Nurhaliza mmg sgt terkesan dalam hati..


ini original video Muara Hati
 
 
\tengah blogwalking.. terjumpe plak video kontroversi yg dihasilkan oleh Chegu Man...

 
adoi..terkekek2 amina melihatnyer..hihihihi...

Tuesday, October 2, 2012

Fenomena Rainbow Halo

 

Masyallah...unik kan kejadian Allah ini...ianya berlaku pada tengahari 2 Okt 2012...berlaku di malaysia dan kemungkinan besar sekitar malaysia juga...

Amina tak dapat menikmati pemandangan ini secara live kerana pada hari ini amina mengikuti rombongan pejabat menziarah kematian bonda bos amina di Raub, Pahang..memandangkan sepanjang jalan redup tak redup..mendung tak mendung dan awan berarak suram mengiringi pengebumian arwah bonda bos amina...



Amina menyedari kejadian ketika rakan2 fb heboh mengajak kengkawan lain memandang ke langit melihat matahari..bila amina melihat matahari dari bas, yang ada hanya awan mendung menutupi matahari..mmg lgsg tiada rezeki utk tengok secara live..tapi takpe...nasib la ade kengkawan fb ade shared beberapa pic kejadian tersebut..

Fenomena ini dikenali sebagai Fenomena halo (bahasa Greek: ἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Ia pernah terjadi di Malaysia sebelum ini iaitu pada 6 Ogos 2007. Manakala di sebelah Eropah, fenomena ini kerap berlaku kira2 3 kali seminggu.

Fail:Halo padang.jpg
kejadian Halo di Padang, Indonesia pada 2 Okt 2009


Fail:HALO-S south pole.jpg
Fenomena Halo di Kutub Selatan


Ini adalah kejadian Allah..kejadian yg jarang berlaku di malaysia..utk maklumat lanjut, boleh la baca info di sini yer...



dak tomot




dak tomot ibu dh berusia 1 tahun 10bln 20 hari..
pic yg diambil oleh umie...
kt umah opah Yang, Sahom..
jgn nenakal ye syg..
makin bijak..
nak nyanyi lagu ABC..
tapi bunyi NMNM..(nada abc)..hihihi...
 
 
 
 
 
 
 
ibu syg awak..sayang sgt...jadi..
skg boleh la mintak kt ayah bg adik pada shifaa..
tade la bosan sensorang..
n_n

Monday, October 1, 2012

al-fatihah

petang tadi dpt panggilan dari pegawai...
ibu kepada bos Amina telah kembali ke rahmatullah....
al-fatihah...
 moga roh arwah di tempatkan dikalangan org2 yg beriman...

nota kasih :

Amina dimaklumkan oleh pegawai negeri yg beliau sgt taat kepada ibunya...
dan alhamdulilah..beliau sempat mengadap arwah...

bahasa diri

adalah dgn ini penggunaan bahasa diri 
pemilik pageibushifaa akan berubah dari 

Aku
 kpd
Nur Amina

harap maklum....

amina msh tercari identiti yg bsesuaian...

lot of love...

Nur Amina
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...