Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Tuesday, May 29, 2012

Kami merindui ayah....~ shifaa

'Inilah barisan kita yang ikhlas ber juang..siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi...Semboyan telah berbunyi..menuju medan bakti...'
T_T Shifaa jage diri elok2 ye...jgn nakal2 ye..dengar cakap ibu...

pesanan ayah kepada kami berdua..


hari ini hati tengah kuntum jadi berbahasa lebih sopan...



almost 12 days suami saya mengikuti kursus Askar Wataniah di Kem Terendak, Melaka anjuran Telekom Malaysia..kata suami saya...hendak timba pengalaman..cita-cita nak jadi polis tidak kesampaian (saya yg tak benarkan) kerana kami sangat mementingkan privacy kekeluargaan (kami tidak suka meninggalkan dan ditinggalkan serta membesar anak tanpa salah seorg antara kami)..jadi mengambil keputusan untuk mengikuti kursus ini selama 2minggu (lebih kurang 16 hari)..dan komunikasi kami tidaklah terputus cuma bila waktu senggang atau rehat utk bersembahyang, barulah en.suami menghubungi saya...

mula-mula en. suami saya agak janggal pada hari pertama serta ketidakselesaan pada pakaian dan juga kasut bootnya...kasutnya agak ketat dan menyebabkan atas tumitnya melecet dgn teruk serta mengalami melecet di tempat2 lain kerana kekerapan mengalami perpeluhan (en.suami mmg kuat peluh..ibarat seperti mandi peluh)..jadi saya meminta die memakai tight before menyarungkan uniform serta membeli boot baru size besar sedikit untuk memberi keselesaan memandangkan dia ada lebih kurang 15hari lagi utk mengikuti aktiviti wataniah serta kekerapan penggunaan boot walaupun pergi ke kelas teori...

banyak jugak yang dipelajarinya antaranya cara berkawad yg betul, survival di hutan, kemahiran kendiri, memegang dan menggunakan senjata dan pelbagai lagi..minggu lepas mereka banyak mendalaminya melalui teori dan sedikit praktikal..dan minggu ini mereka lebih kepada praktikal..aktivitinya akan bermula seawal 5.30pagi dan akan berakhir pada 12thari mlm atau 2-3 pagi..ianya depends pada aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut..

semalam en. suami saya mengikuti aktiviti di hutan dan rasanya pagi ini baru keluar dari hutan..mlm tadi dia menghubungi saya tapi memandangkan saya agak kepenatan, kami telah menamatkan perbualan dgn awal..dan pagi ini saya masih belum menerima perkhabarannya. harap dia keluar dari hutan dgn selamat..

shifaa agak manja serta tiap kali saya menunjukkan gambar ayahnya akan berkali-kali sebut ayah..bila borak dgn ayah mulutnya berkicau mcm burung..ayahnya agak merindui shifaa sebab tiap kali tipon...shifaa sehat tak..shifaa dh makan...fuhhh...itu normal la kalo ade anak..n_n...tak tanye dh isterinya mcm ner..takpe la..saya ok jer ayah..hihihi...

sabtu nie tgu die balik..nak tengok itam ke bgelap ke ayahnye..mesti shifaa tak kenal..hihii..

1 comment:

eMMe said...

hye Emma hye Shifaa~ balik ni ayah Shifa berwajah baru la ekk.. jenuh la berkawat yea... lame gak kursus 14 hari, mau tak rindu kan... sabar je la Emma...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...