Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Thursday, January 5, 2012

Akak amek Pil bentikan Susu...!!!!


pertama kali melihat gambar ini..bergenang juga air mata kerana melihat kegigihan seorang anak kecil ku kira mayb masih lagi belum berumur setahun menghisap susu ibunya. ibu tersebut terlampau kurus dan aku kira juga ibu tersebut tidak mencukupi zat utk supply kepada anak...

ini adalah senario yg boleh kita lihat di luar negara-negara miskin..mana mereka mampu membeli susu tepung..susu ibu juga terbaik utk anak2..walau pun kurus, tidak cukup zat, ibu tersebut berusaha juga untuk memberikan kepada anaknya..

dari sitoo jugak aku pelajari bahawa segelintir ibu-ibu yg sihat di malaysia, walaupun mampu memberikan susu ibu kepada anak sendiri, tetapi mereka memilih utk memberi susu tepung/formula agar dpt memudahkan uruskan mereka...

Situasi ini adalah ketika aku baru sahaja lepas bersalinkan shifaa..ketika aku warded di hospital kajang, aku terkedu apabila seorang ibu kene warded kerana mengalami kencing manis dan darah tinggi..mempunyai 3org anak dan beliau sedang mengandungkan anak yg ke 4. ketika kami berborak, menyentuh tentang penyusuan kpd anak..dengan segera beliau berkata..

'akak geli la..akak geli bila bb isap...cukup 2bln, akak amek pil berhentikan susu..akak geli dan tak selesa..dari yg sulong akak buat camtue..nie dh msuk anak ke4..susu akak banyak..asek meleleh jer..akak tak selesa..'....

aku terkedu sgt dgn jawapan ibu tersebut..hak anak itu telah dinafikan dgn memberhentikan air susu tersebut dari badannya dgn memakan pil. betapa ibu tersebut menolak ganjaran ibu-ibu yang menyusukan anak dari Allah..setiap titis susu ibu keluar setiap kali itu la pahala tersebut diterimanya...tidak jugak die menerima pahala satu tahun pahala solat dan puasa setiap kali dia memberi susu badan ketika anaknya menangis..dan juga perkhabaran malaikat dari langit bahawa syurga wajib baginya jika die melengkapkan penyusuan tersebut sehingga 2 thn setgh. betapa ruginya die..

semoga aku berjaya menyusukan shifaa sehingga air susu tersebut kering sendiri..insyallah...

5 comments:

Mimie said...

sedih kan.. aku dulu pun tak yakin bleh breastfeed ni. tapi bila irees lahir alhamdulillah rezeki utk irees ada. syooookkk ooo bf tak payah bgn tgh malam mengagau cari air panas nak bancuhkan susu. selak je. ade jiran kat kmpg aku ni pun sama.. anak 1st tp taknak susukan badan. aku tgk maknye sihat walafiat je. isk2..rugi2..moment bonding ngn anak tu takde....selalunye mak2 yg bekerja ni lebih prihatin nak bf baby ni.. sebab byk pengetahuan dr bahan bacaan kat internet ni.. selagi aku mampu aku akan bfkan irees ni. walaupun aku makin lama...tinggal tulang.... kurus dah aku ni wehhhh.

Mak Izz said...

dia geli??? mungkin akak tu jahil dlm penyusuan. ptt emma tazkirah dia skjp kt ctu, mana tahu tergerak hati dia ke nk gali ilmu ttg manfaat susu ibu ni. sayang betul lah! wahai akak.... semoga anda bc entry emma ni T--T

eMMe said...

kesian lihat kedua mereka ini....syukur kite hidup di bumi Malaysia.............. moga Allah memelihara mereka....

ryhan ann said...

first time baca n3 ni..terkedu tgk gmbr diatas...ksian si anak dan si ibu..tangkap leleh btul la..mmg tak patot btul, sya first dulu pun rasa geli..tapi lama2 syok plak bila tgk baby tmbh tembam..syukur smpai skang ni pon masih mampu bf kan husna..^___^

bunga_rose said...

tak faham la, macamane leh geli.. biasanya naluri keibuaan akan buat kita lupe tentang rase geli, sebaliknya timbul kasih sayang dan dorongan tuk susukan bayi.Mungkin la mula2 geli tapi lama2, hilang sebab kita seronok tengok baby minum susu & hubungan lebih erat dgn kita.
Ramai ibu yang teringan nak susukan baby dalam tempoh yang panjang tapi kecewa sebab pengeluaran sikit, tapi akak tu langsung takde perasaan bersalah,siap makan ubat stopkan susu.. Sedih untuk anak dia tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...