Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Monday, March 14, 2011

NO MOOD & 5S

Monday blues..mayb..

aku tade mood tol ari nieh..haih..tak tau la nape..walhal banyak kije....begitoo jugak my blogging mood is gone too...ape kena ngan aku pun aku tak tau la..hurm..wat wrong arr??
mayb terfikirkan rumah kene pecah ritoo kot..still not in mood to story ler...


tade mood pun aku gagahkan diri gak tok siapkan kije opis nieh..sambil-sambil buat 5S..




Sedikit ringkasan tentang 5S.

Apa itu 5S?
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

skang aku ngah wat S yang pertama iaitu Seiri..

Apa itu Seiri?
Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai






Bilik aku nie tetiap minggu aseh menyisih je ketas2 yang tak bguna nieh..bilik bos tue dah 5x dh aku wat seiri tue..haih..bile nak abih pun aku tak tau...

Sambil-sambil tue cari gak info berkaitan 5S utk Secretary cam aku nieh...kredit to Zlan kerana memberi info yang aku cari dari awal tahun lagi..

sedikit note aku pinjam dari Zlan..untuk para secretary @ Setiausaha pejabat @ Pembantu Setiausaha pejabat @ Pembantu Tadbir Kesetiausahaan @ Pembantu Khas..
peh!!! banyak giler name skim tapi merujuk kepada secretary gak...

PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)

a) Ruang bawah meja tidak boleh diletakkan apa-apa barang.

b) Fail Meja kakitangan, Diari rasmi pegawai, buku panduan telefon dan telefon perlu 
    diletakkan di sebelah kanan meja.

c) Cop-cop hendaklah diletakkan di standnya dan dilabel secara bernombor dan diletakkan di  
     rak pertama rak. Ianya perlu dilengkapkan dengan maksud setiap nombor dan dilekatkan
     berhampiran dengan stand tersebut bagi memudahkan penggunaan cop tersebut.

d) Barang peribadi tidak boleh berada di atas meja kecuali hanya satu hiasan bunga bersaiz 
     kecil dan satu kotak tisu dibenarkan diletakkan di atas meja di bahagian yang sesuai.

e) Perlu ada satu in tray dan out tray di sebelah kiri meja.

f) Hanya fail/dokumen yang sedang di dalam tindakan dibenarkan berada di atas meja.

g) Padestal hendaklah diletakkan di bawah meja utama di sebelah kiri.Kegunaan pedestal
     yang berlaci : laci atas – alat tulis, laci kedua, laci ketiga dan keempat – barang peribadi.

h) Tidak boleh disimpan sebarang alat tulis di atas meja di mana alat tulis hendaklah disimpan
    di bahagian atas laci.

i)  Ruang kerja hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.

harap info nie dapat share pade mereka yang memerlukan..thanks to Zlan..skg nak praktiskan kt meja aku yg macam tikus beranak neih.. heee..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...