Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari ibu utk MAK dn AKAK...

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم

Maksudnya:
Abu Hurairah telah berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku layan dengan baik seperti seorang sahabat?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Kemudian ayahmu."

(Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

-------------------------------


Mak,
25 tahun 8bln 25hari yg lalu akak telah dilahirkan....lahir dari perut mak...ikutkan anak yg ke8..tapi abg sulong meninggal dalam kandungan mase berusia 7bln..make akak jatuh no 7...

Mak,
masa akak lahir, dirimu dilanda dugaan yg hebat...tika kau menceritakannya...membuatkanku menitis air mata..sememangnya mak seorang yg tabah...



Pn. Hajah Maisah binti Abdul Latiff
 

Mak,
melahirkan 13org anak, bukan 1 perkara yg mudah tetapi ia sgt mulia...tetiap anak jaraknye tak smpi setahun, bcambah adik didalam perut..cam akak jugak..ekekekek...3 serangkai...beza setahun jer...pahtu adik beza 2thn..huhuhu...

Mak,
gigih menyara kami sekeluarga yg susah..adik beradik ramai...dipandang sipi oleh saudara dan masyarakat...iya..kami mmg susah tapi kami tak penah menyusahkan orang....

Mak,
betapa besarnye jasamu kepada kami adik beradik..tak terbalas budi, penat, lelah dan airmata yg telah kau tumpahkan semasa membesarkan kami...

Mak,
anak-anakmu kebanyakannya mengikuti perangai abah..degil, keras kepala...mmg la dugaan yg tinggi tika membesarkan kami...tapi dikau sabar dgn pelbagai ragam dan karenah kami yg jegil...

Mak,
tika diusia emas ini, dikau dilanda dugaan yg besar..mencabar kesabaran dan ketabahanmu...sesungguhnya kami ingin yg terbaik untukmu mak..


en. Sepet, Abah, Mak, Ibu (shifaa dalam perut tau)...hihih


Mak,
ketikaku ingin menyambung pelajaran, ramai menentang kerana kesusahan keluarga..tapi dikau membangkitkan semangat dan minta meneruskan niatku...sesungguhnya...diriku menjadi seperti yg kau inginkan..

Mak,
tikaku ingin mendirikan rumahtangga, akak mengalami masalah sehingga timbul pelbagai perkara yg hampir2 membuatkan suatu keputusan yg tak diduga...tetapi dikau dengan tenang menasihati dan membantuku menyelesaikan satu persatu masalah sehingga selesai..

Mak,
saatku di'labour room' org pertama ygku hubungi adalahmu..memohon maaf, meminta ampun...mendoakan agarku selamat bersalin..dan dikau memaafi serta memintaku bertenang..memberi tips dan sentiasa mendoakanku...

Mak,
kini akak miliki anak, merasai kepenatan, keperitan, kesedihan yg pernah dialami olehmu ketika membesarkan 12 orang anak-anak..baru ada seorang..bagaimana pula jika 12orang?

Mak,
kini mak menjaga cucumu untuk hilangkan kesunyian...melihat keletah shifaa yg semakin membesar menyebabkan mak leka dari mengingati perkara-perkara yg berlaku..terima kasih MAK...



en. Sepet, Mak dan Shifaa
  Mak,
kini aku lebih selesa berborak, berbicara denganmu dari hati ke hati...mengamati masalah serta luahan hati seorang mak....
Mak,
meninggalkan kamoo sedetik..membuatkanku resah...memikirkanmu tanpa disampingku membuatkanku gelisah..

Mak,
Walau apa pun berlaku, akak tetap berada disampingmu..SELAMAT HARI IBU untuk dirimu MAK dan diriku sendiri...

NOTE : hati terusik...walau ini hanya adalah sesuku perasaanku...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...