Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Monday, October 10, 2011

Belanjawan 2012 : Petikan Penting ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Berikut adalah antara petikan penting ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, dalam Belanjawan 2012 yang disifatkan sebagai satu belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia. Antara petikan berikut adalah:

·         Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.  Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420 juta bagi memesatkan lagi industri pelancongan negara.
·         Kerajaan memutuskan untuk memberi bonus tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada 1.3 juta kakitangan awam dan bantuan RM500 juta akan dibayar kepada pesara kerajaan.
·         Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013. Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan di lima Koridor Wilayah.
·         Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagi Syarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia. Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan. 
·         Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD. Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD. 
·         Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3 tahun mulai tahun taksiran 2012. Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.
·         Pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan peringkat rendah dan menengah akan disediakan secara percuma 
  •  Memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan menyediakan gaji sebaris dengan pembaharuan lebih radikal. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum diantara RM80 hingga RM300 mengikut gred.
·         Kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendaftar awal untuk menunaikan haji bermula 2012 melalui penghadangan atau 'ring-fencing' Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Felda GVH akan disenaraikan di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dalam usaha kumpul dana menjadi syarikat konglomerat global.
·         Kerajaan mengumumkan pemberian bantuan RM500 kepada isu rumah berpendapatan bulan RM3,000 dan ke bawah dalam usaha meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak mereka Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan Warga emas berusia 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
·         Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada disamping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 klinik 1Malaysia. Kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat Elaun baru Ahli Parlimen akan bermula 1 Januari 2012 selepas jumlahnya dipersetujui semua pihak Pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion akan diteruskan demi semangat “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

note : yg aku light dan bold wane merah tue, bakal dinikmati oleh penjawat awam cam aku..alhamdulilah..syukur sgt..n_n..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...