Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Showing posts with label my Menu. Show all posts
Showing posts with label my Menu. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Mengidam.......Rendang Ayam & Ketupat Palas

mmg la..kalo dh bpuasa...selera die mmg cam bulan pose...
beberapa ari lepas..aku ngidam nak makan siput sedut..rezeki toi..jumpe plak....beso2 plak tue..siput sedut masak lemak cili padi..pueh ati makan..kendian adik bawak lokan kt umah mak..di kutip kt sg. pelek...aku tarah jugak bawak balik..lokan sambal rebus..(memandangkan aku 1st time masak lokan, kedabak besar...aku tumis2 takgak tkopak..sekali aku tambah air (dh rupe asam pedas dh) baru la die menganga tbuka..so masakan aku adalah LOKAN SAMBAL REBUS..huhu)

la nie..aku ngidam nak masak rendang ayam dgn ketupat palas readymate...asek tngiang2 plak..hurm...dh beli barang..harap2 petng nie dpt masak..semalam tertangguh sebab adek aku bawak lokan..so masak lokan je la...

aku terliuq rendang ayam kt bawah nie..cam mudah jer..t nak tengok rasenye camne plak..huhuhu

Resepi Rendang Ayam

rendang ayam Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan
Ayam 1 1/2 kg – potong kecil
garam

Bahan Kisar/Giling /Blender
20-40 biji cili padi (pedas ikut suka, lagi banyak cili lagi pedas)
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3-4 batang serai
12 ulas bawang merah – hiris
6 ulas bawang putih – hiris
(Bahan-bahan di atas dikisar sehingga halus)
1 sudu besar serbuk kunyit ( atau dalam 4 inci kunyit hidup).
4 cawan santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa) – (again di oversea guna 1-1.5 tin santan)
2 helai daun kunyit
2 sudu besar kerisik – (di supermarket ada jual ‘sweet grated coconut’ – goreng setengah bungkus – tanpa minyak sampai warna coklat tua dan kemudian ditumbuk atau diblender sehingga ia mengeluarkan minyak)
Perahan air asam jawa ( dalam 3 inci)
garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali (kering) bersama campuran yang telah dikisar dan kunyit – panaskan api (med. hi) atau agak-agak
Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala (inilah rahsianya kalau nak sedap)
Kemudian baru masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan garam sedikit (agak-agak)
Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga gunakan 2 keping asam gelugor).
Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi. Dan masak di atas api yang sederhana (medium or low medium)
Selepas dalam 15 minit boleh  decide samada nak teruskan ia kering sampai naik minyak atau kalau anda mahukan rendang yang berkuah sedikit, boleh la perlahankan api dan boleh dihidangkan.

 sumber : homefamilysite

Saturday, May 5, 2012

Kaedah Steamed Buttercream-Loveliana



resepi ini aku terbaca dalam fb Myresepi...ianya disediakan oleh kak Liana...Kak liana nie sgt terkenal di kalangan bakers dengan nama LOVELIANA di area bangi, kajang, putrajaya dan sekitarnya....malah aku dan kakak aku sendiri penah menghadiri kelas yang diadakan oleh beliau iaitu kelas kek novelty dan juga fancy cookies..menarik dan sgt mudah belajar dgnnya...


kredit pix to loveliana : aku pic belah kiri ye..n_n..kiut jer...huhuhu...
 ketika aku menghadiri kelasnya...kak liana ade sekali buat kelas utk buttercream steamed..biasenye dia akan menyiapkan 2-3 ruang utk secret resepi sesuatu resepi atau step..untuk makluman korg semua..kak liana selalu buat pelbagai kelas dalam 1masa spt kelas kek novelty, kelas kek 3tingkat, kek steamed butterceam n etc..jadi setiap secret resepi itu die sediakan pada setiap ruang yg die buat itu...aku penah tenampak cara die buat steamed buttercream tue..mmg sgt senang dn mudah...n_n...

kt bawah nie die turunkan resepi tersebut di myresepi untuk share kepada semua...

STEAMED BUTTERCREAM


Bahan-bahan ( 1 bijik cake )
  • Boleh gunakan resipi buttercream apa sahaja,asalkan resipi yg tidak mengandungi telur dan bukan freshcream
  • Siapkan sebijik cake

Cara-cara

  1. Masak Buttercream yang telah di pukul gebu atas api kecil dengan masa cukup 3 minit sahaja, jaga jangan sampai terlalu cair.
  2. siapkan cake yang siap di siram dengan buttercream. masukan sekejap cake kedalam peti ais bagi sejuk
  3. Siramkan buttercream yang dah di masak tadi diatas cake, siramkan masa panas2 dan merata keatas seluruh cake.
  4. Diamkan selama 5 minit dan buttercream akan segera membeku.cake siap di hias
  5. Dengan cara steamed buttercream,akan di dapat hasil yang sangat halus.licin dan mulus,tak payah lagi membuang masa dan tenaga hanya utk melicinkan butterream atas cake.
  6. Selamat mencuba ya..
sumber : Steamed Buttercream

kalau nak tau feedback dari rakan2 yg penah buat nie, boleh click kt sumber tue.

selamat mencuba ye..hikhik..

Saturday, March 17, 2012

Kek Marble menggebu

alhamdulilah..ari nie je 2 resepi (termasuk yg ini) aku tempek..tah ape rajin pun tak tau la..kisah aku nak buat kek marble nie bermula bila semalam kak ipar aku nak belajar wat Apam Polka Dot.. aku bg resepi jer sebab die kate nak belajar wat sendiri sebab ritoo aku penah ajak die jadi assistant aku sebab berderet mendapat tempahn besar (almost everyday..alhamdulilah..n_n)..memandangkan die duk je kt umah tue...aku suh die belajar niaga cam aku....dpt la juga duit banje2 sikit...alhamdulilah juga...die terima pendapat dan nasihat yg aku berikan...

ok berbalik kisah aku nak buat kek marble nieh...lepas aku rase apam die cam kek marble tue..terus aku tingin nak buat kek marble tue...huhu..so semalam search resepi..tengok2 resepi Mat Gebu kt Myresepi..pahtue mmg dh tabiat aku before try sesuatu resepi tue..aku tengok dulu komen2 dan juga tekstur kek tue..kalo gebu, moist tekstur kek tue..barula aku nak mencuba..

RESEPI KEK MARBLE MAT GEBU

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*            
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Gliserin#
  • 20 g air #
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco

Cara-cara

  1. Step_by_step_017
    Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
  2. Step_by_step_019
    Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
  3. Step_by_step_018
    Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
  4. Step_by_step_020
    Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
  5. Step_by_step_021
    Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
  6. Step_by_step_022
    Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7. Step_by_step_023
    Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
  8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

nota : bahan bertanda # jika tiada boleh digantikan dgn Susu cair atau fresh milk 50ml.


After bakar...



Tadaaaaa!!!!!!!!

merah, hijau dan kopi..yg nampak hanya hijau jer..


yummy...n_n...cubalah..tak rugi tau..basic die cam nak buat apam polka dot jer..sgt la senang..

*kaler pucat sebab tinggal kaler tue je yg ade simpanan..huhu..

Cupcakes Coklat Chip

baru2 nie aku ngidam sgt nak makan coklat kek selepas adik post gambar kek tapi tak sikit pun kt aku..keinginan nak makan kek tue meluap2 smpi siang tue aku cari resepi..balik je kije terus buat..dan ketika itu aku rajin membalas komen ain..rupa2nya tak sangka..aku yg ngidam..dia yg preggy..tahniah..baru 5weeks..so jage kandungan baik2 yer..jgn lelasak sgt...n_n.

my cc - credit pic to asyikin nordin...
cute comment dari syikin


resepi Cupcakes Choclate Chips 

Bahan-bahan

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/3 cawan minyak masak- vegetable oil
  • 1 cawan susu segar or susu cair
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1/2 cawan choc chip
  • 1 biji telur- pukul sedikit
  • Cara-cara

    1. Panaskan oven atau kukusan. Susun mangkuk cupcakes
    2. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder
    3. Gaul sebati gula, tepung, koko, soda & baking powder
    4. Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu dan essen vanilla
    5. Masukkan campuran tepung & koko kedalam campuran minyak.
    6. Kacau sebati dan masukkan choc chip. Sudukan kedalam mangkuk cupcakes
    7. Kukus/bakar selama 20-25 minit

    sumber : myresepi - lilydvalley

    freshly came out from steamer
    memandangkan aku memilih untuk steam...jadi rasanya sangat menarik just jika anda pilih utk bakar, letak hirisan badam adalah sgt bagus dan ianya crunchy bila kita makan..

    if kome nak try...cuba la...tq kepada pn.lilydvalley for the recipe...n_n..

    Sunday, August 14, 2011

    Puding Triffle

     Puding triffle nie sedap sangat...tapi semalam cari serbuk jelly crysral tak jumpe..pakai je la yg biase..jadi..lapisan ats tue kurg menarik...huhuhuhu...mudah sgt nk buat nie...n_n...


    Cara Membuat puding triffle...

    sedap wei..jgn lupe utk mencuba...hihihi...

    Tuesday, August 2, 2011

    Sambal Tumis Petai Ikan Bilis


    haru tol tengok gambar makanan time bulan pose nieh...oh ye..ibarat kat abg stalker..jage mate dan telinga..telinga dah jage...mate nie pun jge jugak..korg jgn salah faham plak..bukan niat aku nak 'mencuci mata' dgn melihat makanan2 nieh..tapi..sebab...aku ngah pening nak masak ape utk esok nieh...hahah..kene la cari menu2 yg menarik dulu kt net nie sebelum acara ketuk mengetuk periuk dan kuali berlangsung....en.suami tak suka mlm luar beb..tak suka..lagi2 ade shifaa nieh...kem salam la...~nak ajak g bazar pun die tak mo~ggrr..*sigh*...

    ok..setelah aku BW blog makanan nieh..paling terliuq...~asghafirullah~ mengucap semula..ingat niat anda yer!!!...huhu...aku tingin nak masak nie ha.....

    Sambal Tumis Petai Ikan Bilis

    bahan-bahan
    10 bwg merah
    1 bwg putih
    2 genggam ikan bilis
    cili kisar - ikut suka nak byk mana
    sgenggam petai -buang kulit putih
    1 cawan air asam jawa
    garam n gula sckupnya
     
    cara memasaknya
    1. tumis bwg merah n putih yg tlh d tumbuk shingga naik bau.
    2. masukkn cili kisar kacau gan api yg plahan. lagi lama masak smbal lagi sedap rasanya :)
    3. masukkn ikan bilis.
    4. agak2 dh terbit minyak masukkn petai, garam, air asam jawa n gula.
    5. masak shingga sambal mdidih.
    mudah bukan..senang je...glupp!!!...terliuq lagi..adoi..

    oh ye selalu yg masak sambal nie kak2 ipar aku nie..dorg masak sedap sgt.. dan aku tak makan petai pun...yg tegar memakan petai adalah en.suami...Biase la.. org perak.. mesti ade petai..kalo tade petai tak sah..tapi esok aku tak masukkan petai la..hahahaha..makruh beb makan time bulan pose nieh...

    note : kenapa aku cakap aku nak masak esok...huhu...sebab rinie baru la nak buka pose ngan mak abah kt pinggiran putra nun..lalalalal...mak jap g akak smpi yer...semalam busy..siapkan tempahan apam..

    Friday, July 8, 2011

    Minggu mem'Baking'...Kek Coklat Moist dan Apam POlka Dot

    aku dh lame tak buat mem'baking' kek,kueh..since ade anak tecik nie la..hobi aku dh semakin suram..

    tetiba di suatu hari ketika sedang bersantai...

    en. suami : yang bile nak buat kek?
    aku : kek ape? coklat ker?
    en. suami : ye lar..lame dh awak tak buat kek...asek beli jer..
    aku : errrkkk..oohhh....yee...ok...

    so bile dh kate gitoo..anda kene la faham..yg en.suami mahu kek hasil tangan sendiri..die suka makan Kek Coklat Moist nieh...

    tapi aku sgt tertarik ngan apam polka dot nieh...cam menarik jer..kije die pun mudah..tade la remeh sgt..nak cuba buat la..

    kredit to k.ann
    amek resepi k. ann apam polka dot...

    step utk buat kat sini plak Cara membuat apam polka dot. step yg dia tunjuk bergambar..so cam nampak mudah dan senang..insyallah..

    semoga aku berjaya membuatnye..hikhik...takut tgn keras..lame dh tak membaking nieh..

    kalo berjaya..hahaha..insyallah aku bukak tempahan yer..hahahaha..

    Friday, August 27, 2010

    Resepi Kek Coklat Moist....

    sape yg berminat boleh la cuba...resepi nie mmg sedap..hasilnye mmg chantek dan sedap utk dimakan..kire perfect la...resepi nie diambil Myresepi oleh Zalisa....ku dh cuba buat..mmg menjadi...


    KEK




    Bahan A -Ayak kesemua dan gaulkan hingga sebati


    21/2 cwn tepung gandum
    1 cwn serbuk koko
    11/2 tsp soda bikabonat


    Bahan B -Campurkan kesemua dan kacau hingga sebati


    4 biji telur
    2 biji kuning telur
    11/2 cwn air


    Bahan C -Pukul sehingga kembang


    11/4 butter
    2 cwn gula halus


    TOPPING


    250g coklat masak
    135ml whipping cream
    10g butter






    Cara-cara


    1. Masukkan bahan A & B sedikit demi sedikit ke dalam bahan C secara berselang-seli. Pukul hingga sebati.
    2. Tuang adunan ke dalam acuan bulat berukuran 10" yang sudah disapu dengan minyak dan dialas kertas.
    3. Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak.
    4. Keluarkan kek daripada acuan dan biarkan sejuk.
    5. Sementara tunggu kek sejuk, buatlah toppingnya pulak.
    6. Cairkan coklat masak menggunakan kaedah 'double boiler'.
    7. Masak whipping cream sehingga mendidih.
    8. Masukkan ke dalam coklat masak dan pukul hingga pekat.
    9. Masukkan butter dan kacau hingga sebatilah.
    *Biarkan sejuk sblm diratakan ke atas kek.


    nanti nak upload pic kek.. ~,~

    Dah Upload pic..mesti korang terliuq kan..huhu..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...