beberapa ari lepas..aku ngidam nak makan siput sedut..rezeki toi..jumpe plak....beso2 plak tue..siput sedut masak lemak cili padi..pueh ati makan..kendian adik bawak lokan kt umah mak..di kutip kt sg. pelek...aku tarah jugak bawak balik..lokan sambal rebus..(memandangkan aku 1st time masak lokan, kedabak besar...aku tumis2 takgak tkopak..sekali aku tambah air (dh rupe asam pedas dh) baru la die menganga tbuka..so masakan aku adalah LOKAN SAMBAL REBUS..huhu)
la nie..aku ngidam nak masak rendang ayam dgn ketupat palas readymate...asek tngiang2 plak..hurm...dh beli barang..harap2 petng nie dpt masak..semalam tertangguh sebab adek aku bawak lokan..so masak lokan je la...
aku terliuq rendang ayam kt bawah nie..cam mudah jer..t nak tengok rasenye camne plak..huhuhu
Resepi Rendang Ayam
Bahan-bahan
Ayam 1 1/2 kg – potong kecil
garam
Bahan Kisar/Giling /Blender
20-40 biji cili padi (pedas ikut suka, lagi banyak cili lagi pedas)
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3-4 batang serai
12 ulas bawang merah – hiris
6 ulas bawang putih – hiris
(Bahan-bahan di atas dikisar sehingga halus)
1 sudu besar serbuk kunyit ( atau dalam 4 inci kunyit hidup).
4 cawan santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa) – (again di oversea guna 1-1.5 tin santan)
2 helai daun kunyit
2 sudu besar kerisik – (di supermarket ada jual ‘sweet grated coconut’ – goreng setengah bungkus – tanpa minyak sampai warna coklat tua dan kemudian ditumbuk atau diblender sehingga ia mengeluarkan minyak)
Perahan air asam jawa ( dalam 3 inci)
garam secukup rasa
Cara-cara memasak:
Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali (kering) bersama campuran yang telah dikisar dan kunyit – panaskan api (med. hi) atau agak-agak
Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala (inilah rahsianya kalau nak sedap)
Kemudian baru masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan garam sedikit (agak-agak)
Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga gunakan 2 keping asam gelugor).
Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi. Dan masak di atas api yang sederhana (medium or low medium)
Selepas dalam 15 minit boleh decide samada nak teruskan ia kering sampai naik minyak atau kalau anda mahukan rendang yang berkuah sedikit, boleh la perlahankan api dan boleh dihidangkan.
sumber : homefamilysite
1 comment:
Salam Emma, tak silap akak, kat Pasar Tani Mega Presint 2 tu ade jual ketupat palas.. tapi tak penah lak idam nak makan, hehehe... hurm... rendang daging akak boleh makan, rendang ayam, kene pantang dulu.. pas besalin , InsyaAllah..leh tune balik, bagi suka, hehehehe..
Selamat Berpuasa Emma!
Post a Comment