Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Friday, October 5, 2012

permata di dalam tiram

Member: "Bab, aku kadang-kadang sedihlah."

Syabab: "Kenapa?"

Member: "Tunang aku gemuk. Aku lagi kurus dari dia. Lepas nikah nanti sure double gemuk. Tambah-tambah lepas dapat baby."

Syabab: "Small matter. Tak payah sedih."

Member: "Ko kata small lah. Aku ni ha yang kena angkat dia."

...
Syabab: "Ish. Tak elok cakap macam tu. Kan dia sayang ko, ko pun sayang dia. Dah tunang nak nikah minggu depan dah pun. Syukur dan redha je."

Member: "Tapi..."

Syabab: "Ko beruntung sebenarnya. Sebab kecantikan dia hanya ko yang nampak."

Member: "Ha? Gemuk camtu cantik?"

Syabab: "Ya. Cuba kau bayangkan apa jadi bila dia kurus slim nanti? Mesti lagi cantik dari kecantikan yang dah cantik sekarang. Cuba kau fikir, Dafi dulu gemuk bila kurus jadi hensem. Ugly Betty gemuk, bila kurus jadi cantik. Yang bestnya, dia tak kurus sebelum kahwin dengan kau. Kau bayangkan kalau dia kurus sebelum kahwin, alamat dia pun tak hingin nak kawin dengan kau. Sure dia nak pilih yang kacak bergaya sepadan dengan dia. Tapi bila dia kurus after kahwin dengan kau, dia adalah isteri kau yang sah dan dia wajib setia pada kau je. Berdosa bila dia curang cari yang lain. Faham? So kau anggap je dia adalah permata yang tersembunyi dalam tiram. Cantik dan berharga. Untuk kau je."

Member terdiam. Entah mengiyakan atau tidak statementku itu.

Aku berlalu pergi ke kedai Mak Esah membeli cempedak goreng dan terus blah laju-laju tanpa menoleh ke belakang lagi.
nota kasih :
terima seadanya pasangan anda..buruk cantik, ada hikmah disebaliknya..insyallah..
regards,
Nur Amina

Kelebihan Nikah...

KELEBIHAN NIKAH...

Saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
Suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!♥♥
Cium isteri ~ dapat PAHALA!
Renung isteri ~ dapat PAHALA!♥♥
Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!♥♥
Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
Suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
Suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!♥♥
...
Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
(nk gtau bnyaknya pahala ^,^)
Suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!♥♥
Suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
Main kenyit2 mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!....♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
 
nota kasih :
Alhamdulilah...pahala berganda-ganda bagi isteri yang memuliakan dan mengembirakan suami...begitu juga suami.. n_n
 
love,
Nur Amina♥♥

Thursday, October 4, 2012

Kalau saya meninggal dulu..............

di atas sofa , sepasang suami isteri yang baru sahaja di ijab kabulkan sedang bergurau senda sambil berbual mesra .. Tetibe , si suami berkata ..

Suami : sayang , abang syg sgt dekat sayang .

Isteri : sayang pun syg abg jgk, :)

Suami : syg jnji yg syg akn sehidup semati dgn abg ?

Isteri : sehidup syg bley jnji .. Tp semati tu syg x nk ..
Suami : kenapa ??

Isteri merenung muka suaminya . Dengan senyuman dye berkata ,

Isteri : sebab nnti kalau saya n abg mninggal , cpe nk doakn kita ? Kalau saya meninggal dulu , abang boleh doakn saya . Mndikn jenazah saya ,, N kalau abg mninggal pulak , saya boleh doakn abg n mndikn jenazah abg . Itu janji saya pd abg .
nota kasih :
touching....mampukah amina menjadi isteri yg solehah seperti ini..doakan ye..

Monday, September 24, 2012

Suami Isteri : 'Belajar Bercakap'



Isteri A berkongsi, sebagai seorang student yang berjumpa suami jarang-jarang...
"Dah lah jarang berjumpa, bila jumpa, suami tak tanya pun khabar saya.." luah isteri ini yang baru sebulan dua bernikah.
"Suami tahu tak...?" tanya saya.
"Takkan itu pun nak bagitahu...?" jawabnya.

Isteri B pula berkongsi, banyak perkara-perkara 'kecil' yang dia suka suaminya lakukan.. Antaranya,
"Bila keluar pergi kerja, saya suka kalau suami cium dahi saya.."
"Suami tahu tak..?" tanya saya.
"Malulah nak bagitahu..."jawabnya.



Saya bukanlah orang yang arif lagi berpengalaman luas tentang pernikahan, apatah lagi pernikahan sendiri yang baru mencecah usia dua tahun. 'Masih belum menghadap realiti', kata sesetengah orang. Biasanya, setahun dua usia pernikahan dikatakan masih di fasa 'honeymoon',  jadi masih banyak perkara yang kita tidak nampak dan lalui.
Saya hanya kongsikan tentang persediaan pernikahan di sini berdasarkan apa yang telah dilalui dan dari pengalaman teman-teman lain yang juga telah berumahtangga.

Jangan abaikan perkara kecil
"Perkara kecil" seperti  tanya khabar 'Sayang apa khabar?' dan 'sepotong ciuman' ini adalah antara perkara yang perlu dikomunikasikan, jika tidak hal yang kelihatannya kecil ini perlahan-lahan memudarkan cinta di hati pasangan. Isteri rasa tidak disayangi, padahal banyak lagi kebaikan dan bentuk kasih sayang suami padanya.

Belajar bercakap
"Saya banyak belajar dari perceraian ini walaupun perit.. Di awal-awal perkahwinan dulu kami terlalu sibuk dengan kerja, hingga banyak perkara tidak sempat dikomunikasikan dengan baik. Kami selalu berselisih pendapat..." luah seorang isteri yang berakhir pernikahannya setelah 3 tahun bersama.
"Belajar bercakap..." maka itulah jawapan saya apabila ditanya  'Apakah persediaan sebelum bernikah?' oleh seorang teman yang bakal menginjak kaki ke alam pernikahan.
Kembali kepada 'belajar bercakap', bagi saya ia teramat penting. Bahasa modennya, berkomunikasi.
Sangat-sangat penting. Walau sibuk bagaimana sekalipun, tidak ada kesempatan untuk berdua menatap muka, jika kita ada masa untuk sms client tentang urusan yang berkaitan, untuk emel report dan segala dokumen lain atas urusan kerja, maka gunakanlah segala teknologi ini untuk menyusun seindah bicara mengkomunikasikan harapan dan kehendak pada pasangan. Untuk meneguhkan rumahtangga dalam pelayaran hidup yang sementara.

Bangunkan komunikasi
Sebelum bernikah, ada di antara kita yang begitu 'menjaga', hingga komunikasi tidak dibangunkan. Atau minima sekali. Tidak berbincang dan tidak ada perkongsian tentang apa dan bagaimana kehidupan suami isteri yang diharapkan.
Ada pula yang 'tidak menjaga', terlebih komunikasi – ungkapan rindu sayang bertali arus, hingga komunikasi menjadi begitu intim mengalahkan intimnya komunikasi suami isteri. Malah komunikasi yang keterlaluan membuka hati dan perasaan pada hubungan yang terlarang.
Maka sebelum bernikahan, kita berusaha membangun komunikasi yang pertengahan, bersederhana. Kuncinya, ittaqilah (taqwa). Secara langsung atau tidak langsung.
Ungkapkan harapan dan perancangan hidup kepada bakal suami atau isteri dengan kepercayaan dan ketelusan. Kongsikan latar belakang keluarga, kelemahan dan kekekurangan diri seadanya dalam berusaha membina penerimaan dan kefahaman. Luruskan expectations yang meleset dari jangkauan supaya kelak tidak merasa 'tertipu' dengan penampilan luaran pasangan.
Hal-hal yang dikomunikasikan sebelum dan di awal-awal pernikahan adalah teramat penting dalam menentukan arah tuju kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Kita mungkin biasa terdengar, salah satu faktor utama perceraian ialah kegagalan komunikasi berkesan.
"Komunikasi berkesan... Apakah ini...? Complicated sangatkah?"
Ya, perkahwinanan akan jadi complicated bila kita tidak pandai bercakap. Tidak pandai menyuarakan keinginan dan tidak bijak menyuarakan ketidakpuasan hati tentang rumahtangga dan pasangan.



Bangunkan keserasian
Kita susah untuk serasi bersama suami isteri jika tidak tahu bagaimana menyatakan penghargaan dan kekecewaan. Banyak perkara ingin diluah, tidak terluah. Tidak tahu cara yang betul atau memang tidak suka untuk berkongsi. Dan, banyak juga yang tidak sepatutnya disebut dan diungkapkan, telah menjadi ayat dan bait-bait kata yang mencederakan perasaan pasangan.

Tidak dilupakan juga, lelaki dan perempuan 'bahasanya' berbeza walaupun maksudnya sama. Bukalah buku-buku tentang cara berkomunikasi lelaki dan perempuan.
Pada lelaki, bukalah 'women's dictionary'.
Pada perempuan, belajarlah ayat-ayat yang berhikmah lagi berkesan untuk memuji atau menegur kesalahan suami.
Contoh lain dialog suami isteri:
"Takde apa..ok je.." jawab si isteri walau mukanya menunjukkan 'ada apa-apa'.
"Oklah, kalau tak ada apa-apa, abang pergi dulu, kawan-kawan abang dah tunggu..." maka suami pun 'selamba' meninggalkan isteri yang mungkin ada masalah yang ingin diluahkan kepada suami. Isteri menahan sendu dan airmata, suami keluar dengan rasa tenang hati kerana merasakan 'semuanya ok, tak ada apa-apa'.
Wahai isteri, tidak semua para suami itu mampu membaca fikiranmu... Jawablah dengan bahasa yang difahami lelaki.

Wahai suami, tanyalah penuh perhatian menunjukkan kepedulianmu... Belajarlah sedikit bahasa psikologi seorang isteri.
Tidak perlu salahkan sesiapa, bukan salah sistem pendidikan yang tidak pernah ajar tentang psikologi pernikahan dan hubungan lelaki perempuan, bukan salah ibu ayah kita yang sering bercakap dengan bahasa yang saling menjatuhkan – lalu kita pun mengikut gaya bahasa sebegitu.. tapi..
TAPI.. mulakanlah dengan diri kita, yang akan bernikah dan telah bernikah.
Muhasabahlah cara kita berkomunikasi dengan pasangan, adakah CARA kita bercakap telah membantu menenangkannya, menggembirakan, memujuk, atau CARA kita bercakap sering 'membelasah' dan 'meremeh-remehkan' pasangan walaupun kita tidak berniat untuk meremeh-remehkannya, hingga hatinya terhiris terluka.

Setelah dua tahun bernikah ini, saya masih belajar meningkatkan komunikasi suami isteri. Selama dua tahun bernikah ini, saya juga telah komunikasikan banyak benda kepada suami. Komunikasi secara berdepan, melalui esemes (SMS) , wai-em (YM), emel dan lain-lain cara komunikasi yang ada.
Minggu-minggu terakhir sebelum bernikah, banyak pendedahan-pendedahan dari pihak suami kepada saya (bakal suami waktu itu). Beliau secara telus mengungkap pengharapannya kepada saya bakal isteri, beliau juga tidak segan mengkhabarkan kelemahan dan kekurangan diri buat persediaan untuk hidup bersama. Beliau turut menceritakan perancangan-perancangan jangka pendek dan jangka panjang setelah bernikah.
Ia tidak berhenti di situ. Setelah bernikah, komunikasi itu perlu kita teruskan dengan jujur dan hikmah. Setelah hidup berdua, sebumbung dan sekatil, kita makin mengenali karakter pasangan, kita makin memahami erti hidup berumahtangga.
Komunikasikan lagi apa yang telah kita dapat dari pasangan dan rumahtangga sejak minggu-minggu dan bulan-bulan awal , apa perkara yang kita syukuri pada ALLAH tentang pasangan, apa perkara yang kita ingin diri kita dan suami perbaiki, duduk bersama suami isteri memuhasabah tentang hubungan suami isteri secara berkala – mingguan dan bulanan.



Mulakan dari awal perkahwinan
Di awal perkahwinan, menbina keserasian dengan komunikasi ini sangat-sangat penting. Wajib menyediakan masa untuk bercakap dari hati ke hati. Kita sedang membina sistem rumahtangga, kita sedang mencari kesefahaman, kita sedang ingin menumbuhkan penghormatan dan kasih sayang pada insan asing yang telah bergelar suami atau isteri kita.
Setiap sesuatu sikap dan pemberian yang baik dari pasangan, kita hargai dan berterima kasih. Walaupun ia amat kecil pada kita. Supaya pasangan kita tahu dirinya telah berbuat sesuatu yang baik dan betul sebagai suami dan isteri.
Setiap sesuatu sikap dan tindakan pasangan yang tidak kita sukai, kita perlu luahkan walau kita bimbang dirinya akan berkecil hati dengan teguran kita. Supaya suami atau isteri tahu, dirinya telah berbuat sesuatu yang pasangan tidak selesa dan tidak gemari.
Yang boleh diubah, kita perbaiki. Yang memang tidak boleh atau terlalu sukar untuk diubah, kita terima dengan lapang hati. Ketika itulah rumahtangga mampu menjadi medan kasih sayang dan amal bakti setulus hati. Komunikasi yang baik akan melimpahkan keharmonian dan mendamaikan hati dalam melalui ujian dan dugaan kehidupan seharian.
Sebelum bernikah.. ya, kita tahu di dalam sebuah rumahtangga akan ada elemen kewangan, hubungan intim, mertua-ipar duai, kerjaya, anak-anak, hobi, leisure, aktiviti dan tanggungjawab lainnya... tapi kita hanya akan faham tentang elemen-elemen itu bila ia mula menimbulkan konflik dalam rumahtangga. Bila kita menghadapinya, ketika itulah kita akan mempraktikkan teori tentang pernikahan yang kita tahu.
Maka komunikasi teramat perlu untuk meredakan dan meluruskan konflik yang timbul.
Berkomunikasilah... Bagaimana pendapatan suami isteri dan kewangan keluarga dibahagi-bahagikan. Supaya suami isteri tak bersangka-sangka bahawa mereka hanya menghabiskan duit untuk kepentingan sendiri. Supaya suami isteri boleh bersinergi mengukuhkan bajet keluarga.
Berkomunikasilah... Apa cabaran dan kebaikan dalam pergaulan dengan mertua dan ipar duai. Jika tidak suka atau tidak selesa dengan gelagat mertua atau ipar duai, nyatakan secara jelas dan berhikmah pada pasangan. Jangan sekadar buat muka masam mencuka dengan kehadiran mereka yang tidak disenangi, jangan mencela tak tentu hala, namun duduk berbincang suami isteri, apa jalan tengah untuk meluruskan isu ini.. Perjalanan pernikahan kita masih panjang, tidak mungkin mampu kita hadapi jika perbalahan subur sentiasa.
Berkomunikasilah... Untuk mengindahkan hubungan intim suami isteri, untuk terus menyuburkan cinta kasih sesama pasangan. Harus bagaimana untuk saling memuaskan pasangan, harus bagaimana mencari masa berkualiti untuk bermanja-manja suami isteri sewaktu urusan anak-anak, tekanan kerja dan kewangan tidak pernah jauh dari fikiran.
Pastinya komunikasi tentang hubungan intim bukan di hadapan anak-anak, bukan sewaktu tengah lapar di meja makan, bukan ketika fokus memandu, tapi ketika ada ruang bermesra-mesra, ketika itulah sedikit-sedikit membina keserasian hubungan seksual. Bukankah ada kajian menunjukkan kadang-kadang bertahun-tahun baru suami isteri dapat menikmati hubungan seksual yang memuaskan...?
Namun segala isu ini- kewangan, keluarga mertua, hubungan intim dan lain perkara - kuncinya adalah komunikasi. Supaya timbul  istilah menzalimi pasangan dalam hak-haknya. Supaya kita dapat mencicip sedikit kebahagian dalam rumahtangga yang kita bina bersama.



Akui kesilapan sendiri, maafkan pasangan SELALU
Nada bercakap, perkataan dan ayat-ayat yang terungkap dari bibir-bibir kita telah banyak mengguris hati pasangan bukan? Mungkin dengan perkataan-perkataan kita, hati pasangan telah terluka parah atau mungkin kelukaan kecil.
Maka usah bertangguh dan merasa berat memohon maaf, kenali dan akui kesalahan-kesalahan kita pada pasangan.. Mohonlah maaf kerana ALLAH. Maafkanlah pasangan kerana ALLAH. Saya teringat sebuah pepatah:
"Perkahwinan yang bahagia itu, lahir dari suami isteri yang suka memaafkan."
Ya, kerana kita bernama manusia tidak berhenti melakukan kesilapan perkataan dan tindakan. Berusaha yang terbaik memperbaiki diri, dan maafkan saja perkara-perkara yang amat sukar diperbaiki.
Saya rasa seperti baru semalam bernikah, dengan cinta dan rindu yang selalu ada pada suami. Nah, bukan cinta rindu ini sentiasa ada kerana tidak ada konflik, konflik mingguan dan bulanan memang ada untuk kita semua...
Saya juga perempuan seperti kalian, ada masa duduk di kerusi isteri yang bagus lagi menenangkan dan ada masanya di kerusi isteri yang suka membesarkan masalah kerana mengikut melulunya perasaan...
Namun bila sering konflik besar dan kecil datang menduga – bila konflik-konflik ini kita luruskan dengan komunikasi yang baik, kasih sayang akan makin berkembang segar. Kita merasa difahami, pasangan merasai disayangi, malah komunikasi yang baik membawa dua-dua suami isteri melalui kehidupan yang damai dan harmoni walau hujan masalah secara berkala menimpa.

sumber : iluvislam

Monday, April 23, 2012

Its His Plan...



selalu mengingatkan diri..
bila berlaku sesuatu...
bila ditimpa bencana serta dugaan..
walau pada mulanya aku tak dpt menerimanya...
tetapi bila kita menasihati diri..muhasabah diri..
hati aku akan kembali tenang..
sekurang-kurang aku redha apa yg berlaku
dan pasti ada hikmahnya...
insyallah...

dan beberapa ketika kemudian...
hikmah dtg bersama 'rezeki' yang tidak terjangka...
syukur alhamdulilah sangat...

 
Thanks ALLAH...n_n..



thanks to fatin.. 

Thursday, April 19, 2012

Ibu Mati diLanggar...tapi Anaknya Masih Menyusu.....~i'm crying~


menangis aku melihat pic nie...

mengiau-ngiau...memanggil ibu..merapati ibu..dan menyusu...

betapa anak kucing itu tidak mengerti ibunya telah mati dilanggar tetapi datang menyusu utk kali yg terakhir...

mmg aku dilahirkan dgn jiwa yang sensitif...

sekali terpandang...menitis air mata...sebak sangat...

haiwan kesayangan nabi..semoga kau berbahagia di alam sana...


dan ketika ini...aku teringat..1 kes...

seorang ibu mati ditikam oleh suaminya sendiri ketika sedang menyusukan anaknye...

ngeri sangat..semoga roh ibu tersebut dirahmati dan dicucuri Allah..al-Fatihah...



Emma

Wednesday, February 15, 2012

Tazkirah

3 Hadis Pilihan



 Akan tiba satu zaman atas manusia dimana perhatian mereka hanya tertuju pada urusan perut dan kehormatan mereka hanya benda semata-mata. Kiblat mereka hanya urusan wanita (seks) dan agama mereka adalah harta mas dan perak. Mereka adalah makhluk Allah yang terburuk dan tidak akan memperoleh bagian  yang menyenangkan di sisi Allah.
(HR. Ad-Dailami)



 Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umat terdahulu yaitu penyakit sombong,
kufur nikmat dan lupa daratan dalam memperoleh kenikmatan. Mereka berlomba mengumpulkan harta dan bermegah-megahan dengan harta. Mereka terjerumus dalam jurang kesenangan dunia, saling bermusuhan dan saling iri, dengki, dan dendam sehingga mereka melakukan kezaliman (melampaui batas).
(HR. Al Hakim)

Sesungguhnya Allah membenci orang yang selalu berwajah muram di hadapan kawan-kawannya.
(HR. Ad-Dailami)


Monday, July 18, 2011

Allah bagi Dugaan kemudian memujuk Dgn menghadiahkan Rezeki

cam panjang je tajuk entri kali inikan?..huhuhu...lately aku merasakan keluarga aku sedang mengalami beberapa dugaan yg besar dan sebagai hamba allah, aku redha apa yg berlaku. nak marah tak guna, kalo nak terjadi, terjadi jugak..tak sekarang berlaku, akan datang mesti berlaku jugak...ini dh takdir...

bukan nak mengeluh, tapi ia juga mempengaruhi hasil tenusu, kehidupan seharian, rakan sekeliling dari apa yg berlaku. tapi apa yg perlu kita lakukan adalah dengan berdoa dan memohon kepada allah agar segala2 ini berlaku miliki hikmah disebaliknya.*~bergenang~'

dan aku merasa suram je di hati..ganjaran utk hati dan iman masih lagi tidak cukup...itu sebab hati tidak tenang. segala yg dibuat tidak kena ibarat ia tidak dilakukan dengan hati yg ikhlas dan tawaduk..amarah kerap kali berlaku spt mengambil wudhu tidak sempurna...*~rase nak nages~*

sebagai manusia, kadang-kala kita tidak terlepas dari membuat kesilapan dan sebolehnya aku cuba utk tidak merungut dgn apa yg berlaku...ingat!!! itu adalah takdir yg allah beri pada aku utk mengajar aku menjadi lebih tabah dan kreatif dalam menangani dugaan tersebut...

selalu en.suami mengingati..tapi aku lebih suka membuat sikap mendiamkan diri..salah sgt tue..patut ubah jugak keadaan baru kene caranya...

tadi tengah hari aku terima sepucuk surat dari BPSM, KPM...tade la beso mane..cume nak dpt kan maklumat utk tujuan kenaikan pangkat..wehu..wehu..wehu....bersyukur jugak la aku..atleast terpujuk sikit hati ini setelah asek terima berita yg mendukacitakan lately nie...allah bagi rezeki aku kt sitoo..insyallah...

surat mohon maklumat
 based on surat yg deme bagi nieh...JPA sedang mengumpulkan maklumat utk tujuan urusan pertimbangan pemangkuan / kenaikan pangkat Setiausaha Pejabat / Pembantu Setiausaha pejabat yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.~erk!! aku dh cukup syarat ek..heeeee~

baru mintak maklumat jer..tapi aku tak tau la kriteria dia ape sebab kt opis nie aku ngan senior PA sorg tue je dpt..yg len2 tak dapat..atau mungkin sebab aku jage big bos jusa B atau jugak perkhidmatan aku yg sudah menginjak usia 5thn 3bln di opis nieh..(oh yg ini mungkin sebab aku dh layak kot..heee)

borang prestasi khas
kendian kene isi borang ini plak..aku pun rajin gak petang nie so aku isi je la borang nie ngan borang2 yg sepatutnya..yg lain sume call jer mintak softcopy borang..~cet!!~

harap aku ada rezeki di sitoo...insyallah..doakan la yer..

note : tingin nyer nak suh en.suami jadi cekgu ngaji quran...huhu..shifaa duk sebelah dgr ibu ngaji...

Thursday, July 14, 2011

Muhasabah Diri

Mari kita bermuhasabah diri dengan melihat gambar di bawah...


aku amek pic nie semalam masa otw lik umah..aku sgt kesian tengok anak kecil dihimpit ayah dan ibu di bawah matahari yg terik. sedangkan aku sendiri tak tahan bahang tengahari, ini kan pula si kecil.

Actually baru aku faham erti kehidupan mereka yg hanya memiliki motor utk bergerak ke sane sini. jadi aku patut bersyukur bahawa tak semua org bertuah memiliki kenderaan 4 roda utk bgerak..tapi mereka teruskan jua bergerak walau hanya dgn 2 roda sahaja.

note : bermuhasabah diri sebab seminggu bergerak ke sane sini naik moto..tmasuk la shifaa sekali aku usung naik motor jugak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...