KEK
Bahan A -Ayak kesemua dan gaulkan hingga sebati
21/2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
11/2 tsp soda bikabonat
Bahan B -Campurkan kesemua dan kacau hingga sebati
4 biji telur
2 biji kuning telur
11/2 cwn air
Bahan C -Pukul sehingga kembang
11/4 butter
2 cwn gula halus
TOPPING
250g coklat masak
135ml whipping cream
10g butter
Cara-cara
- Masukkan bahan A & B sedikit demi sedikit ke dalam bahan C secara berselang-seli. Pukul hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan bulat berukuran 10" yang sudah disapu dengan minyak dan dialas kertas.
- Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak.
- Keluarkan kek daripada acuan dan biarkan sejuk.
- Sementara tunggu kek sejuk, buatlah toppingnya pulak.
- Cairkan coklat masak menggunakan kaedah 'double boiler'.
- Masak whipping cream sehingga mendidih.
- Masukkan ke dalam coklat masak dan pukul hingga pekat.
- Masukkan butter dan kacau hingga sebatilah.
nanti nak upload pic kek.. ~,~
Dah Upload pic..mesti korang terliuq kan..huhu..
No comments:
Post a Comment