Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Saturday, April 20, 2013

Capt 1 : Trip Ke Beijing - cerita dahulu keperluannya..

Assalamualaikum,


lama tak bercerita...Bahang PRU sgt terasa sbb hari ini adalah hari penamaan calon..mcm biasa..pelbagai usaha bakal wakil rakyat dibuat...tapi biarlah ia menjadi rahsia antara mereka..

oritee...berbalik kepada tajuk yang sebenar yg amina nak ceritakan...huhuhu..last month kami sekuarga telah mengikuti trip ke Beijing setelah setahun merancangnya..mmg seronok sgt..tapi ada kekurangan dan kelemahan yang amina dapati dari pakej yang amina beli..



kami pergi pada akhir bulan Mac ianya adalah penghujung musim sejuk dan bermulanya musim bunga..so item yang sangat diperlukan adalah seperti berikut kerana walaupun musim sejuk telah berlalu tetapi angin yang bertiup tue boleh menyebabkan jejari kita kejung, telinga merah menahan kesejukan dan paling penting kulit kita akan menjadi semakin kering icthy
  • sarung tangan
  • snowcap / mafla
  • pakaian tebal
  • longjohn
  • jaket tebal
  • sock dan kasut bertutup yang bersesuaian
  • losyen pelembab muka dan kulit
  • vaseline
ketika kami berangkat, kami hanya membawa 1luggage 2 beg sandang dan 1stroller. Memandangkan kami membawa shifaa jadi kami perlukan stroller yg ringan dan mudah diuruskan..alhamdulilah rezeki kami..sehari sebelum berangkat, kami terjumpa sebuah stroller yang cantik dan sgt murah yg berharga RM99 sahaja di Giant, bangi..since dari kecil shifaa tak pernah menaiki stroller even kami memilik 2 biji stroller...but bila amina ckp kt shifaa nak beli stroller utk dia, terus setuju dan harga nya sangat berpatutan..

untuk keperluan shifaa, amina hanya membawa pampers secukupnya, wipe tissue,  termos,5cwn bubur instant, 8helai baju tidur, 2 jeans dan 2 helai sweaters..mmg dah tau kt sana sejuk so tade la beria bawak baju lelawa sebab ditutupi jugak dgn sweater nanti.. manakala susu pula amina letak didalam botol air yang bermuncung kecil agar bila nak bancuh susu, amina tak perlu untuk pegang susu tersebut..

utk kami suami isteri, masing2 bawa 2helai jeans dan 2helai treksuit serta 4helai baju...sebab kt sane pasti anda tidak akan pernah rase berpeluh jadi tidak perlulah bawak baju yg banyak selain keperluan yg penting sahaja.

oh ye..kt China, FACEBOOK, Twitter adalah diharamkan..so jgn la berangan sgt nk update aktiviti kt sane ye*MATI KUTU YE*..huhu..tapi kat airport china, mereka menyediakan perkhidmatan free wifi..bagi foreigner mcm kita, passport diperlukan untuk reg user sebelum menggunakannya di kiosk wifi.. juga disediakan penimbang beg kepada orang ramai..sgt bagus..ianya sgt membantu..

kalau diikutkan mmg tak mahal pakej kami...tapi seiring dengan rega pakej tersebut..itulah yang kami dpt..apa pun kami enjoyed walaupun ade beberapa perkara yang amina kurang berpuas hati...



ok..kita bermula dengan pembelian voucher pakej ke Beijing 6hari 5malam di travel Agent Bagus Holidays Sdn Bhd dengan voucher berharga RM299...ape yang kita akan dapat dari voucher tersebut adalah :
  • melawat 20 tempat menarik di beijing
  • penginapan 6h5m di hotel 4 bintang
  • breakfast dan lunch halal disediakan sepanjang trip
  • waktu dan tempat sembahyang diberi keutamaan
  • pengangkutan sepanjang trip termasuk penghantaran pergi balik ke airport
  • kanak-kanak bawah 18 tahun dikenakan RM380 subcaj oleh Kerajaan China
  • Fee utk 3 entrance yang diwajibkan masuk
  • Subcaj RM100 mengikut kadar matawang asing terkini
  • diberi voucher tunai RMB 600 setiba di Beijing  (tukar kpd voucher yg dibeli di malaysia)
  • valid utk seorang sahaja.
  • voucher valid selama 18bulan dari tarikh didaftarkan.

dan bajet perbelanjaan kami bertiga sepanjang trip adalah seperti berikut :

Tiket flight airasia : RM 2600
Voucher : RM897
Subcaj kanak2 : RM380
Visa : RM180
Tipping & Caj : RM 825
duit belanja : RM2000

haa..itu la..bajetnye nak ke China...tapi amina nasihatkan..adalah lebih baik...beli pakej yang mahal sedikit dlm lingkungan RM500 dan ke atas..itu adalah lagi bagus berbanding beli pakej ground yg murah tapi confirm anda ta puas hati..mcm yg amina alami nieh..ianya sebagai ikhtibar kepada amina untuk memilih pakej atau travel agent yg bagus dan yg pasti kita akan berpuas hati nanti...

Orang china mmg penuh dngn muslihat jadi anda perlu berhati-hati..kalau anda pergi ke shops atau pun centre jade, pearl n silk atau ape jua jenis tempat lawatan anda..pasti ade jualan, beware la dengan sales mereka..ayat manis, pandai memujuk membeli smpi beribu2 dan sumtime boleh bergaduh..pengalaman salah seorg ahli rombongan bergaduh dengan penjual mmg menakutkan tapi nasib die ade experience so mmg hati die kental la..penjual tue marah sbb die dh kuarkan barang2 tapi tak jadi jual..manakala bg budak perempuan tue..harga yang diberi tak berbaloi dgn barang yang dijual malahan die tak suruh pun penjual tue keluarkan barang..menda kecik je tapi siap leh bergado..so berhati2 la ye.

kalo pegi ke tempat urutan refsologi (betol ke eja nieh) nie lagi la..ayat manis..mintak tipping..padahal urut tah pape...merapu jer sume nieh..

baiklah..masalah yang berlaku sepanjang berada di china dan kesannya kepada kami ahli rombongan :

tourist guide yang baik tapi penuh muslihat dan mengambil kesempatan

tourist guide kami mmg peramah dan tak lokek dgn info..malangnya baik dia mmg penuh dgn muslihat..100% pergerakan kami dikawal dan kesukaran kami utk melakukan aktiviti free and easy di waktu senggang..malahan juga pelbagai alasan yang diberi oleh si Lina jika kami request utk kemana-mana atas alasan berikut dan bagi amina kerjasama dari Lina sangat-sangat tidak memuaskan hati kami para ahli rombongan.
  1. bus yang disediakan hanyalah untuk schedule yang ditetapkan shj
  2. kawasan bandar sgt jauh (padahal bagi amina setakat 20-30 minit itu normal)
  3. travel agent tidak benarkan group berkeliaran keluar kemana-mana
disebabkan Lina mengawal pergerakan kami, memaksa kami menghadiri setiap lawatan yg dijadualkan  atas alasan gaji dia berdasarkan tipping dari visitor dan juga shops yang dijadualkan, dia membawa rakan2nya menjual barang kepada kami..nak tanak kami terpaksa beli dengan harga yg sangat yg mahal memandangkan waktu sgt suntuk kerana dlm schedule, waktu shopping adalah hari terakhir kami berada kt sana..dan paling menyedihkan, setelah mereka hantar kami di airport pada jam 9 mlm, kami terpaksa packing barang di airport.. kami ambil ruangan tengah di airport, kami berkumpul dan kami packing barang2 tersebut disitu..terasa kebajikan kami ketika di sana tidak terjaga.. malahan si Lina tidak boleh ditegur, dia akan membuat muka dan menjadi seorang yg sensitif serta pada hari terakhir dia telah bertukar tourist guide lain atas alasan, dia ada group baru dari malaysia yang baru sahaja tiba ke china.
  
Pemilihan hotel yang jauh dari pusat bandar serta tidak strategik even hotel tersebut 4star menyebabkan kesukaran kami untuk mencari makan malam atau kedai runcit utk beli sedikit keperluan..nasib baiklah amina dah prepare instant food dan juga roti dan minuman 3 in 1..dapatlah kami bertahan juga..ade ahli kumpulan yg lain lgsg tidak bawak stok makanan kerana beranggapan kami duduk di hotel yang mudah kami mendapatkan pelbagai makanan halal memandangkan tajuk voucher tersebut adalah EXPLORASI HALAL CHINA.. actually kami tak kesah hotel jauh dari pusat bandar asalkan kami boleh buat aktiviti free n easy dan juga mudah utk dptkan stok makanan halal..tapi kami mmg ditempatkan di hotel yg sangat jauh dari perkara semua itu..terasa rugi sgt dtg ke china tapi waktu mlm kami tido seawal 9mlm..

penyusunan schedule lawatan yang berterabur dan pergi tempat yang sama even pintu masuk yang bersebelahan, pintu A kami pergi pada hari ke2, dan pintu B kami pergi pada hari ke 4..terasa membazir sgt..waktu yg boleh dijadualkan perkara lain, berpusing2 pada tempat yang sama.. malahan lawatan2 tersebut langsung tidak memenuhi citarasa kami kerana kumpulan kami adalah kumpulan muda, mereka ingin sesuatu yang menarik bukan suh p kedai Jade, Pearl smpi 2-3 jeni kedai jual menda yg sama..kalo bawak org veteran, maybe lah mereka suka.


memandangkan perkara2 seperti berikut berlaku, menjadikan amina seorang yang pemilih dan pasti pilihan travel agent akan datang, amina tidak mahu berlaku seperti itu..tak suka okey.. spent lot of money tapi hasilnya kurang menggembirakan..

 semoga panduan ini dapat membantu rakan2..jika anda hendak bercuti ke luar negara makesure anda pastikan perkara yg berlaku pada amina, tidak berlaku kepada anda semua...peringatan kepada diri amina dan juga rakan2 yang lain..in shaa allah..

love,
Nur Amina

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...