JEMPUTAN MENGHADIRI KARNIVAL PAYA INDAH WATLANDS & SAMBUTAN MINGGU HIDUPAN LIAR 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menganjurkan Karnival Paya Indah Wetlands dan Sambutan Minggu Hidupan Liar 2012 pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 3 & 4 November 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
Tempat : Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor
Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena Karnival tersebut antaranya ialah pameran dan jualan, Pesta Makan Buah-buahan Tempatan, Pameran Fotografi, Pertandingan Pakaian Beragam Hidupan Liar Kanak-kanak, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Memancing, Pertandingan ‘Wildlife Quiz’, Pertandingan ‘Wildlife Race’, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Kayak, Pertandingan Basikal Lasak, Pertandingan Paintball, dan pelbagai lagi.
Sehubungan itu, dijemput semua untuk hadir bersama-sama bagi menyokong serta memeriahkan program ini.
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila layari laman web jabatan Perhilitan www.wildlife.gov.my atau menghubungi urusetia :
HP: 013-9651950 Tel: 03-9086 6814 Fax: 03-9075 2873
Atau
HP: 017-3089513 Tel: 03-8768 7616 Fax: 03-8768 8424
No comments:
Post a Comment