Tempat :Aroma Buffet Ramadhan’ di Dewan Banquet UPM, Serdang
Tarikh : 23 Julai hingga 16 Ogos 2012
bermula : 6 pm - 10 pm
Nikmati juadah berbuka puasa bertemakan ‘Aroma Buffet Ramadhan’ di Dewan Banquet UPM, Serdang mulai 23 Julai hingga 16 Ogos 2012 bermula jam 6 petang hingga 10 malam. Bagi pelanggan yang pernah berkunjung ke Restoran MAEPS Serdang, restoran tersebut telah berpindah tempat ke Dewan Banquet UPM, Serdang. Diuruskan oleh D’Kayangan Buffet Steamboat yang berkecimpung dalam bidang pemakanan dan minuman lebih daripada 15 tahun pengalaman. D’Kayangan dikenali sebagai salah satu panel katering untuk dewan-dewan terkemuka di Putrajaya dan mempunyai rangkaian restoran steamboat di Shah Alam. Chef-chef bertugas yang berpengalaman lebih daripada 25 tahun bergabung dalam menyediakan juadah-juadah yang enak.
kemudahan yang disediakan |
Dewan yang dilengkapi dengan penghawa dingin ini amat selesa dikunjungi dengan ruang yang mampu menampung seramai 2000 orang pada satu masa yang sama. Anda tidak perlu risau untuk memarkir kereta kerana di disini kawasan untuk parkir kereta ada disediakan dan mencukupi. Surau juga tersedia dan cukup selesa untuk menunaikan solat bagi umat Islam.
Dewan berprestij yang dihias cantik ditambah dengan alunan irama Seri Mahligai Ghazal akan menemani anda sepanjang anda menikmati juadah berbuka puasa dan ini akan memberikan anda satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Hidangan ini bermula dengan pembuka selera seperti Ulam-ulaman Tempatan , Kerabu Pucuk Paku, Jelatah Timun Nenas, Kerabu Mangga, Kerabu Perut Berbawang, Pecal Bali, Gado-gado, Telur Asin, Ikan Sepat Masin, Ikan Masin Merah Bersambal dan Ikan Bilis Bertempe.
Buffet Ramadhan yang berkonsepkan warung dan buffet ini juga amat menarik dengan sajian yang berasaskan masakan Melayu, Cina, India, Thai dan juga Barat;
Tidak lupa juga Warung Kambing Panggang, Warung Ikan Panggang yang besar, Warung Bbq (Ayam, Sotong, Ikan, Daging dan Sosej), Warung Satay, Warung Aneka Mee, Warung Jom Beriani, Nasi tomato, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Warung Roti Canai dan Roti John, Warung Steamboat, Aneka Bubur Manis dan Bubur Lambuk, Warung Ais Kacang dan juga aneka kuih-muih melayu, kurma, puding dan juga pelbagai jenis pencuci mulut dan minuman yang disajikan.
Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan berbaloi bagi seisi keluarga untuk bertandang ke Semanis Aroma Buffet ini.
harga Buffet |
warga emas 60 tahun ke atas RM 24.50 nett
anda boleh berbuka puasa dengan juadah yang pelbagai dalam suasana yang berbeza.
Pakej-pakej yang menarik juga disediakan bagi kumpulan-kumpulan yang ingin menyambut keraian atau berkumpul beramai-ramai sempena berbuka puasa dan beramah mesra. Bagi kumpulan yang hadir melebihi 10 orang, 10 % diskaun akan diberikan. Tempahan bagi majlis-majlis korporat, alumni, dan lain-lain juga boleh dibuat.
Anda boleh melayari laman
Twitter @AromaBuffet
Facebook ‘Ramadhan Buffet MAEPS’, ‘LIKE’
page tersebut untuk mendapat sebarang maklumat dan juga promosi yang akan ditawarkan.
Maklumat Lanjut dan Tempahan, hubungi :
012-390 3191/ 012- 384 9091/ 012 – 313 1091 dan 012 – 382 5091
Maps ke Dewan Banquet, UPM
kalo sesat jugak, pakai gps coordinate :
insyallah tak sesat..
selamat berbuka puasa..
n_n...
1 comment:
Emma, selalu berbuka kat ner? tgk umah, takde pun kereta, bile jenguk luar pepagi nak siap2 gi keje ade lak kereta, huhuhuh... akak suke intai luar tau! heeee~
Post a Comment