Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Wednesday, July 13, 2011

Kasihmu membawa ke Syurga ~ Allahyarham baby Adam Muqris

sebenarnye aku bukan nak traffic mencanak sebb keluarkan artikel mcm nieh..ini adalah artikel yg aku nak share pade kwn2..dan yg paling aku terase sekali, ianya berlaku dikalangan rakan2 sendiri...dan aku sendiri tidak menyangka bahawa dia yg seorg ceria rupa-rupanya berlaku episod yg sedih dlm hidupnya.



Aku dipelawa untuk membawa blog ini untuk sama2 mendalami luka yg dia rasai. sebagai rakan baik en.suami, aku tidak menyangka dugaan besar telah melanda dirinya. dari sifat cerianya, suka gelak, dan berseloroh spt tiada apa2 berlaku..rupa tersorok cerita duka dan ketika aku membaca blog ini aku sedang mengandung 8bulan. berjurai air mata sessiapa yg membacanya termasuk en.suami. abeh baju en.suami basah jadi tempat aku lap air mata.


en.suami menyifatkan beliau seorg yg kuat semangat, tabah serta tidak pernah menunjukkan kesedihan dihadapan rakan2 untuk simpati. seminggu aku terngiang2 dengan cerita tersebut dan aku menjadi stress kerana kebimbangan yg berlaku spt itu tapi alhamdulilah segalanya kembali pulih (biasalah ibu mengandung mmg sgt sensitif)..



mari kita sama-sama mendalami cerita yg dialami pasangan Idham dan pasangannya. beliau adalah rakan baik en.suami. sama2 berping-pong, bfast dan minum petang.  beliau juga sgt prihatin kami suami isteri.




Adam,

Allah sangat menyayangimu. semoga allahyarham baby adam ditempatkan di syurga.

al-fatihah.


baca kisah beliau di bawah.

Episod 1 ~ Kelahiran Cahaya Mata



= 26 Ogos 2004 =
= 5.40 petang =

Tangisan memenuhi ruang Wad Bersalin Alternatif Hospital Tunku Jaafar Seremban N.Sembilan

Ya Allah..Syukur ke hadratMu , cahaya mataku ini selamat dilahirkan ke muka bumi ini dalam keadaan sihat disamping ibunya juga selamat.Kehadirannya sememangnya memberikan kegembiraan kerana sudah lengkaplah sepasang cahayamata kami..Balqis sudah ada " adik " . tidak boleh manja-manja lagi gurau isteriku pada Balqis.Mencebik bibir Balqis...


Nama ADAM MUQRIS dipilih , semoga nama ini bakal memberikan kekuatan untuk menempuh segala cabaran dan rintangan di dunia yang fana ini.....

Azan diperdengarkan di telingamu sebagai pelindung daripada hasutan & godaan syaitan sepanjang hidupmu di dunia ini..
klik sambungan entri ini di episod 2 di link bawah.

note : sehingga sekarang, jika aku membaca semula entri2 tersebut, air mata aku pasti bergenang.

entri nie aku copy separuh dlm blog sbb citenye panjang jadi biar anda sendiri menziarah blognya untuk cite seterusnya.

2 comments:

Mr.Superman said...

baby lg,insyaAllah ditempatkn di kalangan ahli syurga.

sdh bc entri sentap2 mcm ni. T_T

da la hati sy tisu..

emma said...

insyallah..itu dh janji allah pada baby yg awal2 mengadap Ilahi..

wooopss..

hati tisu..mase bace bwk tisu tak..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...