Nuffnang Ads

Followers

Nuffnang Ads

Tuesday, June 28, 2011

Gambar Anak Jimmy Shanley

tahniah jimmy..comel sgt..ringan tol baby die..2.2kg jer..semoga dgn kehadiran si baby kecil ini, hidup jimmy bertambah bahagia..n_n..tumpang gembira la..

Gambar: Ehsan Jimmy Shanley

Jimmy Shanley: Lepas Ini Tanya Pasal Anak Saya Saja!

KUALA LUMPUR, 27 JUN 2011: Pengacara popular, Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun 2011 lalu menganggap kehadiran puterinya itu sebagai satu kebesaran Tuhan yang tidak ternilai buat dirinya.

Lebih-lebih lagi bila melihat bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh kira-kira jam 6 petang, pada Jumaat lalu.

"Amat sukar untuk saya luahkan perasaan saya setelah melihat kewujudan Zahrah di depan mata saya. Ianya seperti satu keajaiban yang cukup sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

"Yelah, apa tidaknya saya dan isteri pun sudah enam bulan tidak bersama dan kini muncul kelahiran baru dalam hidup saya dan keluarga saya.

"Setelah melihat kehadiran Zahrah, serta-merta saya terus terbayangkan wajah kedua ibu bapa saya . Mereka tidak sempat melihat zuriat mereka ini...," katanya kepada murai.com.my.

Brsyukur dengan rahmat yang diberikan oleh Tuhan itu, Jimmy Shanley berkata, sebolehnya dia akan cuba mendidik serta membesarkan anaknya itu secara sederhana.

"Sebagai seorang bapa, saya akan cuba turut segala kemahuan anak saya. Tapi, kalau boleh saya mahu dia bersederhana dalam segala hal. Mengenai soal kerjayanya pada masa depan, kalau boleh saya tidak mahu dia ikut jejak langkah saya atau terlibat dalam bidang seni.

"Tapi, kalau sudah itu pilihannya, saya tidak akan hal. Asalkan kerja yang dilakukannya itu adalah halal. Itu sudah memadai," katanya lagi.

Tentang pemilihan nama Zahrah pula, kata Jimmy Shanley, nama tersebut merupakan gabungan nama arwah ibunya Azizah dan ibu mertuanya, Muniroh.

"Saya yang pilih nama tu," katanya bekas pengacara Trek Selebriti serta Akademi Fantasia Musim 8 ini.
Tambah Jimmy lagi, selepas ini, dia memohon, tidak akan akan pihak yang akan bertanyakan tentang perihal isteri dan rumahtangganya.

"Lepas ni, jangan tanya lagi pasal soal isteri dan rumahtangga saya lagi ya. Lepas ni, semuanya pasal anak saya saja," katanya dengan mesra.

Jimmy dan isterinya, Suhaila bernikah pada 1 Oktober 2010. Pada 8 Mac 2011 yang lalu, Jimmy telah memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.

source : Anak Jimmy Shanley- Murai.com.my

note : tingat mase shifaa baru lahir..hihihi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...